10 Masalah Ignition Motorsikal Tidak Boleh Hidup

Proses pembakaran petrol di dalam enjin motosikal (ignition) dilakukan oleh palam pencucuh (spark plug) yang menerima arus voltan yang tinggi dari Koil Magnet (Magnetic Coil) melalui Kabel Berpenebat. mungkin ada masalah pada beberapa part ignition motorsikal tersebut .. ni kena buat pemeriksaan terperinci


1- Pemeriksaan Pada Bateri

Periksa bateri mana tau dah kong atau air bateri kurang kena tambah dan cas balik..Tapi klu moto start tak guna batari boleh tapi semput lah. Kadang tu start langsung tak boleh hidup gak. Bateri dah kondem


2. Periksa Fius

Periksa fius pastikan tak terbakar.Kadang tu memang tak perasan dah fius terbakar.. kalau fuse ni terbakar, connection untuk ignition switch dah terputus. kalau fuse putus pun tak boleh start jugak.


3. Periksa Starter Relay

Starter relay berada kat bahagian kanan motor.kat dalam set motor tu.ko tekan starter tak ade bunyi la..relay ko da kong kot.. Kalau bunyi ktik ktik tu starter relay ada problem.. short kan pakai wayer pada bateri...sebelum tu kunci kasi on..tengok dia ada crank ke tidak..


4- Periksa Starter Motor

Starter motor ni memang penting untuk hidupkan motorsikal korang. Mungkin Starter motor dah rosak. Nak kena buka checking apa masalah dia.Keluar starter motor dan test dengan bateri. mungkin carbon starter ajer kotor kena bersihkan dulu ..


5- Periksa Spark Plug

Kadang tu Spark plug pun ye jugak motor tak boleh hidup .. Cuba buka plug motor tu dan check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna.. Kebarang kalian plug terlalu lama dan perlu tukar.
Coil Api
Coil ada dua jnis satu coil letrik dalam enjin sebelah magnet moto dan satu lagi coil spark plug.. Api datang dari "coil magneto".....lepas tu baru dia gi "coil plug"....dan last gi ke "plug".....
-klu single phase ,
dari coil magnet > cdi > coil plug. (ac operation)
dari coil magnet > rectifier> cdi > coil plug. (dc operation)
-klu 3 phase, coil magnet > rectifier /batery > cdi> coil plug


6- Periksa Ignition Coil

Cabut plug dari head start enjin sambil sentuhkan body plug tu kat head, ada tak nampak api karen warna biru keluar. pegang dengan tangan pun ada tak rasa karan. kadang mungkin percikan ada tapi tak kuat sangat.


7- Periksa Coil Magneto

Buka cover belah magneto tengok celah lubang magneto pada "coil api mangeto"..klu "coil" tu ada tanda hitam semacam aje confirm dah kong.. Cuba ganti "coil api" kat magneto....


8- Periksa Katab / rectifier

Katab ader dua jenis litar iaitu rectifier dan regulator... litar pengubah arus ulang alik ke arus terus(arus yang digunakan oleh bateri motor, kereta dan sebagainya) namanye rectifier... kalau litar nie tak rosak, lampu masih dapat dinyalakan... kalau lampu boleh dinyalakan tapi terlalu terang dan menyebabkan lampu bakar bermakna litar regulator rosak.... fungsi regulator nie untuk mengawal voltan supaya tidak terlalu tinggi... kalau regulator rosak bateri cepat rosak dan menyebabkan bateri tak dapat menyimpan cas.. kalau rectifier rosak, bateri langsung tak dapat cas .katab ni kalau kong dia tak boleh cas bateri..dan bateri jadik weak. klu biarkan pakai katab/ rectifier rosak pun boleh jahanamkan bateri Sebab ade kebocoran arus.


9- Pemeriksaan CDI

CDI (Capasitor Discharge Ignition) inilah yang menentukan timing spark untuk spark plug. Ada setting advance , ada setting retard. kalau CDI dah tukar tapi masih takleh start bermakna kemungkinan besar voltage bateri tak masuk atau keluar dari CDI. mungkin ada wayar putus.... Kalau dah buat penukaran CDI standart kepada CDI Racing. memang selalu dengar CDI tu cepat rosak berbanding kalau pakai CDI Standart. Ini kerana Chip IC didalamnya dipasang dengan unit yg lebih berkuasa (menguatkan dan menetapkan arus sentiasa tinggi). pro nya ialah 'api' akan jadi lebih kuat. kontra nya, apabila 'api' jadi lebih kuat, haba pun meningkat. jadi, ia akan mencairkan perumah CDI unit dan merosakan Chip IC didalamnya. sebab tu CDI racing jarang tahan lama.

10- Pemeriksaan Wiring motorsikal

Kena cari wireman dan detect tang mana karan takde. paling penting adakah karan dari bateri sampai ke suis, sampai ke CDI atau komponen penting untuk hidupkan enjin. Mungkin juga wiring motorsikal ada problem.. Mungkin short ni kena hantar pomen buat pemeriksaan check satu-satu


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Semak Dan Bayar Saman JPJ @ POLIS Terkini 2023


Berikut dikongsikan portal-portal yang menyediakan perkhidmatan semak saman trafik secara online/ atas talian dan SMS untuk kemudahan anda semua yang mempunyai saman kesalahan jalan raya. Sila pilih kaedah semakan yang anda suka.

Semakan Saman Polis Trafik Online (cara check saman)

1. MyBayar Saman
Layari Portal di pautan MyBayar Saman

Ikuti langkah-langkah berikut untuk check saman polis trafik :-
  1. Klik butang ‘DAFTAR’ untuk daftar sebagai pengguna baharu
  2. Isi maklumat peribadi – no. kad pengenalan, nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon bimbit
  3. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
  4. Log masuk dengan nombor kad pengenalan (untuk ruangan Id Pengguna) dan kata laluan yang didaftarkan
  5. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan untuk buat semakan

Pengguna juga boleh membayar saman melalui Portal & aplikasi MyBayar Saman

2. JPJ (mySIKAP)
Anda boleh membuat semakan saman JPJ secara online melalui laman web semakan ini. Tetapi hanya boleh digunakan bagi saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja. Untuk melakukan semakan dan membayar saman JPJ, ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari www.jpj.gov.my (mySIKAP)
  2. Klik pada ‘Daftar/Log Masuk Kali Pertama’
  3. Anda perlu mengisi butiran maklumat yang diperlukan dan klik ‘Teruskan’
  4. Pastikan maklumat-maklumat anda betul dan tepat
  5. Satu paparan pengesahan akan keluar dan klik ‘Ya’
  6. Jika pendaftaran anda berjaya, paparan pendaftaran berjaya akan keluar
  7. Kembali ke halaman utama mySIKAP dan log masuk menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan sementara untuk menyemak dan membayar saman

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

Dimana Saman JPJ Boleh Dibayar

Saman JPJ boleh dibayar di lokasi/ tempat berikut:
  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan mySIKAP.

Cara-Cara Pembayaran Saman JPJ
  • Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:
  • Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  • Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  • Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  • Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices.
  • Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun . Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:


3. MyEG Services
Anda boleh menyemak saman oleh JPJ dan AES di laman web/ portal rasmi ini. Langkah-langkah untuk menyemak saman adalah seperti di bawah:

Buat pertama kali yang menggunakan servis ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
Login menggunakan nama dan kata laluan anda.
Klik pada e-Services pada menu dan sila pilih JPJ. Bagi saman untuk AES pilih JPJ.
Pilih pada pautan yang berkenaan bagi menyemak seterusnya membayar saman kenderaan anda


Semak Saman Trafik Melalui SMS
Tiada perkhidmatan semakan saman JPJ atau PDRM melalui SMS pada masa ini. Jika terdapat sebarang makluman berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

5 Kebaikan Dan Keburukan Coating Kereta Yang Anda Perlu Tahu


Coating ada banyak kebaikan yang berbaloi untuk pemilik kereta untuk membuatkan kereta mereka berkilat dan tahan lama dari calar dan serpihan batu yang boleh merosakkan kereta.

Walaupun coating kereta mempunyai banyak kebaikkan, kita perlu tahu juga apa keburukan daripada coating kereta. Jadi dengan ini, anda boleh tahu lebih lanjut tentang ciri-ciri coating kereta sebelum anda mulakan detailing.

Dengan adanya coating yang memberikan extra layer kepada kereta anda, kereta dapat protection yang baik daripada jenis kotoran dan sentiasa berkilat dan nampak macam baru.

Dalam topik kali ini, kami akan terang 5 kebaikan dan keburukan coating kereta.


5 Kebaikan Coating Kereta
 


Extra Layer Perlindungan Untuk Kereta Anda
Salah satunya kebaikan coating kereta adalah ia dapat menambahkan layer perlindungan daripada pelbagai jenis kotoran yang boleh memburukan kecantikan kereta anda.

Bukan sahaja setakad kotoran malahan ia juga dapat menlindungi daripada cahaya matahari. Matahari boleh merosakkan cat kereta oleh kerana UV ray dalam jangka masa yang lama dan warna kereta anda boleh menjadi pudar.

Ini juga kerana dalam Malaysia ini, sekejap panas, sekejap hujan, cat kereta anda akan makin cepat utk rosak.

Kalau anda pernah lihat video di YouTube atau Facebook, dengan coating kereta, ia dapat untuk menangkis pengaliran air ke atas permukaan coating kereta anda.

Jadi, apa-apa jenis kotoran memang susah untuk melekat ke atas cat kereta anda. Selain itu, kereta anda akan dilindung daripada berkarat.


Dah Tak Perlu Wax Kereta Anda
Jika korang dah mula guna coating kereta, anda sudah tak perlu untuk wax kereta anda lagi.

Kalau korang nak tau, dengan coating kereta anda akan dapat sama sahaja seperti wax kereta. Cuma dengan coating kereta, setiap coating akan tahan lebih lama dan senang untuk anda bersihkan kereta anda.

Kalau korang wax sendiri, itu juga akan menjadi masalah kepada kereta anda jika wax tersebut tak berapa rata ke seluruh permukaan kereta.

Anda perlukan professional yang boleh mengilapkan kereta anda dengan rata dan teliti.


Coating Boleh Menangkis Kesemua Jenis Kotoran dan Lumpur
Kalau korang nak tau, coating kereta boleh menangkis air dan apa-apa jenis kotoran yang boleh merosakkan cat kereta anda. Anda juga boleh mencari “Ceramic Coating” atau “Hybrid Ceramic Coating” yang memberikan efek yang sama.

So, kalau korang tinggal di kawasan yang berdekatan dengan kilang, di tepi sungai, kawasan hutan dan sebagainya, kemungkinan kotoran boleh transfer melalui udara dan menyebabkan kereta anda cepat kotor dalam setiap perjalanan.

Kalau setiap hari anda drive ke tempat kerja, maka kereta anda akan cepat kotor jika lalu di jalan yang sama.

Memang korang boleh basuh kereta, tapi dengan adanya coating, kereta korang tak akan cepat kotor.

Proses ini boleh menjimatkan masa kita dan menjaga cat kereta dengan baik.


Kereta Anda Akan Lebih Senang Untuk Di Basuh
Korang masih boleh basuh kereta anda seperti biasa supaya kereta anda sentiasa nampak baru dan berkilat. Tapi, dengan adanya coating kereta, korang boleh basuh kereta dengan lebih senang.

Lagi senang daripada cuci kotoran yang susah untuk ditanggal. Kalau kereta tu dah lama tak basuh, walau berapa lama pun, akan menjadi senang bila dicuci.

Dengan ini, kotoran dan lumpur amat susah untuk melekat dengan kereta korang.

Nasib ada coating kereta yang mempunyai sifat menangkis kotoran degil. Justeru, anda tak perlu lagi nak gosok bahagian kotoran dengan keras.

Kereta anda akan lebih bersinar dan sentiasa berkilat.


Kereta Anda Akan Kelihatan Baru Berpanjangan
Kita mesti suka dengan kereta baru, dengan body keretanya yang berkilat dan sentiasa bersinar-sinar.

Kereta yang masih ada bau kedai, mestilah susah untuk maintain kecantikkan dan kegilapan kereta. Terutamanya kalau kita tak ada masa untuk mengilapkan kereta.

Coating kereta juga boleh membuatkan kereta anda kelihatan baharu seperti baru keluar daripada showroom kereta.

 

5 Keburukan Coating Kereta
 

Coating Kereta Perlu Digilapkan Dengan Betul
Kalau korang nak coating kereta, haruslah dengan team professional yang boleh menyelesaikan tugas pengilatan dan penggilapan permukaan kereta.

Boleh ke nak coating kereta sendiri secara DIY?

Mestilah boleh. Tetapi, jangan terkejut kalau ada tempat atau permukaan yang tak rata dengan betul, walaupun anda tahu untuk sapu ceramic coating ke atas permukaan kereta, tak bermakna anda tahu cara yang betul.

Kebanyakkan orang yang membuat coating dengan sendiri menyebabkan tompok atau permukaan yang tak dikenakan coating.

Sebab itu, ada sesetengah kawasan yang senang untuk dikenakan kotoran dan ia tak menangkis air dengan menyeluruh.

Ketahanan Coating Hanya Dalam 2 – 3 Tahun
Walaupun coating kereta ni baik, tetapi hanya efektif dalam jangka masa 2 hingga 3 tahun sahaja. Itu juga bergantung kepada jenis brand yang anda gunakan dan cara aplikasi coating tersebut.

Coating amat berbeza dengan Paint Protection Film yang boleh bertahan selama lebih 8 tahun bergantung kepada brand dan kualiti PPF tersebut.

Jika anda tak kesah untuk buat coating secara berkala seperti setiap 6 bulan atau 1 tahun perlu coatingkan kereta semula untuk memberi lebih ketahanan dan untuk kereta sentiasa berkilat.

Ketahanan coating kereta boleh ditingkatkan dengan kekerapan anda coating kereta anda.

Perlindungan Cat Kereta Bukan 100%
Coating kereta sememangnya boleh pertahankan dan memberi perlindungan kepada cat kereta anda tapi bukan seratus peratus.

Ia hanya memberikan extra layer ke atas permukaan cat kereta anda.

Kalau rasa lapisan coating itu nak hilang, barangkali haruslah diaplikasikan semula dan ratakan ke seluruh permukaan kereta. Coating kereta sedikit leceh berbanding PPF yang perlu apply sekali sahaja.

Tetapi jika anda nak berjimat, coating kereta lah caranya.


Perlukan Professional Installer Untuk Apply Coating
Anda memerlukan installer coating yang professional untuk apply semula coating kepada kereta jika coating itu sudah kehausan.

Dalam sesebuah coating kereta mempunyai beberapa lapisan liquid polymer dan bahan-bahan lain yang boleh membuatkan coating tersebut kuat untuk menangkis air dan kotoran degil supaya tidak melekat.

Untuk menghasilkan ceramic coating kereta yang sempurna, ia memakan masa dan amat sukar untuk beginner dalam coating.

Anda boleh lakukannya sendiri tetapi result yang anda inginkan dalam coating kereta tidak akan sama seperti yang diimpikan.

Tak Fully Anti-Calar
Ceramic coating memberikan perlindungan kepada cat kereta tetapi bukan sepenuhnya. Ia bukanlah “scratch resistant” yang boleh mengelakkan cat kereta itu daripada calar dengan sepenuhnya.

Kerana ia hanya ada lapisan yang kecil dan tak sama seperti paint protection film yang memberi perlindungan dengan sepenuhnya dengan “clear bra” tersebut sebagai lapisan pertahanan.

Walaupun coating kereta lebih murah daripada PPF, dan boleh tahan dalam 3 tahun, ia juga ada kekurangan dari segi perlindungan kepada cat kereta anda.


Kesimpulannya, Pilih Ikut Kemampuan Anda
Dengan 5 tips kebaikan dan keburukan coating kereta di atas, anda boleh mula untuk menilai sendiri antara cara yang anda boleh guna untuk mencantikkan dan memberi perlindungan kepada kereta anda.

So, anda boleh manfaatkan dan menilai sendiri, bagi saya, ada banyak kelebihan dan kebaikan yang anda boleh dapat daripada coating kereta anda.

Selain daripada kereta anda yang kelihatan berkilat dan berseri, kereta anda akan diberi perlindungan dari pelbagai jenis kotoran, air dan sebagainya. Malahan, lagi senang untuk dicuci.

Jika korang lebih mementingkan kereta kelihatan berkilat, anda boleh memilih ceramic coating sebagai detailing utama anda.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Nak Ubah Suai Kereta? Baca Dulu..


Walaupun ianya kereta anda, namun anda berisiko untuk dikenakan tindakan seperti saman sekiranya anda mengubah suai kereta tanpa mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh JPJ.

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Rujuk info dibawah untuk mengetahui pengubahsuaian kenderaan persendirian yang dibenarkan serta dilarang oleh JPJ.

Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian
Bagi mereka yang ingin mengubah suai kereta, ada pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Ubah Suai Yang Dibenarkan
  • Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
  • Pemasangan door visor pada kenderaan.
  • Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  • Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
  • Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
  • Penukaran kotak gear manual / automatik
  • Pemasangan kanopi / kanvas
  • Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
  • Pemasangan roof-rack (rel bumbung) / Bike Carrier
  • Pemasangan spotlight

Ubah Suai Yang Tidak Dibenarkan
  • Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
  • Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Penukaran sistem pacuan.
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  • Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
  • Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.
  • Penggunaan tayar kepak atau tayar yang terkeluar dari badan kereta

Ubah Suai Yang Dibenarkan, Tapi Perlukan Kelulusan

Kenderaan Persendirian
  • Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
  • Penukaran sistem bahan bakar.
  • Penukaran enjin.
  • Status kenderaan Vintaj/Klasik
  • Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)
Kenderaan Perdagangan
  • Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  • Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
  • Mengubah bilangan tempat duduk
  • Penukaran Had Berat
  • Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
  • Penukaran Kabin
  • Pemasangan Lantai/Lapik Besi
  • Mengubah Kegunaan Kenderaan
  • Penukaran Gandar
  • Penukaran Jenis Badan



Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

MARI BELAJAR CARA PARKING KERETA

Parking kereta satu benda yang agak melemahkan terutama bagi kaum wanita... Banyak jumpa orang perempuan ni, kalau parking, aduhai..suka hati saja... senget lah, dan makan ruang parking kereta lain... lelaki pun ada juga, tapi kaum wanita lebih lagi...

Jadi, jom belajar cara parking kereta supaya tak menyusahkan orang lain...

PARKING BERJAJAR 


Gunakan lampu signal ketika nak parking di tempat yang dituju.
Setelah keadaan lengang. pastikan tidak ada yang melintas.

Step 1: Terus ke depan, Step 2: Kemudian reverse ke belakang.

Masuk dari belakang, sebab lebih senang dan memudahkan nak keluar berbanding masuk dari depan.


PARKING SERONG / MIRING


Gunakan lampu signal ketika nak parking kat tempat yang dituju.
Pastikan tidak ada yang melintas.

Parking jenis ni pun lebih mudah... Tapi bila serong macam ni, tak kisah nak masuk dari depan atau belakang... sebab senang nak keluar nanti...


PARKING PARALEL


STEP 1
PARKING paralel adalah posisi parking yang dianggap susah untuk melakukannya oleh sebahagian orang. Perlu trik khusus dan latihan untuk dapat melakukannya dengan lancar dan baik.

Perkirakan bahawa ruang untuk parking lebih besar dari ukuran panjang kereta kita, majukan kereta hingga sejajar dengan kereta yang parking tersebut.

Pastikan ada jarak kira-kira satu meter dari kereta yang parking dengan kereta kita.

STEP 2
Masukkan dari belakang/reverse (R), kemudian putar stereng ke sisi arah tempat parking.
Mundurkan perlahan.. Perhatikan sudut bahagian belakang kereta yang parking.

STEP 3
Ketika posisi kereta sudah miring /diagonal 45 darjah, luruskan stereng sambil mundur perlahan.

STEP 4
Ketika hampir mendekati petak PARKING, putar balik  stereng ke arah luar, sambil mundur perlahan.

STEP 5
Tukar gear 1 atau D (untuk transmisi automatik), belokkan stereng ke sisi dalam untuk meluruskan posisi kereta.

STEP 6
Bila perlu.. mundurkan kembali kereta hingga antara kereta depan dan kereta belakang sama jaraknya.

Step ini diajar masa latihan nak ambil lesen memandu... tapi jarang kita praktikkan. 


PARKING DI BUKIT DALAM KEADAAN MENDONGAK


Jangan anggap remeh parking di bukit, kemungkinan brek tangan bermasalah boleh terjadi pada kenderaan kita. Agar kereta tidak meluncur ke tengah jalan, maka ikuti tips ini:
.
Pusing stereng dan belokkan, tidak perlu hingga habis, sehingga selamat untuk power steering system yang masih menggunakan hidrolik (oil power steering).


PARKING DI BUKIT DALAM KEADAAN MENURUN


Sama seperti parking dalam keadaan menaik, kemungkinan brek tangan bermasalah boleh terjadi pada kereta kita. Agar kereta tidak meluncur ke tengah jalan, maka ikuti tips ini.

Pusing stereng dan belokkan, tidak perlu hingga habis, sehingga selamat untuk power steering system yang masih menggunakan hidrolik (oil power steering).



Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Tayar Pancit Di Highway Plus Untuk Pemandu Wanita


Panik tak ? jika anda pemandu wanita , hanya memandu berseorangan dengan anak-anak , tiba-tiba tayar kereta anda pancit. Anggaran perjalanan 4-5 jam untuk 365 kilometer. Untung nya kerana saya sedar tayar kereta saya pancit semasa membelok masuk ke kawasan R&R Rawang. Tayar kereta kempis betul .. sehingga bila bergerak untuk parking , berbunyi bunyi .. tak tahu nak taip macam mana .. Perjalanan  masih jauh dari Kuala lumpur menuju ke Taiping. Dan saya baru je mulakan perjalanan beberapa minit sehingga rawang tu..

TIPS PENTING JIKA TAYAR KERETA ANDA PANCIT 
  1. Cari tempat parking kereta yang selamat , apabila menyedari tayar pancit ( raya streng kereta goyang-goyang ) perlahan kan kenderaan , pasang lampu kecemasan , parking tepi jalan , jika kawasan parking tu tak sesuai kenalah keluar dari kenderaan.
  2. Kalau sempat berhenti di R&R lebih selamat sebab ramai orang.
  3. Jangan sebarang minta pertolongan dengan orang tak kenal. Jika ada yang tanya beritahu dah hubungi peronda. Tapi ikut situasi juga kot. Ramai yang kena tipu … jadi elakkan lah.
  4. Hubungi peronda plus secepat mungkin. Beritahu lokasi , no plat kereta ( lokasi boleh tengok di waze atay gps )
  5. Talian hot peronda 1800 88 00 00. Boleh baca di belakang kad tol.
  6. Peronda plus akan tolong tukarkan tayar kereta tanpa apa-apa bayaran. Jangan risau. Tapi boleh beri duit belanja minum jugak.

TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN
  • Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) – 03-2692 0000
  • Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) – 03-732 9222
  • Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) – 03-733 7188
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
  • Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
  • Lebuhraya Kulim – Butterworh ( BKE )-04-398 6969
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
  • Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
  • Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
  • Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) – 1-800- 880999

Standby Satu Dalam Kereta 👇


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Jimat Wangikan Bau Kereta Macam Baru!


Nak wangikan bau kereta tak semestinya anda perlu menggunakan gel pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran. Sebenarnya ada bahan dari dapur yang lebih menjimatkan boleh anda guna untuk wangikan bau kereta.

Tidak dinafikan bau kereta yang hapak dan busuk boleh mengganggu mood pemanduan, apatah lagi jika anda memandu dalam tempoh yang lama. Oleh itu adalah penting untuk anda wangikan bau kereta agar anda lebih selesa.

Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.

1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.

2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.

3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.

4. Satu sudu besar kopi Nescafe.


Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Punca Kenapa Motorsikal Tidak Boleh Hidup Selepas Cuci

BUKAN kereta saja, kebersihan motosikal pun perlu diambil berat. Rutin mencuci motosikal perlu kerap dilakukan, lebih-lebih lagi jika dijadikan pengangkutan harian. Ini kerana motosikal mempunyai banyak bahagian komponen yang terdedah kepada persekitaran.

Tetapi, jangan pula ambil mudah pasal hal mencuci motosikal. Asalkan siram saja.  Bimbang kalau selepas selesai cuci, motosikal boleh tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Naya...

Apakah perlu dibuat jika situasi tersebut benar-benar berlaku? Cuba periksa 3 komponen di bawah ini:

KARBURETOR


Ketika mencuci, air mungkin termasuk ke dalam mangkuk karburetor. Komponen ini berfungsi menakung petrol yang akan disalurkan kepada venturi. Ia juga dijadikan penutup untuk melindungi komponen seperti pelampung dan main jet.

Kehadiran air semestinya akan menjejaskan operasi menghidupkan motor. Penyelesaian, cuba buka mangkuk karburetor, pastikan tiada air. Ttapi sebelum itu tutup dulu choke minyak untuk menyekat bekalan petrol.

SISTEM PENCUCUHAN


Bukan hanya palam pencucuh, bahagian elektrod palam pencucuh juga mungkin mengalami kelembapan akibat terkena air ketika dicuci. Selain pastikan ia kering, periksa juga status elektrik. Caranya, pasangkan palam pencucuh pada tempatnya dan sambungkan palam pencucuh pada blok atau kepala silinder.

Hidupkan motor guna penghidup penendang. Kalau ada percikan api keluar, maka elektrik daripada motor tidak bermasalah.

SOKET PALAM PENCUCUH


Soket palam pencucuh juga boleh bermasalah kerana air boleh masuk dengan mudah ke bahagian tersebut. Soket  ialah bahagian yang menghubungkan kabel palam pencucuh dengan palam pencucuh. Bagi membersihkannya, hanya perlu tanggalkan soket dan bersihkan dengan kain kering.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda