5 Tabiat Yang Perlu Anda Jauhi Ketika Memandu Kereta Manual

Jika anda seorang pemandu kereta manual, anda akan tahu di kereta manual, semuanya tentang 'clutch' dan gear. Jadi ini 5 tabiat yang perlu anda elakkan untuk memastikan dua bahagian ini lebih terjaga.

1 - Jangan gunakan batang gear sebagai tempat 'merehatkan tangan'
Menggunakan batang gear sebagai tempat 'menyantaikan' tangan boleh menyebabkan satu komponen gear haus (lebih spesifik, trans-axle shift forks). Gambaran ringkasnya, jika anda meletakkan tangan di atas batang gear, anda sedang menekan satu komponen statik (gear forks) kearah satu komponen yang sedang berputar.


2 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'bergear' ketika menunggu di lampu isyarat
Tabiat ini sangat-sangat perlu dielakkan. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan komponen clutch anda cepat haus (sebab selalu tekan) malah ia juga boleh membahayakan jika anda secara tidak sengaja terlepas kaki dari 'clutch'.


3 - Jangan gunakan 'clutch' dan pedal minyak untuk mengimbangi kereta anda ketika menaiki bukit
Sesetengah kita suka melakukan tabiat ini. Mengimbangi kereta menggunakan clutch dan juga minyak. Rasionalnya? Perbuatan itu akan merosakkan bahan geseran (ferodo) yang ada di 'clutch disk'. Dan ianya mahal untuk ditukar. Jadi lebih baik brek pad yang haus.


4 - Jangan 'heret' enjin ketika gear tinggi
Kadang-kadang, kita tersilap masuk gear tinggi ketika RPM masih lagi belum optimun. Disebabkan rasa malas, kita tidak menukar kembali ke gear yang lebih rendah. Namun , perbuatan 'remeh' ini akan memendekkan jangka masa 'clutch' dan juga meningkatkan pengumpulan habuk di dalam enjin.

5 - Jangan letakkan kaki anda di atas 'clutch' ketika memandu
Apabila anda meletakkan kaki anda pada pedal 'clutch', berkemungkinan clutch anda itu tidak benar-benar terangkat dari sistem transmisi. Ini boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi selain 'clutch' anda juga turut akan haus.

 

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda