Ramai Salah Pilih! Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Tips Pilih Tayar Motor Sesuai: Panduan Penting Untuk Keselamatan & Prestasi


Ramai penunggang motosikal di Malaysia hanya menukar tayar apabila sudah botak tanpa memikirkan jenis, saiz dan kesesuaian tayar untuk tunggangan harian. Hakikatnya, pemilihan tayar yang betul bukan sekadar memberi keselesaan — tetapi juga menentukan prestasi, cengkaman, serta keselamatan di jalan raya.

Berikut beberapa tip penting memilih tayar motosikal yang sesuai mengikut gaya tunggangan, cuaca dan jenis jalan.


1. Ketahui Jenis Tayar Motor

Secara umum, tayar motosikal terbahagi kepada dua jenis utama:

Tayar Tubetype — digunakan bersama tiub angin (tube). Sesuai untuk motosikal klasik atau rim jenis jejari (spoke).

Tayar Tubeless — tidak menggunakan tiub dan lebih selamat apabila bocor kerana udara keluar secara perlahan. Tayar jenis ini kini lebih popular untuk motosikal moden.

Tip: Jika anda kerap menunggang jauh atau di lebuh raya, tayar tubeless lebih praktikal dan mudah diselenggara.


2. Pilih Corak Tapak (Tread Pattern) Yang Sesuai

Corak tayar bukan sekadar hiasan — ia direka untuk fungsi tertentu:

Corak Asimetri / Sporty: Sesuai untuk jalan kering & tunggangan laju.

Corak Blok Lebar: Memberi cengkaman lebih baik di jalan basah.

Corak Campuran (Dual Purpose): Sesuai untuk tunggangan on-road dan off-road (contoh: motosikal adv/kapchai lasak).

Tip: Jika anda banyak menunggang ketika hujan atau di jalan licin, pilih tayar yang mempunyai alur buangan air (water grooves) yang jelas.


3. Pastikan Saiz Tayar Tepat

Setiap motosikal mempunyai saiz tayar standard yang disyorkan oleh pengeluar — biasanya tertulis di bahagian sisi tayar seperti 80/90-17 atau 120/70-14.

Nombor pertama (contoh: 80) = lebar tayar (mm)

Nombor kedua (contoh: 90) = nisbah ketinggian tayar (%)

Nombor terakhir (contoh: 17) = saiz rim (inci)

Jangan ubah suai saiz asal terlalu besar atau kecil, kerana ia boleh menjejaskan kestabilan, penggunaan petrol dan bacaan meter kelajuan.


4. Periksa Tarikh Pengeluaran Tayar (DOT Code)

Ramai tidak tahu bahawa tayar juga ada tarikh luput!
Di sisi tayar terdapat kod seperti DOT 2423 — bermaksud tayar dibuat pada minggu ke-24 tahun 2023.

Elakkan membeli tayar yang lebih daripada 3 tahun dari tarikh pengeluaran, walaupun bunga tayar masih tebal. Getah yang lama boleh keras dan kurang mencengkam.


5. Pilih Jenama Tayar Berkualiti & Diiktiraf

Antara jenama tayar motosikal yang terbukti berkualiti di Malaysia termasuk:

Michelin, Pirelli, Bridgestone, IRC, Metzeler, Dunlop, FKR

Pilih tayar yang mempunyai pensijilan SIRIM atau E-Mark, bagi memastikan tahap keselamatan dan prestasinya.

Tip Tambahan: Elakkan tayar tiruan atau recond — harganya mungkin murah, tetapi risiko sangat tinggi terutama ketika membrek kecemasan.


6. Gaya Tunggangan & Kegunaan Harian

Pilih tayar berdasarkan cara dan tempat anda menunggang:

Penunggang harian / kerja > Tayar standard / touring

Penunggang sport > Tayar sport / high grip

Penunggang long distance > Tayar touring dengan tahap kehausan rendah

Off-road / kampung > Tayar dual-purpose atau knob


7. Jaga Tekanan Angin (Tayar Pressure)

Walaupun pilih tayar terbaik sekalipun, jika tekanan angin tidak betul, prestasi tetap terjejas.
Semak tekanan tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Rujuk pelekat tekanan angin disyorkan (biasanya di sisi panel motosikal atau manual pengguna).
Tekanan terlalu rendah boleh menyebabkan tayar cepat haus, manakala terlalu tinggi boleh kurangkan cengkaman.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Ramai Tak Sedar! Dashboard Cover Boleh Halang Airbag & Batalkan Insurans

“Pelapik Dashboard” Boleh Buat Tuntutan Insurans Ditolak? Ramai Tak Tahu Ini Bahayanya!


Bagi kebanyakan pemilik kereta, dashboard cover atau pelapik papan pemuka dianggap sekadar aksesori tambahan untuk mencantikkan ruang dalaman. Namun, tahukah anda bahawa aksesori ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko keselamatan yang serius — malah boleh menyebabkan tuntutan insurans ditolak?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Rothstein Jeti, berkongsi pengalaman ngeri yang membuka mata ramai. Dalam kejadian kemalangan yang dialaminya minggu lalu, beg udara (airbag) keretanya terbuka secara mengejut — dan ketika itulah dia sedar tentang bahaya tersembunyi di sebalik pelapik dashboard.

“Selepas kejadian, baru saya tahu pelapik dashboard langsung tak membantu keselamatan. Bayangkan kalau ia dilekat kuat dengan double tape, mungkin airbag gagal keluar sebab tersekat. Masa itu, risiko cedera parah sangat tinggi,” katanya.

Risiko Besar Pada Airbag dan Tuntutan Insurans

Lebih mengejutkan, Rothstein turut menjelaskan bahawa pihak insurans boleh menolak tuntutan jika kenderaan didapati menggunakan pelapik dashboard.

“Pihak insurans berhak menolak tuntutan sebab ia dianggap sebagai pengubahsuaian tidak sah (unauthorized modification) yang menutup ruang operasi airbag,” katanya lagi.

Dalam kesnya, airbag masih berfungsi walaupun pelapik dashboard terkoyak akibat letupan, membolehkannya membuat tuntutan. Namun tidak semua pengguna bernasib baik sepertinya.

Perkongsian itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Ramai pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi sama.

“Patutlah dulu tuntutan insurans saya ditolak, rupanya sebab dashboard cover dianggap ubah suai tak sah,” kata Marilyn Anyu.

“Saya pun pernah kena, masa itu airbag lambat keluar sebab pelapik tu tebal sangat. Nasib baik tak cedera,” tambah Agustine Bunyau.

Cantik Tak Semestinya Selamat

Ramai tidak sedar bahawa aksesori kecil seperti pelapik dashboard boleh menjejaskan fungsi sistem keselamatan utama kereta. Selain boleh menghalang airbag, ia juga meningkatkan risiko kecederaan serius semasa kemalangan.

Hakikatnya, kecantikan dalaman tidak sepatutnya mengorbankan keselamatan. Apa-apa pengubahsuaian, sekecil apa pun, boleh memberi kesan besar terhadap nyawa pemandu dan penumpang — serta menjejaskan kelulusan tuntutan insurans.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Ketahui Tanda Kereta Anda Perlu ‘Overhaul’


Setiap kali kereta bergerak dalam jarak yang jauh, anda perlu membuat pemeriksaan dengan sebaiknya supaya keadaan kereta anda masih berada dalam keadaan baik.
Namun apabila kereta anda yang sudah “berusia” atau melebihi “mileage” 150,000 km, anda disarankan untuk membuat “overhaul” pada kereta anda.

Overhaul atau turun enjin merupakan membaik-pulih secara menyeluruh pada sesebuah enjin kenderaan.

Setiap komponen enjin akan dileraikan satu-persatu oleh mekanik daripada komponen luar sehingga dalaman.

Mereka akan membuka komponen, membersihkan, membaiki kerosakan, memasang kembali komponen dan penyelarasan akhir.

“Mileage” 150,000 km itu adalah cadangan yang disarankan, namun ia bukanlah kewajipan untuk melakukan “overhaul” apabila mencapai angka tersebut.

Terdapat beberapa gejala yang dapat anda perhatikan untuk mempertimbangkan proses turun enjin iaitu:

1. Ekszos keluar asap putih

Apabila anda mengesan asap putih keluar daripada ekszos, ia merupakan petanda bahawa terdapat minyak yang masuk ke ruang pembakaran. Gejala ini berlaku disebabkan “ring piston” sudah haus pada “bowring piston” .

2. Enjin tidak teratur akibat dalam pencucuh berkerak

Gejala enjin mula tidak teratur apabila anda merasakan prestasi enjin mengalami penurunan, bunyi enjin yang ganjil, tersengguk-sengguk ketika memecut.

Salah satu penyebab enjin pincang adalah palam pencucuh yang tidak mampu bekerja secara maksimum atau mengalami penurunan percikan api.

Ini disebabkan terdapat kerak yang melekat kerana minyak naik hingga ke palam pencucuh.

3. Minyak berkurang

Enjin mula “makan” minyak. Gejala ini boleh dikesan dari jumlah minyak dalam tabung.

Anda boleh menggunakan besi pengukur untuk melihat paras minyak sama ada sudah sampai ke had minimum atau belum.

4. Suhu enjin sering panas

Tidak hanya kerosakan pada sistem penghawa dingin, malah suhu enjin yang kerap berada pada had “overheat” juga boleh menjadi petunjuk kepada nisbah mampatan yang bocor.

Ini boleh disebabkan “packing” kepala silinder yang sudah patah dan menyebabkan air radiator terus berkurang kerana memasuki ke ruang pembakaran.

Akhirnya suhu enjin menjadi lebih panas hingga berisiko mengalami “overheat”.

Sesebuah enjin itu tidak perlu dibuat overhaul sehingga ada kerosakan pada komponen dalaman di bahagian paling dalam enjin iaitu enjin tengah.

Contohnya komponen pada bahagian itu ialah “Crankshaft” dan untuk keluarkannya, semua komponen lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu.

Antara sebab lain enjin perlu di overhaul ialah “Rod Jammed”, “bearing jammed”, masalah Gearbox, “Crankcase” pecah dan bocor minyak hitam.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TIPS PENTING PENJAGAAN SISTEM BREK KERETA


Sebagai pemilik mahupun pemandu sebuah kereta kita semestinya mahu melengkapkan diri kita sedikit sebanyak dengan pengetahuan tentang penjagaan sesebuah kereta. Jangan main hentam keromo dalam hal penjagaan kereta kerana satu hari nanti ia akan menyusahkan.

Kali ini kami akan berikan sedikit tips tentang penjagaan brek. Rasanya semua orang pun tahu tentang kepentingan brek bagi sebuah kereta kan? Memandu kereta tanpa brek ataupun dengan brek yang rosak ibarat mengambil jalan pintas ke alam barzah

Sama seperti komponen lain, brek juga akan memberikan tanda-tanda awal bila ia mula bermasalah. Macam penyakit manusia jugalah, mesti ada simptom tertentu yang akan membuatkan anda bergegas ke hospital.

Pemandu yang bijak akan sentiasa peka dengan isyarat yang diberikan oleh kereta mereka. Brek yang diselenggara dengan baik juga akan menyelamatkan nyawa. Jika ada sebarang masalah dikesan, sebaiknya anda segera membawa kereta anda ke bengkel yang mahir untuk diperbaiki.

Sebaik-baiknya sistem brek kereta anda diperiksa sekurang-kurangnya setahun sekali tetapi ada masa yang sama jangan membiarkan brek anda tanpa sebarang pemeriksaan jika ia mula memberi tanda-tanda kerosakan.

Berikut adalah tanda-tanda biasa yang harus anda beri perhatian tentang brek kereta anda. Mengabaikannya bermakna anda akan menyusahkan diri anda dan mungkin juga orang lain.

  1. Bunyi bising : Bunyi geseran, kisaran ataupun bunyi berdenting sewaktu menggunakan brek. Tidak kira macam mana bunyi sekalipun asalkan ia mula berbunyi sewaktu anda mengenakan brek harus diberikan perhatian segera.
  2. Hilang Imbangan : Kereta anda hilang imbangan ataupun seperti di tarik ke bahagian kiri ataupun kanan jalan sewaktu mengenakan brek.
  3. Pedal rendah : Pedal brek perlu ditekan sehingga menyentuh lantai kereta sebelum mula mencengkam.
  4. Pedal tinggi : Anda perlu menekan sekuat hati sebelum brek mula mencengkam.
  5. Terlalu sensitif : Brek diaktifkan terlalu cepat walaupun dengan sentuhan ringan pada pedal brek.
  6. Gegaran : Pedal brek bergegar dan bergetar walaupun anda membrek dalam keadaan biasa.
  7. Amaran lampu : Lampu amaran brek menyala pada paparan penunjuk papan pemuka kereta anda.
Kesemua tanda-tanda yang disebutkan di atas merupakan tanda-tanda yang diberikan oleh sistem brek kereta anda tentang masalah yang bakal mendatang. Jangan sesekali mengabaikannya kerana ia merupakan satu tindakan yang cukup merbahaya.  Brek merupakan komponen yang akan mengalami kehausan dan harus diganti dan diselenggara bila tiba masanya.

Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan brek haus dengan cepat walaupun anda menggunakan pad brek yang berkualiti tinggi antaranya :

  • Tabiat pemanduan : Pemanduan yang agresif akan mengakibatkan kehausan yang cepat pada pad brek.
  • Keadaan operasi : Kehausan juga bergantung kepada pengoperasian kenderaan. Jika menggunakannya untuk tugas-tugas berat ataupun di kawasan di mana muka buminya bergunung-ganang, semestinya ia juga akan menjejaskan pad brek anda lebih cepat.
  • Jenis kereta: Alamak, kalau dah pakai Nissan GT-R takkanlah kita harap kadar kehausan pad brek akan sama seperti Axia kan?
  • Kualiti pad brek : Pad brek kereta datang dalam pelbagai kualiti dengan jenama yang pelbagai. Jika anda berkemampuan apa salahnya mendapatkan pad brek yang lebih berkualiti untuk peningkatan prestasi brek yang lebih baik.

Akhir sekali, janganlah sampai angkup brek anda sudah bergesel dengan cakera baru mahu menukar pad brek. Geseran antara besi dengan besi akan mengakibatkan kerosakan yang besar pada cakera brek.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Apakah Itu Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Dan Fungsinya


Tahukah anda apa itu ADAS dan fungsinya bagi sebuah kereta? 

ADAS ialah singkatan bagi Advanced Driver-Assistance System atau Sistem Bantuan Pemandu. Ia merangkumi semua sistem keselamatan aktif di dalam sesebuah kereta.  

Semakin banyak model baharu kini didatangkan dengan ADAS, namun terdapat segelintir pemandu tidak faham fungsi di sebalik ciri keselamatan yang ditawarkan kereta baru mereka, mengikut laporan AAA Foundation For Traffic Safety.  

Sebenarnya, ada banyak ciri keselamatan yang dirangkumi ADAS. Di sini, kami senaraikan sistem yang kebiasaannya ada pada kebanyakan kereta di pasaran, termasuk fungsinya dalam membantu pemanduan anda.  

1. Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop & Go
  • ACC atau Kawalan Pelayaran Adaptif adalah sistem kawalan pelayaran pintar yang membantu melaraskan kelajuan kereta anda seiring dengan kelajuan kereta di hadapan anda  
  • ACC juga memastikan jarak yang selamat antara kereta anda dengan kereta di hadapan menggunakan sensor yang terdapat di hadapan kereta anda 
  • ACC perlu diaktifkan dengan menetapkan jarak dan kelajuan pada butang setting dalam kereta anda  
  • Setelah diaktifkan, anda hanya perlu mengemudi stereng dan membiarkan sistem ACC untuk mengawal brek serta kelajuan kereta anda  
  • ACC kebiasaannya hadir dengan fungsi Stop & Go yang membantu pemanduan ketika di dalam kesesakan trafik - anda tidak perlu kerap menekan brek untuk memberhentikan kereta  
  • Fungsi Stop & Go akan memberhentikan kereta anda sepenuhnya jika kereta di hadapan berhenti dan akan meneruskan pemanduan kereta secara autonomi dengan kadar kelajuan yang telah anda tetapkan  
  • Jika kereta berhenti melebihi tiga saat, anda perlu menekan butang setting kembali untuk meneruskan fungsi Stop & Go (berbeza mengikut jenis kereta)  

2. Forward Collision Warning (FCW) 
  • FCW atau Amaran Pelanggaran Depan berfungsi mengesan halangan di hadapan dan menilai sama ada pelanggaran mungkin berlaku  
  • Sistem FCW menggunakan radar dan kamera yang terdapat pada kereta untuk mengesan kenderaan (seperti kereta atau motosikal) di hadapan kereta, atau yang sedang menghampiri kereta anda pada kelajuan yang rendah  
  • Jika pelanggaran mungkin berlaku akibat jarak kurang selamat dengan kenderaan di hadapan, sistem ini biasanya akan memberi amaran pra-pelanggaran kepada pemandu menggunakan mesej papan pemuka atau penggera, supaya pemandu membrek kereta  
  • Jika pemandu gagal mengambil tindakan, kebiasaannya sistem AEB akan mengambil alih  

3. Autonomous Emergency Braking (AEB) 
  • AEB atau Brek Kecemasan Berautonomi berfungsi menekan brek secara automatik untuk mengelak dari pelanggaran  
  • Sistem AEB yang paling asas berfungsi pada kelajuan rendah untuk mencegah pelanggaran kecil, manakala sistem yang lebih canggih berfungsi merentasi julat kelajuan yang lebih luas, jadi ia melindungi daripada kemalangan yang lebih serius yang berpotensi untuk kecederaan parah atau kematian  
  • Selain kereta, sistem AEB juga boleh mengesan penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki, seperti ASA 3.0 

4. Lane Departure Warning (LDW) 
  • LDW atau Amaran Penukaran Lorong telah direka untuk memberi amaran kepada pemandu setiap kali kereta bergerak keluar daripada laluan atau lorong jalannya, melainkan lampu signal dipasang  
  • LDW menggunakan sensor yang dipasang di cermin pandang belakang atau pengesan laser yang dipasang pada bahagian hadapan kereta anda untuk mengesan penanda lorong di kiri dan kanan kereta anda  
  • Jika tayar kereta anda terlalu hampir atau menyentuh penanda lorong, sistem ini akan memberi amaran menggunakan penggera, lampu amaran dan/atau gegaran pada stereng  

5. Lane Keep Assist (LKA) 
  • Kebanyakan kereta turut didatangkan dengan LKA atau Bantuan Pengekalan Lorong bagi mengelakkan pemandu terkeluar lorong secara merbahaya  
  • Jika pemandu tidak bertindak balas kepada sensor amaran, sistem LKA akan menggunakan sedikit daya pembetulan pada stereng untuk membetulkan kembali posisi kereta ke dalam lorong  
  • Kebiasaannya sistem LKA berfungsi dengan baik di jalan raya dengan penanda lorong yang jelas  

6. Blind Spot Monitoring (BSM)  
  • BSM atau Pengesan Titik Buta mengesan kenderaan yang berada di luar sudut pandangan (titik buta) pemandu, menggunakan sensor pada cermin pandangan sisi  
  • Sensor akan berbunyi dan menyala jika mengesan kenderaan yang sedang bergerak laju menghampiri kereta anda  
  • Sistem BSM dapat membantu anda menukar lorong dengan selamat   

7. Rear Cross Traffic Alert (RCTA) 
  • RCTA atau Amaran Lintasan Trafik Belakang membantu anda semasa mengundur kereta dengan mengesan kehadiran kenderaan lain di belakang anda  
  • RCTA menggunakan radar yang sama seperti BSM  
  • Sensor akan berbunyi dan menyala apabila mengesan kenderaan lain yang menghampiri kereta anda dari arah belakang  
  • RCTA dapat membantu anda keluar parkir dengan selamat   

8. Automatic High Beam (AHB)  
  • Ketika memandu pada waktu malam, AHB atau Kawalan Lampu Tinggi Pintar boleh menukar antara lampu tinggi dan rendah secara automatik  
  • Sensor AHB dapat mengesan lampu kenderaan atau keadaan jalan di hadapan dan menyalakan lampu secara terang atau malap mengikut kesesuaian jalan ketika itu  
  • Jika AHB mengesan lampu kenderaan lain, maka lampu tinggi (high beam) akan bertukar ke lampu rendah (low beam) secara automatik dan akan bertukar kepada lampu tinggi semula selepas kenderaan itu berlalu  
Sistem ini dapat mengelakkan kejadian lampu silau buat pemandu kenderaan di hadapan anda  


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda