Walaupun ianya kereta anda, namun anda berisiko untuk dikenakan tindakan seperti saman sekiranya anda mengubah suai kereta tanpa mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh JPJ.
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Rujuk info dibawah untuk mengetahui pengubahsuaian kenderaan persendirian yang dibenarkan serta dilarang oleh JPJ.
Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian
Bagi mereka yang ingin mengubah suai kereta, ada pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan.
Ubah Suai Yang Dibenarkan
- Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
- Pemasangan door visor pada kenderaan.
- Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
- Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
- Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
- Penukaran kotak gear manual / automatik
- Pemasangan kanopi / kanvas
- Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
- Pemasangan roof-rack (rel bumbung) / Bike Carrier
- Pemasangan spotlight
Ubah Suai Yang Tidak Dibenarkan
- Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
- Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
- Pemasangan lampu HID secara retrofit.
- Penukaran sistem pacuan.
- Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
- Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
- Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
- Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
- Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.
- Penggunaan tayar kepak atau tayar yang terkeluar dari badan kereta
Ubah Suai Yang Dibenarkan, Tapi Perlukan Kelulusan
Kenderaan Persendirian
- Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
- Penukaran sistem bahan bakar.
- Penukaran enjin.
- Status kenderaan Vintaj/Klasik
- Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)
Kenderaan Perdagangan
- Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
- Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
- Mengubah bilangan tempat duduk
- Penukaran Had Berat
- Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
- Penukaran Kabin
- Pemasangan Lantai/Lapik Besi
- Mengubah Kegunaan Kenderaan
- Penukaran Gandar
- Penukaran Jenis Badan
Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda