Apa Perlu Buat Sekiranya Enjin Kereta Overheat?


Jika anda sedang berada dalam kesesakan lalu lintas dan menyedari ada asap putih atau wap keluar daripada bonet hadapan kereta anda – kekal tenang. Ambil langkah-langkah berjaga-jaga dan praktikkan perkara-perkara berikut:

1. Jangan Panik
Sekiranya anda berdepan situasi temperature kereta naik sebegini secara tiba-tiba semasa memandu, kekal tenang dan jangan panik. Perlahankan kenderaan dan segera bergerak dengan berhati-hati menuju ke bahu jalan. Dalam situasi panik sebegini, ada sesetengah pemandu yang mula menekan brek secara mengejut setelah mendapati kereta mula berasap. Perbuatan sebegini amat berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kemalangan yang lebih serius. Oleh itu, kekal tenang.

2. Jangan Teruskan Pemanduan, Cari Lokasi Selamat untuk Berhenti
Jika lampu amaran suhu enjin menyala atau jarum tokok suhu anda berada dalam zon merah, jangan teruskan pemanduan dan segera berhenti di bahu jalan. Meneruskan pemanduan semasa enjin kereta overheat boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius (dan lebih mahal) pada enjin anda.
  • Segera matikan aircond kereta untuk mengurangkan tekanan pada enjin. Aircond kereta yang dibiarkan beroperasi semasa kereta overheat boleh meningkatkan beban pada enjin.
  • Jika selamat, buka bonet hadapan kereta bagi membolehkan pengaliran haba yang lebih baik dan membantu haba hilang dengan lebih cepat.
  • Biarkan enjin kereta sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit. Setelah enjin kembali sejuk, periksa tokok suhu kereta sama ada ia kembali ke tahap normal atau tidak.
3. Jangan Buka Bonet Serta-Merta
Setelah berhenti, tunggu sehingga enjin kereta sejuk terlebih dahulu sebelum membuka bonet untuk memeriksa enjin anda. Ini kerana, perbuatan membuka bonet hadapan dengan serta-merta semasa suhu enjin masih panas boleh meningkatkan risiko melecur atau tercedera disebabkan oleh wap atau asap. Tunggu sehingga tokok suhu menurun sebelum buka bonet hadapan.

4. Jangan Biarkan Isu Berlarutan
Secara amnya, enjin kereta yang rosak perlu dibaiki dengan segera kerana ia boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan. Setelah enjin sejuk, cuba hidupkan enjin kereta. Jika enjin kereta berbunyi tetapi kereta tak boleh start, minta bantuan trak tunda untuk menunda kereta anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Namun jika ia berjaya dihidupkan, bawa kereta anda dengan berhati-hati dan sentiasa perhatikan tokok suhu semasa memandu. Jika temperature kereta naik semula, segera berhenti dan biarkan sejuk.

Diagnosis enjin kereta yang lengkap boleh membantu mengenal pasti punca temperature kereta naik. Selain itu, ia juga boleh membantu anda mendapatkan penyelesaian terbaik terhadap isu yang berlaku. Jika kereta overheat, anda juga boleh lakukan pemeriksaan seperti berikut:

Kenal pasti sebarang tanda kebocoran, kerosakan yang berlaku jika ada. Air coolant kering boleh menyebabkan enjin kereta overheat.

Periksa dan tambah air coolant jika perlu. Kebanyakan punca kereta overheat berlaku disebabkan air coolant kereta yang tidak mencukupi.


Tips Elakkan Temperature Enjin Kereta Naik
Sebelum anda memulakan roadtrip bersama keluarga atau rakan, anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengelakkan masalah kerosakan kereta seperti enjin kereta overheat mengganggu mood percutian anda:
  1. Periksa radiator kereta sama ada terdapat risiko radiator tersumbat (daun kering, serangga, lumpur dan sebagainya) yang boleh menyekat aliran udara;
  2. Pastikan tahap air coolant berada pada tahap yang sesuai dan mencukupi;
  3. Periksa timing belt kereta anda – timing belt rosak atau haus berpotensi menjejaskan fungsi enjin;
  4. Lakukan pemeriksaan terhadap penutup radiator kereta anda – spring penutup yang sudah longgar tidak dapat mengekalkan tekanan yang diperlukan dalam radiator;
  5. Lakukan pemeriksaan yang menyeluruh ke atas kereta anda sebelum memulakan perjalanan.
  6. Minta bantuan mekanik yang dipercayai untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki sebarang kerosakan, jika ada.




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda