Modifikasi Motorsikal Yang Dibenarkan Dan Tidak Dibenarkan


DIBENARKAN

1. Upgrade kabel
Antara modifikasi yang tidak menjadi kesalahan ialah apa-apa perkara yang melibatkan naik taraf tanpa mengganggu aspek teknikal lainnya. Sebagai contoh, sekiranya pemilik menukar kabel-kabel yang ada kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan lebih cekap. Ini tidak menjadi kesalahan.

2. Tukar coverset
Sekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ. Jika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

3. Pemasangan Brek Disc Belakang

Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak terlampau besar dari size disc depan pula.. 

4. Pemasangan Footrest racing

Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanya tiada masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. 

5. Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar
Pengubahsuaian saiz rim dan tayar adalah dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan seperti tidak terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sendiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub.

 

TIDAK DIBENARKAN

1. Ekzos bising

Ini antara yang paling biasa kita temukan. Paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan banyak lagi. Alasan yang diberi, ia akan membolehkan pemandu kereta dengar dan sedar keberadaan motosikal disekitar mereka. Tetapi jika ia terlalu bising, sebuah kesalahan akan tetap jadi kesalahan. Kebisingan yang melebihi 2-3 dB ketika ekzos panas – berbanding yang diluluskan untuk VTA – mungkin dimaafkan (bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas), tetapi lebih daripada itu, anda boleh dikenakan tindakan. Korang mungkin boleh didenda dari RM150 ke RM300

2. Tiada cermin sisi
Ini satu lagi kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang. Maka, tiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas. Boleh disaman RM 250.

3. No plat pendaftaran
Satu benda yang gemar ditukar oleh pemilik. Selagi ia tidak melanggar peraturan paparan nombor plat pendaftaran, tak jadi masalah. Tetapi, sekiranya ia melibatkan ubahsuai visual plat berkenaan, misalnya dengan reka abjad-abjad fancy, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain, maka itu satu kesalahan. Pemilik boleh dikenakan denda RM300.

4. Ubahsuai Lampu Hadapan Berwarna
Pemasangan lampu bewarna merupakan satu kesalahan juga tau. Ia boleh dikenakan kopmaun sehingga RM150. Secara logiknya, lampu yang terlampau fancy boleh menyakitkan mata orang dihadapan dan kami pun menyokong kalau saman jenis ini ditegakkan.

5. Ubahsuai Lampu Signal
Kadang-kadang tu sakit hati juga dengan signal jenis capang ni..Dahlah menyusahkan kalau patah atau berlanggar dengan orang. Tapi, kalau korang ubahsuai signal tanpa ikut spesifikasi, korang boleh kena saman sehingga RM250 tau!

6. Ubahsuai enjin
Macam-macam yang selalu dilakukan terhadap enjin; tukar piston, besarkan liang, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan. Melainkan, lepas buat terus hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan. Jika diluluskan, maka tak ada masalah untuk digunakan atas jalan.

7. Tayar sotong

Menggunakan tayar “sotong” atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Atas sebab apa? Mudah saja; keselamatan penunggang dan pembonceng. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya. Misalnya ketika dua orang menaiki motosikal berkenaan. Ini akan memberikan maklumbalas tunggangan yang berbeza dan merbahaya, terutama di selekoh.

8. Tayar gemuk

Apa-apa naik taraf atau “upgrade” yang dilakukan terhadap motosikal secara prinsipnya dibolehkan. Sebagai contoh, dalam kes penggunaan tayar gemuk. Tetapi, ia hadir dengan syarat; tiada ubah suai boleh dilakukan terhadap bahagian fork depan dan juga swingarm asal motosikal terbabit. Begitu juga sekiranya posisi brek telah dialihkan untuk disesuaikan dengan pemasangan tayar gemuk berkenaan – kerana sistem dan kedudukan brek sudah diuji dan diluluskan ketika VTA. Jika peralihan kedudukan kaliper brek dilakukan, maka ia menjadi satu kesalahan.

Hukuman

Perlu juga difahami bahawa semua ini boleh dikuatkuasakan sekiranya motosikal terbabit ditahan di atas jalanraya. Sekiranya motosikal yang diubah suai untuk tujuan pameran/perlumbaan dan sebagainya, dan diangkut untuk ke lokasi dengan lori, maka itu tidak menjadi kesalahan. Hanya motosikal yang digunakan di atas jalan raya akan berdepan tindakan seperti dinyatakan ini.

Jika motosikal-motosikal modifikasi secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksa on-the-spot, makan pihak berkuasa berhak untuk untuk menyita motosikal anda. Bukan itu saja, pemilik juga akan dikenakan denda minimum RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda