Kenali Punca Enjin Motor Tidak Boleh Hidup (Start)

Jom tengok senarai punca masalah enjin motor yang sering menyebabkan enjin tidak boleh start:

Masalah Battery
Kemungkinan battery motor sudah kong atau air battery sudah kurang. Kalau air kurang, sila tambah semula dan caj balik. Kalau battery kong, kena tukar lah ye.

Masalah Minyak Hitam
Minyak hitam mungkin lama tidak ditukar dan hampir kering atau isipadu minyak hitam tidak mencukupi. Minyak hitam perlu ditukar sekurang-kurangnya 2,3 bulan sekali. Kalau sebulan sekali lagi bagus terutama kalau anda memang suka membawa motosikal untuk long distance. Sila baca: Tukar Minyak Hitam Motosikal

Masalah Spark Plug Rosak
Spark Plug ini punca motor anda boleh hidup/ start dengan lancar jika pembakaran yang dihasilkannya adalah bagus. Jika enjin motor tak boleh hidup, berkemungkinan besar disebabkan Spark Plug sudah rosak dan tidak dapat menghasilkan pembakaran yang mencukupi atau sempurna untuk menghidupkan motor. Jika Spark Plug sudah jadi hitam, mungkin ia perlu diganti dengan yang baru.

Masalah Ignition Coil Plug
Coil Plug yang rosak biasanya akan menyebabkan api dari magnet coil tidak sampai ke plug dan motor tidak dapat hidup.

Masalah Magnet coil
Coil magnet ini berfungsi untuk memberikan caj electrik untuk battery, oleh itu kalau rosak, battery tidak akan dapat charge.

Masalah Wiring Motor (Sambungan Wayar)
Cuba tengok wiring motor anda, mana tahu ada wayar yang terputus atau terpintas dengan wayar lain (short circuit). Kalau anda tidak tahu untuk membuat pemeriksaan, boleh pergi ke mana-mana bengkel yang berhampiran untuk mereka uji wiring motor anda.

Masalah Rectifier
Rectifier ini adalah berkait langsung dengan battery motor. Jika rectifier motor rosak, battery memang tidal akan dapat charge dan menyebabkan battery menjadi lemah (weak). Rectifier ini wajib ditukar kalau rosak sebab ia akan menyebabkan battery anda sekali rosak akibat daripada kebocoran arus dan ini kadang-kadang menyebabkan enjin motor terus hidup walaupun anda sudah matikan.

Masalah Tangki minyak
Punca enjin motor tidak boleh hidup mungkin disebabkan minyak habis ataupun maslaah pada tangki minyak seperti bocor atau kotor. Tangki minyak yang kotor mungkin menyebabkan minyak tersumbat dalam saluran.

Apa perlu dilakukan untuk mengatasi masalah enjin motor tidak boleh hidup atau start? 


Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan membuat penjagaan rapi dan penggunaan yang bijak seperti berikut:
  1. Biasakan diri guna kick starter berbanding electric starter yang kuat makan battery
  2. Sila panaskan dulu motosikal anda sebelum menggunakannya. Elakan terus jalan sebaik sahaja menghidupkan motor
  3. Tukar mana-mana bahagian yang rosak dengan yang baru
  4. Tukar minyak hitam dengan kerap
  5. Servis Air Filter yang kotor atau tukar yang baru
  6. Tukar battery yang sudah kong atau tidak berapa bagus lagi

Standby Untuk Emergency 👇