Cara Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Hujan


Sebagai pemandu, anda pasti sudah terbiasa berdepan dengan keadaan di mana cermin kereta berkabus terutamanya pada cuaca sejuk atau waktu hujan. Apabila perkara ini berlaku, ia semestinya akan mengganggu penglihatan pemandu dan membahayakan nyawa serta pengguna jalan raya yang lain.

Untuk makluman anda, antara faktor utama yang menyebabkan cermin kereta anda boleh berkabus adalah kerana penyaman udara. Kabin secara tidak langsung menjadi lembab kerana terdapat banyak partikel air yang disebabkan oleh kesan suhu sejuk daripada penyaman udara ini. Ia menyebabkan cermin kereta anda berkabus tanpa anda sedari.

Selain itu, pada ketika atau selepas hujan, kelembapan udara di luar kabin pada kebiasaannya adalah tinggi. Ia secara tidak langsung menyebabkan udara lebih mudah berubah jadi kabus dan melekat pada cermin kereta.

Ubat Gigi
Tahukah anda? Kandungan florida yang ada pada ubat gigi sebenarnya boleh membantu untuk menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta. Untuk menggunakannya mudah sahaja, anda hanya perlu ratakan ubat gigi tersebut pada bahagian dalam cermin kereta dan lapkan semula dengan kain mikrofiber.

Syampu
Selain kegunaannya untuk rambut, syampu juga sebenarnya berupaya untuk menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta anda. Caranya mudah sahaja, sapukan sedikit syampu pada cermin tanpa air dan gosok dengan rata. Kemudian, lap semula dengan perlahan menggunakan kain mikrofiber, surat khabar atau tisu sehingga hilang kesannya. 

Minyak Rambut
Pastikan anda hanya menggunakan minyak rambut jenis cecair (lutsinar) dan bukannya jenis krim atau gel ya! Untuk menggunakannya juga mudah, sama seperti cara menggunakan ubat gigi seperti yang dikongsikan di atas.

Ubi Kentang
Jangan pelik! Ubi kentang juga sebenarnya berupaya untuk mengatasi masalah cermin kereta mudah berkabus. Cara untuk gunakannya juga mudah sahaja iaitu:
  1. Ambil sebiji ubi kentang dan potongkan ia menjadi dua.
  2. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ubi kentang tadi pada bahagian dalam cermin kereta anda.
  3. Biar dulu cermin kereta anda kering
  4. Lap cermin dengan tisu kering




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TANDA AWAL KEROSAKAN RADIATOR


Radiator ataupun tangki air memainkan peranan yang amat penting dalam operasi enjin kereta. Walaupun ia merupakan satu masalah yang biasa, radiator yang bocor akan membuatkan perjalanan anda tergendala jika enjin anda mengalami kepanasan yang melampau akibat kegagalan sistem sejukan.

Mengetahui tanda-tanda kebocoran radiator akan membantu anda melindungi pelaburan dan pada masa yang sama memastikan anda dan penumpang dalam keadaan selamat. Ambil langkah bijak dengan memastikan anda melengkapkan diri anda dengan sedikit sebanyak maklumat tentang perjagaan kereta.

1. TITISAN CECAIR PENYEJUK (COOLANT)

Cecair penyejuk ataupun coolant direka khusus untuk membantu mengawal suhu enjin kereta anda. Radiator kereta menggunakan coolant berbentuk cecair untuk menyejukkan enjin. Jadi, cara yang paling mudah untuk mengesan kebocoran ialah dengan memerhatikan jika ada titisan air berwarna di atas lantai garaj anda.

Coolant biasanya dihasilkan dalam pelbagai warna dan ini merupakan salah satu punca kenapa ia mempunyai warna. Ia akan membantu mengesan kawasan yang bocor dengan lebih mudah.

Ada juga coolant yang mempunyai baunya yang tersendiri. Ingat, coolant tidak hanya berada di satu tempat tetapi sentiasa bergerak di dalam enjin kereta.

Sebaiknya enjin kereta dibersihkan terlebih dahulu sebelum mencari punca kebocoran kerana ia mungkin berpunca daripada pam air, hos ataupun perumah thermostat. Jika enjin masih panas, kemungkinan radiator yang bocor akan mengeluarkan wap stim dari bahagian yang bocor.

Ingat, cecair coolant sangat beracun dan mempunyai toksik yang cukup untuk membahayakan manusia dan juga binatang. Jika terkena kulit segera bersihkan dengan air yang banyak.

2. PARAS AIR BERKURANGAN

Jika terdapat kekurangan yang ketara dalam tangki air simpanan radiator, anda harus bertindak segera kerana ia juga merupakan petanda radiator anda sudah bocor.

Sebenarnya, paras cecair penyejuk sentiasa berbeza mengikut suhu enjin kereta. Ia akan sentiasa naik dan turun tetapi dalam kadar yang agak tetap. Penurunan ataupun kekurangan cecair penyejuk yang drastik bermakna, kereta anda mengalami kebocoran radiator (atau lebih parah, kebocoran pada kelapa selinder)

Anda boleh mengesahkannya dengan menambah cecair penyejuk ke dalam radiator sebelum memeriksanya kembali selepas beberapa hari untuk melihat parasnya. Jika ia berkurangan pada kadar yang luar biasa, ia bermaksud ada kebocoran di mana-mana bahagian enjin – beri perhatian pada tangki air ataupun radiator.

3. PERIKSA SEMUA SAMBUNGAN DAN HOS
Karat ataupun perubahan warna pada beberapa komponen enjin mungkin juga bermaksud radiator anda sedang mengalami masalah kebocoran.

Hos-hos radiator dan bahagian lain juga berkemungkinan mengalami kehausan dalam tempoh masa yang agak lama. Ia mesti selalu dibersihkan dan diperiksa untuk mengesan lokasi kebocoran ataupun rekahan.

4. ENJIN KERETA OVERHEAT

Jika enjin kereta overheat meskipun dalam keadaan pemanduan biasa, ia merupakan petanda ada kerosakan serius berlaku pada radiator kereta anda. Radiator merupakan satu-satunya komponen dalam kenderaan yang berperanan penting dalam memastikan enjin kekal sejuk – jika enjin terlalu panas, ia boleh mendatangkan risiko kerosakan lain. Enjin kereta pada asasnya merangkumi pelbagai komponen bergerak lain yang memastikan prestasi kereta kekal berada dalam keadaan baik.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tanda Ekzos Kereta Bocor Dan Bermasalah


Pengetahuan mengenai masalah kebocoran sistem ekzos boleh membantu mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini daripada berlaku yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan. Jika anda mengesan tanda-tanda kerosakan atau kebocoran ini pada sistem ekzos kereta anda, segera dapatkan bantuan dan nasihat pakar untuk pemeriksaan dan pembaikan.

1. Bunyi Kuat Atau Pelik Pada Bahagian Sistem Ekzos

Secara amnya, jika anda mendapati terdapat bunyi yang lebih kuat daripada biasa dihasilkan pada bahagian ekzos, anda disarankan untuk memeriksa sistem ekzos untuk mengetahui sebarang kerosakan atau kebocoran. Kereta yang mengalami kebocoran ekzos biasanya akan menghasilkan bunyi yang kuat terutamanya semasa memecut. Lazimnya, ekzos kereta yang bocor akan menghasilkan bunyi berdesis (hissing – bunyi seperti gas bocor) atau ketak-ketik (tapping – bunyi seperti hujan jatuh di atas atap rumah). Biasanya, bunyi ini terhasil lebih kuat semasa enjin dalam keadaan sejuk atau semasa anda memecut kenderaan.

Namun begitu, simptom bunyi ini sukar untuk dikesan kerana selain sistem ekzos, sistem lain juga menghasilkan bunyi-bunyi tertentu semasa kenderaan beroperasi. Walau bagaimanapun, jika anda mengesan sebarang bunyi yang berbeza daripada biasa, segera dapatkan bantuan dan pemeriksaan lanjut.

2. Kecekapan Bahan Api Menurun

Sistem ekzos memerlukan nisbah kandungan bahan api dan udara yang betul untuk menghasilkan tahap kecekapan bahan api yang bersesuaian. Jika berlaku kebocoran dalam sistem ekzos, ia secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi enjin merosot sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api. Ini kerana lebih banyak bahan api diperlukan untuk mencapai tekanan yang betul untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh kenderaan.

3. Kuasa Pecutan Berkurangan

Kebocoran sistem ekzos terutamanya pada bahagian manifold atau perongga ekzos secara tidak langsung boleh merosakkan injap dan seperti dinyatakan di atas, akan meningkatkan penggunaan bahan api. Ini menyebabkan kuasa enjin menjadi lemau sekali gus mengurangkan kuasa pecutan enjin sesebuah kenderaan.

4. Gegaran Pada Pedal Minyak

Jika berlaku gegaran pada bahagian pedal minyak kereta anda – besar kemungkinan bahagian ekzos kereta anda bocor. Lazimnya, gegaran pada bahagian pedal minyak adalah disebabkan oleh kebocoran paip ekzos, dan ia berkadar langsung dengan saiz kebocoran paip ekzos. Dalam erti kata lain, semakin besar saiz kebocoran, semakin teruk gegaran yang dialami oleh pemandu. Jika simptom dibiarkan, gegaran ini boleh bertambah buruk dan menyebabkan bahagian stereng dan lantai kereta turut mengalami situasi yang sama.

5. Bau Asap Dalam Kabin

Jika sistem ekzos kereta anda mengalami masalah atau kebocoran, ia boleh dikesan melalui bau yang dihasilkan. Gas karbon dioksida (CO2) yang memasuki ruang kabin akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Namun begitu, ia berbeza jika ekzos kereta anda mengalami kebocoran gas karbon monoksida (CO) kerana gas karbon monoksida tidak berwarna dan tidak berbau!

Secara amnya, keracunan karbon monoksida adalah kes keracunan udara yang menyebabkan maut yang paling biasa berlaku. Gas karbon monoksida yang tinggi dalam udara akibat kebocoran ekzos akan menurunkan kandungan oksigen dalam kenderaan. Ia boleh menyebabkan kematian terutamanya jika pemandu dan penumpang sedang tidur dalam kereta.

Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa periksa sistem ekzos kenderaan anda di pusat pemeriksaan bertauliah secara berkala bagi memastikan sistem ekzos berada dalam keadaan baik dan selamat.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

PUNCA MOTOR TERASA BERGOYANG DI BAHAGIAN HADAPAN


Gegaran pada motosikal ini pasti kita akan perasan terutamanya apabila lalu di jalan yang berbonggol, berlubang dan kadang-kadang semasa membrek.

Ini antara sebab dan punca berlakunya gegaran pada bahagian hadapan motosikal korang:

1. Steering Fork Longgar
Ia sering berlaku apabila bahagian tersebut berbunyi semasa korang melintasi bonggol atau lubang di jalan yang menyebabkan ia terhentak. Hentakkan itu akan membuatkan handle bergoyang (bergerak ke depan dan ke belakang).

Pada bahagian sendi atau leher steering terdapat bola bearing set yang dinamakan steering kon. Faktor pemakaian motor yang sudah lama mejadi punca haus pada bahagian tersebut dan mengakibatkan terdapat ruang yang menjadi punca ia longgar.

2. Tayar gelembung

Sesetengah tayar motor akan bengkak pada bahagian tertentu. Ini menunjukkan tayar itu telah rosak. Ini adalah salah satu punca motor bergegar pada bahagian hadapan atau pada roda belakang. Tukar segera jika tayar rosak kerana ia boleh pecah pada bila-bila masa.

3. Rim Bengkok

Rim bengkok agak berlainan sedikit tandanya kerana ia bukan hanya dapat dirasakan apabila berlaku hentakkan tetapi sepanjang membawa motosikal. Korang akan rasakan gegaran dan jika terlalu parah ia terasa seakan-akan melompat-lompat seperti naik kuda. Jadi anda perlu bertukar kepada rim yang baru.

4.Masalah Minyak Fork
Penyebab motor terasa terhentak kuat terutamanya apabila melalui bonggol atau membrek adalah kerana masalah pada fork yang telah kering, terlebih isi minyak atau tube fork bengkok. Selain itu, kesan kemalangan motosikal yang menyebabkan fork rosak dan menunjukkan tanda-tanda minyak meleleh keluar pada batang fork.

5. Bearing Roda Pecah

Masalah bearing roda pecah memberi kesan yang agak berlainan kerana selain bergetar ia juga akan menyebabkan motor meliar ke kiri atau ke kanan dan akan mengeluarkan bunyi. Anda perlu menukarkan set gantian bearing tayar tersebut.

6. Ketidakseimbangan Pada Bahagian Tertentu
Ketidakseimbangan roda atau bahagian lain pemegang motosikal boleh berlaku kerana pemasangan tayar yang salah atau tidak sesuai yang membuatkan si penunggang akan merasa sebaik sahaja membawa motor tersebut. Apa yang korang boleh lalukan adalah pastikan bahagian bawah tayar berada pada kedudukan yang sepatutnya.

7. Gegalas Haba Roda
Ia juga mungkin berpunca daripada gegalas haba roda yang longgar atau tengkuk motosikal. Malah, penukaran pemegang yang terlalu lembut juga boleh menyebabkan gegaran.

8. Enjin Rosak
Enjin yang mengalami ketidak seimbangan operasinya juga adalah punca motor bergegar. Tetapi gegaran tersebut hanya boleh dirasakan semasa motosikal tidak bergerak.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Periksa Absorber Motor

ABSORBER atau penyerap hentak ialah komponen motosikal yang amat penting kerana menyumbang kepada kestabilan, terutama ketika melalui permukaan jalan beralun atau tidak rata, dan ketika mahu memotong. Jadi komponen berkualiti sangat diperlukan.


Lazimnya, usia absorber versi asli aka OEM mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun, bergantung kepada penyelenggaraan dan penggunaan motosikal. Ada komponen yang mampu bertahan hingga tujuh tahun.

Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan sendiri untuk memeriksa dan menjaga absorber motosikal anda:
1. Tekan hendal motosikal ke bawah dan perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun sangat cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.

2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal perlahan-lahan. Itu menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.

3. Secara visual, perhatikan pengedap (seal) absorber depan. Jika ada lelehan atau tompokan minyak, maka seal itu harus diganti segera.

4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata. Jika rasa lantunan melampau (seperti dalam bot laju atau menunggang kuda), maka absorber motosikal anda perlu diganti. Semakin banyak lantunan, maka semakin besar kerosakan komponen tersebut.

Menunggang dengan absorber yang sudah rosak, sebenarnya sangat bahaya. Selain prestasi jentera kurang mantap, anda juga akan rasa tidak selesa. Kerosakan absorber boleh membuatkan badan jadi sakit, terutama bahagian pinggang dan belakang.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TANDA MASALAH BREK KERETA YANG BIASA BERLAKU


1. Brek berbunyi nyaring kekadang masa sejuk / selalu berbunyi / kekadang bunyi
  1. Brek pad habis
  2. Brek pad jenis tiruan , lebih teruk lagi jenis keras

2. Tekan brek tapi kena kasar
  1. Servo bocor
  2. Brek pad habis
  3. Paip minyak tersumbat

3. Brek tak ada langsung
  1. Master pam  bocor / masuk angin
  2. Sambungan paip getah bocor
  3. Kalo brek jenis drum cek kat pam
  4. Dalam paip masuk angin

4. Brek terasa lembut , kena tekan banyak kali
  • Buat bleeding , angin dah masuk dalam paip

5. Dekat rim tayar berhabuk banyak
  1. Brek pad biasa tiruan
  2. Kalo nak kurang habuk cari jenis ceramik , kelemahannya plak dish cepat haus plak
  3. Semi metalic atau standard dah mencukupi
  4. kalo jenis performance, biasanya lebih banyak habuk.

6. Brek , streng terasa bergegar / goyang dan pedal brek terasa getaran
  • Dish brek lekuk dalam, boleh diskim kalo x melebihi hadnya, kalo ada fulus, lebih baik tukar.

7. Brek ok cuma kena tekan kuat kedalam
  1. Minyak dalam tabung kosong
  2. Master pam masuk angin / bocor
  3. Dalam paip ada angin
  4. Brek pad dah habis


8. Brek kereta menjajar kekanan atau kekiri ( Kereta nampak senget sebelah )
  • Caliper jem ( servis ) Pastikan nut caliper tu tak bengkok , taruk grease heavy duty tahan panas

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

10 Tanda Gearbox Auto Rosak


Anda pengguna kereta jenis auto?

Untuk pengetahuan anda, kos membaiki gearbox auto ini boleh mencapai ribuan ringgit.

Sebelum bertambah parah, kenali tanda awal kerosakan gearbox kereta anda dengan mudah.

Berikut merupakan tanda kerosakan gearbox kereta:

TERDAPAT SENTAKAN YANG KUAT
  • Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali penukaran gear berlaku.
  • Contoh dari N ke D atau dari P ke D .
  • Ini tanda awal kerosakan gearbox auto.
  • Flushing dan ganti minyak auto.
  • Hantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

RPM MENJADI TINGGI
  • Rpm tinggi dan tidak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.

ENJIN KERETA BERBUNYI KUAT
  • Enjin kereta berbunyi kuat setiap kali penukaran gear auto berlaku.
  • Ini menandakan clutch plate dalam gearbox auto telah habis/nipis.
  • Hantar kereta anda di bengkel untuk diperiksa/dibaiki.

BERBUNYI HENTAKAN SEPERTI  ‘DUKK’ 
  • Gearbox auto berbunyi hentakan seperti ‘Dukk’  setiap gear auto bertukar.
  • Buat flushing gearbox dan tukar minyak auto untuk melancarkan penukaran gear.
  • Servis gearbox anda dengan segera sebelum bertambah teruk.

GEAR BERTUKAR KEPADA KEADAAN N ATAU D PADA METER
  • Gear bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
  • Sangat merbahaya dalam pemanduan.
  • Terdapat kerosakan pada valve body gearbox auto.


PENUKARAN GEAR YANG LAMBAT
  • Penukaran gear yang lambat.
  • Kemungkinan filter tersumbat atau kotor menyebabkan penukaran gear lambat.
  • Periksa juga Solenoid Shift Sensor kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Ini kerana penukaran minyak gear auto tidak dilakukan mengikut jadual penukaran yang betul.
  • Jika hal ini berterusan gearbox kereta anda akan rosak.

KERETA TIDAK BERGERAK
  • Kenderaan tidak bergerak walaupun tombol gear sudah dimasukan ke D.
    Ini menunjukan gearbox auto kereta anda rosak teruk.
  • Antara kemungkinan kerosakan seperti ini adalah : pam jem, Valve body sumbat, sensor, dan valve body rosak.

PEMIILIHAN GEAR YANG SUKAR / TIDAK LANCAR
  • Kesukaran untuk memilih gear contoh Dari D ke P.
  • Kadang kala tersekat dan langsung tidak dapat pilih gear.
  • Ini kemungkinan bush/ sambungan kabel gear terlepas dari handle.

KEROSAKAN SPEED SENSOR
  • Untuk kenderaan auto, Speed Sensor berada pada 2 kedudukan yang dipanggil Input dan Output.
  • Kerosakan komponen ini menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan.
  • Overdrive (O/D) lambat masuk atau tidak naik.
  • Brek menjadi keras.
  • Meter Speedo bergoyang/tidak naik.
  • Lampu (O/D) berkelip – kelip.
  • Lampu Check Enjin menyala.

GEARBOX DELAY
  • Apabila gear D atau R dimasukan mengambil masa beberapa minit baru kenderaan bergerak.
  • Kerosakan ini selalunya berlaku pada getah atau seal yang terdapat pada clutch gearbox.
  • Kerosakan seal ini mengakibatkan kebocoran tekanan dalam gearbox dan mengakibatkan kemasukan gear delay.

Kenapakah Kerosakan Ini Berlaku ?
Antara sebab kerosakan ini berlaku adalah :

Oil filter gearbox auto tidak pernah ditukar.
Penukaran minyak auto yang tidak mengikut jadual yang betul.
Tidak pernah memeriksa paras minyak gear auto.
Tidak pernah menambah minyak auto.
Tidak pernah menukar minyak gear auto.
Anda harus peka terhadap jadual servis minyak auto kenderaan anda.

Penukaran minyak auto dilakukan apabila perjalanan kenderaan mencapai 20,000km.

Bagi mengelakan berlakunya kerosakan yang serius pada gearbox auto.

Semoga dengan adanya tanda gearbox auto rosak yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada anda bagi mengelakan kerosakan lebih – lebih lagi kepada pengguna kenderaan auto.




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

5 Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak

Dalam post ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana mengesan tanda compressor aircond kereta rosak dengan mudah dan sangat senang untuk difahami.

Sebelum itu, saya ingin terangkan jenis – jenis aircond compressor :

Terdapat 3 Jenis Aircond Compressor :
  1. Compressor Magnet Clutch.
  2. Compressor Control Valve Pressure.
  3. Compressor Hybrid.
Compressor Magnet Clutch banyak digunakan di malaysia.

BUNYI BERGESERAN APABILA AIRCOND DIHIDUPKAN
  • Terdapat bunyi pada compressor apabila suis aircond dihidupkan.
  • Bunyi seperti besi bergeseran pada aircond compressor.
  • Periksa keadaan compressor jika terdapat habuk besi dan keledak hitam.
  • Kemungkinan besar pulley bearing rosak dan menyebabkan bunyi bising.
  • Hantarkan kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.

BUNYI COMPRESSOR KASAR
  • Normalnya bunyi aircond compressor adalah senyap.
  • Jika berlaku bunyi kasar pada compressor aircond kemungkinan komponen dalaman telah rosak.
  • Apabila bearing atau piston compressor longgar/rosak ia mengeluarkan bunyi yang kuat.
  • Disyorkan anda tukar compressor baru  untuk penggunaan jangka panjang.

ENJIN KERETA MATI APABILA SUIS AIRCOND DIHIDUPKAN.
  • Enjin kereta mati secara tiba – tiba apabila suis aircond dibuka.
  • Ini bermakna komponen dalaman compressor jammed.
  • Selalunya terjadi pada bearing dan piston compressor.
  • Tukarkan aircond compressor baru.

KEROSAKAN PADA MAGNETIC CLUTCH
  • Akan berlaku sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk.
  • Ini disebabkan tiada cengkaman pada magnet clutch untuk memusingkan compressor.
  • Perlu OFF kemudian ON suis aircond baru aircond sejuk.
  • Jika ini terjadi pada kereta anda, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.



Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tujuan Dan Fungsi Pemasangan Grounding Cable


Fungsi grounding cable ialah menstabilkan voltage pada semua alat elektronik termasuk ECU dan spark plug.Sekarang ni grounding hanya bergantung pada satu cable yang digunakan pada negatif bateri.

Hanya satu cable yg membawa semua arus patah balik semula dari segala alat yg dignakan pada kereta.Bila on air cond biasanya kereta akan berat dan lampu akan malap kerana voltage akan drop kerana bergantung pada 1 cable yg di tapping pada body kereta,so spark plug akan berkurangan api apabila aircond atau lampudigunakan,secara tidak langsung penggunaan minyak akan kuat kerana pembakaran akan berkurangan di slinder.

Selepas menggunakan cable ini,semua alatan elektrik akan berjalan lancar pada prestasi sebenar kerana mendapat voltage yg cukup dan stabil walaupun semua alatatan dlm kereta dihidupkan termasuk api di spark plug tidak akan berkurangan.secara tidak langsung pngunaan minyak tidak akan lebih apabila aircond dihidupkan sedangkan aircond bukan menggunakan minyak pun,mengapa penggunaan minyak akan kuat apabila dihidupkan aircond,inilah sebabnya.lampujuga akan makin terang selepas menggunakan cable ini.

Pemasangan 5 point grounding cables.

1) Bateri ke enjin head.
2) Bateri ke enjin bay body.
3) Bateri ke Alternator.
4) Bateri ke eThrottle body.
5) Bateri ke Gearbox.

Sekarang terdapat pelbagai jenis dan jenama grounding aftermarket yang dihasilkan oleh pengeluar untuk keperluan pada kereta dan ditambah pula dengan pelbagai warna sebagai menyerikan lagi ruang enjin kereta. pilihlah grounding dari jenama terkenal yang terdapat di pasaran tetapi harus diingat juga jenama yang diciplak daripada jenama terkenal begitu banyak di negara kita. saya sendiri pun tidak pasti bagaimana untuk mengenali antara jenama original atau jenama tiruan kerana rupa dan packaging 99% sama seperti original. sudah pasti baranagan tiruan ini kualitinya dan fungsinya tidak sama seperti keluaran asli barangan tersebut


Pilihlah jenama yang sudah ada nama di arena pemotoran ini seperti pivot, hks, hot inazma grounding dan lain-lain lagi. ada juga sesetengahnya yang menggunakan cable welding 300A atau 400A untuk dijadikan cable grounding dan hasilnya pun boleh dibanggakan



Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Tanggalkan Stiker Road Tax Paling Mudah


Siapa yang memiliki kereta pasti akan merungut tentang perkara ini. Setiap kali mahu menanggalkan stiker road tax untuk diganti baru pasti akan ada kesan gam yang tertinggal. Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.

1. Rendam kain dengan air panas.


2. Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul pada stiker road tax yang hendak ditanggalkan.


3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.


4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan stiker road tax berkenaan perlahan.


5. Dah siap! Stiker road tax tanggal dengan elok tanpa tinggalkan kesan gam.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Belajar Mengimbangi Motosikal


Ramai orang perlu tahu bagaimana untuk belajar mengimbangi motosikal kerana keseimbangan adalah faktor penting dalam menunggang motosikal dengan selamat dan selesa.

Contohnya, keseimbangan yang lemah semasa menunggang motosikal boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Keseimbangan yang baik boleh membantu penunggang motosikal mengekalkan kawalan motosikal. Menunggang motosikal dengan keseimbangan yang baik boleh menjadikan perjalanan lebih selesa dan menyeronokkan, dan penunggang motosikal tidak mudah letih.

Belajar mengimbangi motosikal boleh meningkatkan keyakinan penunggang motosikal dalam menghadapi situasi yang mungkin mencabar. Ini boleh membuatkan penunggang motosikal lebih yakin ketika menunggang motosikal di jalan raya.

Manakala dari sisi kenderaan, keseimbangan yang baik ketika menunggang motosikal dapat membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan menjimatkan kos operasi motosikal. Dengan menguasai keseimbangan menunggang motosikal, penunggang juga dapat mengelakkan kerosakan pada motosikal yang boleh mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi. Contohnya, kerosakan yang boleh berlaku jika penunggang terjatuh.

Mengetahui bagaimana untuk belajar mengimbangi motosikal adalah sangat penting untuk penunggang motosikal supaya mereka boleh menunggang motosikal dengan selamat, selesa dan cekap.

Cara Belajar Mengimbangi Motosikal
Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda belajar mengimbangi motosikal.

1. Pilih motosikal yang betul
Memilih motosikal yang sesuai dengan postur dan ketinggian anda boleh membantu anda mengawal motosikal dengan lebih mudah dan mengekalkan keseimbangan.

2. Berlatih di tempat yang selamat
Mula berlatih di tempat yang selamat dan luas, seperti padang atau tempat letak kereta yang sunyi dari kenderaan lain. Elakkan berlatih di jalan raya yang sibuk.

3. Mulakan pada kelajuan rendah
Apabila mula-mula belajar, mulakan pada kelajuan rendah dan perlahan-lahan meningkatkan kelajuan. Jangan tergesa-gesa untuk mencuba kelajuan tinggi sebelum anda benar-benar berasa selesa dengan keseimbangan motorsikal.

4. Gunakan kedua-dua belah kaki
Pastikan kedua-dua kaki anda sentiasa berpijak dengan kuat di atas tanah apabila motosikal berhenti atau mula bergerak perlahan. Ini boleh membantu anda mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan jatuh.

5. Berlatih menggunakan teknik zig zag
Berlatih dengan melakukan teknik zig zag antara kon atau halangan lain. Ini boleh membantu meningkatkan kemahiran dan keseimbangan semasa menunggang motosikal.

6. Berlatih menunggang motosikal dengan sebelah kaki
Setelah anda berasa selesa dengan kedua-dua kaki di atas tanah, cuba berlatih menunggang motosikal dengan sebelah kaki. Latihan ini boleh membantu anda meningkatkan keseimbangan anda dan mengatasi ketidakselesaan apabila kaki anda tidak berada di atas tanah.

7. Sentiasa berlatih
Kunci untuk mempelajari cara mengimbangi motosikal adalah latihan biasa. Amalkan kemahiran memandu motosikal anda setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu untuk mengekalkan kemahiran anda.

Perlu diingat, amalan dan konsistensi adalah kunci utama dalam mempelajari cara mengimbangi motosikal. Sentiasa gunakan peralatan keselamatan seperti topi keledar dan jaket pelindung semasa menunggang motosikal. Semoga berjaya!


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

WAJIB TAHU! CARA TUNGGANGAN MOTORSIKAL DALAM BANDAR


Terpaksa menunggang motorsikal berulang-alik ke pejabat setiap hari?

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, beralih daripada kereta kepada motorsikal merupakan antara langkah yang popular. Tetapi dalam masa yang sama, bakal meningkatkan risiko terdedah kepada kemalangan terutamanya jika tidak mempunyai pengalaman menunggang dalam situasi bandar yang sibuk dan sesak.

Berikut merupakan himpunan tips tunggangan yang diharapnya dapat memberi manfaat kepada penunggang-penunggang yang menempuh perjalanan di bandar setiap hari.


1. Gunakan gear rendah semasa jalan sesak
Mencelah melalui kenderaan besar seperti kereta atau lori memerlukan motorsikal anda mempunyai pikap yang kuat. Dengan mengekalkan pada gear rendah memastikan anda setiasa bersedia untuk bertindak mengubah haluan atau mengelak kenderaan lain. Gear apa yang sesuai, bergantung kepada kuasa motorsikal anda. Biasanya untuk kapcai sesuai dibawa gear 3 manakala bagi motorsikal berkuasa tinggi 1 atau 2 gear sebelum gear akhir.

Bagaimana jika motorsikal tidak menggunakan gear seperti skuter?
Pastikan anda mengawal pendikit dengan cara tidak menyentap semasa menurun dan menambah kelajuan.



2. Elakkan berada dalam blind spot pemandu/penunggang lain
Jika menunggang di belakang kenderaan lain, pastikan pemandunya boleh mengesan kehadiran anda. Antara caranya ialah dengan menunggang sehingga anda boleh lihat muka pemandu itu melalui cermin sisi kenderaan mereka.

Jika anda perlu mencelah dan menukar lorong, pastikan anda melakukannya di hadapan kenderaan besar yang rendah seperti kereta. Elakkan daripada menukar lorong sekiranya anda betul-betul di hadapan lori atau kenderaan tinggi dikhuatiri bertembung penunggang motorsikal lain yang sedang melalui lorong tersebut.



3. Elakkan menunggang terlalu rapat dengan bahu jalan
Walaupun digalakkan untuk menunggang di lorong kiri atau lorong kecemasan sekiranya anda menunggang perlahan, anda juga terdedah kepada bahaya lain seperti serpihan kaca, paku, batu besar atau serpihan tayar lori yang pecah.

Sekiranya tidak dapat mengelak atau terpaksa melanggar objek tersebut akibat kekurangan ruang mengelak, anda berisiko kehilangan kawalan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian.

p/s: Terlanggar serpihan tayar celup daripada lori merupakan antara punca kematian penunggang motorsikal. Jika terjumpa, sila buat laporan kepada pihak berwajib atau jika boleh, anda alihkan dahulu serpihan tersebut sementara menunggu mereka.



4. Latih 6th Sense / Sentiasa 'baca' keadaan
Jangan hanya menumpu kepada arah yang dituju sahaja. Sentiasa perhatikan beberapa perkara yang bakal menjadi halangan.

Contohnya semasa menunggang dalam situasi trafik sesak dan perlahan, berjaga-jaga sekiranya terdapat ruang kosong dihadapan. Ini kerana peluang ini akan diambil oleh pemandu kenderaan lain untuk menukar lorong; dan paling teruk dan berkemungkinan sekali mereka melakukannya saat anda betul-betul rapat dan tanpa menyalakan turn signal.

Begitu juga jika anda menyedari kehadiran pemandu yang memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya. Jauhkan jarak anda, dikhuatiri tindakan liar mereka bakal mengakibat kemalangan dengan pemandu lain dan anda pula tidak sempat mengelak.



5. Elakkan daripada menggunakan gajet semasa menunggang
Perjalanan dalam bandar walupun mengambil jarak dan masa yang singkat, tetap mendedahkan anda kepada bahaya sekiranya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya.

Oleh itu anda perlu sentiasa fokus dan penting untuk mengelak daripada sebarang gangguan yang boleh mengalih tumpuan anda, terutamanya menggunakan gadget atau smartphone semasa motorsikal sedang bergerak. Tidak dinafikan anda mungkin perlu gunakan smartphone untuk navigasi Waze, tapi jangan pula sambil menunggang dengan sebelah tangan.


Jika perlu gunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps semasa dalam perjalanan, anda boleh dapatkan pemegang khas yang membenarkan anda untuk mengguna smartphone dengan lebih selamat dan juga terhindar daripada bahaya lain seperti debu atau hujan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Jump Start @ Jumper Kereta Yang Betul Dan Selamat


Perkara Perlu Diberi Perhatian Sebelum Jumper Bateri Kereta
Sebelum jumper bateri kereta anda, berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya jika anda baru pertama kali melakukan proses ini:

  • Baca buku manual pemilik yang dibekalkan. Sesetengah model kereta tidak disarankan untuk melakukan jump start disebabkan oleh sistem litar yang sensitif;
  • Jangan jump start bateri kereta yang berkarat, retak, bocor atau rosak;
  • Jangan jump start bateri kering;
  • Jika anda meminta bantuan kereta lain, pastikan saiz bateri kereta ‘penderma’ tersebut adalah sama atau lebih besar daripada saiz bateri anda;
  • Sambungkan klip buaya di tempat yang betul mengikut sususan yang betul;
  • Pastikan bateri kereta ‘penderma’ berada dalam keadaan baik, tidak lemah;
  • Pastikan anda tidak menyentuh bahagian badan kereta atau klip buaya semasa jumper bateri kereta.
Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Jumper Bateri Kereta
Selain itu, anda juga perlu mengetahui perkara asas mengenai bateri kereta berikut sebelum memulakan proses jumper bateri kereta anda. Secara amnya, bateri kereta dilengkapi dengan dua terminal iaitu terminal positif dan terminal negatif:

Terminal Positif – terminal positif biasanya lebih besar berbanding terminal negatif. Ia ditandakan dengan ‘POS’ atau ‘+’, terminal ini akan disambungkan dengan klip positif kabel jumper kereta yang berwarna merah;
Terminal Negatif – terminal negatif pada bateri biasanya ditandakan dengan ‘NEG’ atau ‘-‘, terminal ini akan disambungkan dengan klip negatif kabel jumper kereta yang berwarna hitam.


Peralatan Diperlukan untuk Jumper Bateri Kereta
Anda hanya memerlukan dua peralatan berikut sebelum anda memulakan proses jump start bateri kereta anda:

Kabel jumper kereta – kabel jumper kereta biasanya panjang, tertebat dengan klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujung. Kabel ini juga turut dikenali sebagai ‘klip buaya’ kerana bentuknya yang kelihatan seperti kepala buaya. Klip buaya dibezakan melalui warna – hitam atau merah yang menunjukkan kutub positif (merah) atau negatif (hitam). 

Sumber kuasa – anda boleh menggunakan sama ada bateri mudah alih atau bantuan kereta lain sebagai sumber kuasa untuk menghidupkan enjin kereta anda. Bateri mudah alih digunakan untuk jumper bateri kereta tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Bateri jenis ini biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas. Ia akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang rosak.

Cara Jumper Kereta yang Betul
Bateri kereta anda tiba-tiba kong? Enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan? Tidak tahu cara jumper kereta dengan betul? Jangan risau – CARSOME menyenaraikan cara jumper kereta yang mudah dan selamat untuk membantu anda sekiranya situasi sebegini berlaku kepada anda:

1. Matikan Enjin
Dalam situasi yang memerlukan anda untuk jumper bateri kereta dengan bantuan kereta ‘penderma’, anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan.

2. Parking Dekat
Kemudian, parking kereta ‘penderma’ berdekatan dengan kereta anda. Letakkan kenderaan sedekat yang mungkin supaya kabel jumper kereta boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Namun begitu, pastikan kedua-dua kereta ini tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ia mungkin boleh menyebabkan insiden berbahaya lain yang tidak diingini.

3. Cabut Kunci
Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan, cabut kunci dan buka bonet hadapan kenderaan anda.

4. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif
Sambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati. Mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘penderma’. Terminal positif biasanya mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang rosak.

5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif
Kemudian, sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘penderma’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan benda logam yang tidak bercat pada kereta yang rosak seperti batang besi bonet hadapan.

6. Hidupkan Enjin
Hidupkan enjin kereta ‘penderma’.

7. Tunggu Sebentar
Tunggu beberapa minit. Kemudian, cuba hidupkan enjin kereta yang rosak. Jika ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, kereta anda mungkin menghadapi masalah lain selain daripada masalah bateri.

8. Biarkan Enjin
Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.

9. Cabut Kabel Jumper Kereta
Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda hanya perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang rosak, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘penderma’, kabel merah pada kereta yang rosak dan kabel merah pada kereta ‘penderma’.

10. Pandu Uji
Selepas kabel jumper kereta ditanggalkan, pandu kereta dalam keadaan trafik yang normal selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.]


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda