BUKAN kereta saja, kebersihan motosikal pun perlu diambil berat. Rutin mencuci motosikal perlu kerap dilakukan, lebih-lebih lagi jika dijadikan pengangkutan harian. Ini kerana motosikal mempunyai banyak bahagian komponen yang terdedah kepada persekitaran.
Tetapi, jangan pula ambil mudah pasal hal mencuci motosikal. Asalkan siram saja. Bimbang kalau selepas selesai cuci, motosikal boleh tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Naya...
Apakah perlu dibuat jika situasi tersebut benar-benar berlaku? Cuba periksa 3 komponen di bawah ini:
KARBURETOR
Ketika mencuci, air mungkin termasuk ke dalam mangkuk karburetor. Komponen ini berfungsi menakung petrol yang akan disalurkan kepada venturi. Ia juga dijadikan penutup untuk melindungi komponen seperti pelampung dan main jet.
Kehadiran air semestinya akan menjejaskan operasi menghidupkan motor. Penyelesaian, cuba buka mangkuk karburetor, pastikan tiada air. Ttapi sebelum itu tutup dulu choke minyak untuk menyekat bekalan petrol.
SISTEM PENCUCUHAN
Bukan hanya palam pencucuh, bahagian elektrod palam pencucuh juga mungkin mengalami kelembapan akibat terkena air ketika dicuci. Selain pastikan ia kering, periksa juga status elektrik. Caranya, pasangkan palam pencucuh pada tempatnya dan sambungkan palam pencucuh pada blok atau kepala silinder.
Hidupkan motor guna penghidup penendang. Kalau ada percikan api keluar, maka elektrik daripada motor tidak bermasalah.
SOKET PALAM PENCUCUH
Soket palam pencucuh juga boleh bermasalah kerana air boleh masuk dengan mudah ke bahagian tersebut. Soket ialah bahagian yang menghubungkan kabel palam pencucuh dengan palam pencucuh. Bagi membersihkannya, hanya perlu tanggalkan soket dan bersihkan dengan kain kering.
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda