Penyebab utama anda merasa takut semasa anda belajar menunggang motorsikal kerana anda sebenarnya gagal menguasai asas menunggang motorsikal seperti;
1. Menyeimbangkan Badan Untuk Mengawal Motorsikal
Anda merasa takut kerana anda masih gagal untuk menyimbangkan badan anda semasa menunggang motosikal. Ini menyebabkan anda merasa takut jatuh dari motorsikal. Untuk belajar menyeimbangkan badan, anda sepatutnya belajar menunggang basikal terlebih dahulu barulah mudah untuk belajar motorsikal. Jika anda ingin belajar juga untuk menyeimbangkan badan dengan menunggang motorsikal, minta rakan atau keluarga yang telah mahir menunggang motor untuk membawa anda di kawasan lapang atau kawasan padang untuk belajar menunggang motorsikal.
Jangan belajar menunggang di kawasan jalan raya kerana cara ini amat merbahaya dan berisiko untuk mengalami kecederaan yang serius.
2. Penguasaan Mengendalikan Pergerakan Gear Kaki, Klac, Pedal Brek Kaki, Brek Tangan Dan Handle Minyak
Motorsikal mempunyai banyak jenis, terdapat motorsikal yang mempunyai klac dan gear, motosikal tidak mempunyai klac tetapi memiliki gear serta motorsikal yang tidak mempunyai gear dank klac yang dikenali sebagai Scooter. Walau jenis apa pun yang anda ingin belajar untuk menunggangnya, anda mesti menguasai pergerakan-pergerakan gear kaki, klac, pedal brek kaki, brek tangan dan handle minyak. Jika anda belajar menunggang motosikal jenis scooter, anda harus menguasai handle minyak, brek handle kiri dan brek handle kanan. Untuk menguasai kemahiran ini, hanya latihan yang berterusan dan teknik imiganisi kawalan pergerakan harus dilakukan.
3. Keyakinan, Keberanian Untuk Belajar
Jika anda tidak memiliki keyakinan dan keberanian untuk belajar, ketakutan untuk menunggang motosikal sentiasa mengatasi diri anda menyebabkan anda gagal mengawal motosikal sepenuhnya semasa menunggang motosikal. Hal ini amat merbahaya kerana anda berisiko untuk mengalami kemalangan di jalan raya kerana kurangnya keyakinan anda untuk mengandalikan motosikal.
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda