ABSORBER atau penyerap hentak ialah komponen motosikal yang amat penting kerana menyumbang kepada kestabilan, terutama ketika melalui permukaan jalan beralun atau tidak rata, dan ketika mahu memotong. Jadi komponen berkualiti sangat diperlukan.
Lazimnya, usia absorber versi asli aka OEM mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun, bergantung kepada penyelenggaraan dan penggunaan motosikal. Ada komponen yang mampu bertahan hingga tujuh tahun.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan sendiri untuk memeriksa dan menjaga absorber motosikal anda:
1. Tekan hendal motosikal ke bawah dan perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun sangat cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.
2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal perlahan-lahan. Itu menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.
3. Secara visual, perhatikan pengedap (seal) absorber depan. Jika ada lelehan atau tompokan minyak, maka seal itu harus diganti segera.
4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata. Jika rasa lantunan melampau (seperti dalam bot laju atau menunggang kuda), maka absorber motosikal anda perlu diganti. Semakin banyak lantunan, maka semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Menunggang dengan absorber yang sudah rosak, sebenarnya sangat bahaya. Selain prestasi jentera kurang mantap, anda juga akan rasa tidak selesa. Kerosakan absorber boleh membuatkan badan jadi sakit, terutama bahagian pinggang dan belakang.
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda