Cara jimat minyak kereta yang pertama isi minyak pada waktu suhu masih sejuk, Pada cuaca seperti ini, kapasiti dalam minyak petrol adalah lebih padat.
2. Kurangkan berat kereta
Dah jadi kebiasaan kalau balik kampung mesti banyak beg kan? Lagi banyak beg lagi berat kereta lagi minyak cepat habis, jadi ini cara jimat minyak kereta Sebelum anda memulakan perjalanan, periksa bonet dan tempat duduk belakang kereta.
3. Sila matikan enjin semasa berada di tempat parking
Sewaktu menunggu orang atau amik penumpang? Matikanlah enjin kereta tuh. Sebab lagi lama enjin hidup lagi banyak minyak berjalan walaupun kereta anda tak bergerak.
4. Periksa ‘kesihatan’ kereta
Jangan ingat manusia je sakit kereta pun boleh sakit jugak, cara jimat minyak kereta yang seterusnya Pastikan kereta anda diservis bagi menjaga kesihatan enjin, dan gunakan minyak enjin yang betul. Selain itu, pastikan jadual servis kereta anda diselengara dengan baik bagi mengelakkan masalah pada komponen kereta.
5. Gunakan jalan yang tidak berlubang
Anda tau tak antara faktor utama minyak cepat je habis bila kita selalu tempoh jalan yang rosak sebab jalan yang tidak rata serta berlubang boleh menyebabkan penggunaan minyak petrol lebih 30% Setiap kali tayar melonjak ke dalam lubang.
Ini kerana anda akan terpaksa menekan pedal minyak berkali-kali untuk mara ke hadapan.
6. Pandu kereta dengan berhemah
Memotong kiri dan kanan, pecut bila lampu hijau dan selekoh, dan banyak lagi akan meningkatkan penggunaan minyak kereta, bukan itu sahaja brek dan tayar pun akan rosak lebih cepat.
7. Elak trafik sesak di waktu puncak
Ada kajian mengatakan kesesakan jalan raya boleh mengakibatkan penggunaan petrol kereta yang tinggi sehingga 20% disebabkan perlu berhenti dan bergerak dengan kerap.
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda