Cara Mengatasi Perasaan Takut Ketika Belajar Menunggang Motosikal

Perasaan untuk takut semasa mula-mula belajar menunggang motosikal adalah normal. Semua individu yang baru belajar mesti mempunyai perasaan takut. Artikel  ini cuba membantu kepada individu cara menghilangkan perasaan takut ketika belajar menunggang motorsikal. Bagaimana cara anda belajar menunggang motosikal? Sebenarnya, faktor utama anda merasa takut adalah cara anda belajar yang tidak betul . Anda mesti memperolehi panduan-panduan yang benar semasa mula-mula belajar menunggang motor.

Penyebab utama anda merasa takut semasa anda belajar menunggang motorsikal kerana anda sebenarnya gagal menguasai asas menunggang motorsikal seperti;

1. Menyeimbangkan Badan Untuk Mengawal Motorsikal


Anda merasa takut kerana anda masih gagal untuk menyimbangkan badan anda semasa menunggang motosikal.  Ini menyebabkan anda merasa takut jatuh dari motorsikal. Untuk belajar menyeimbangkan badan, anda sepatutnya belajar menunggang basikal terlebih dahulu barulah mudah untuk belajar motorsikal. Jika anda ingin belajar juga untuk menyeimbangkan badan dengan menunggang motorsikal, minta rakan atau keluarga yang telah mahir menunggang motor untuk membawa anda di kawasan lapang atau kawasan padang untuk belajar menunggang motorsikal. 

Jangan belajar menunggang di kawasan jalan raya kerana cara ini amat merbahaya dan berisiko untuk mengalami kecederaan yang serius.


2. Penguasaan Mengendalikan Pergerakan Gear Kaki, Klac, Pedal Brek Kaki, Brek Tangan Dan Handle Minyak



Motorsikal mempunyai banyak jenis, terdapat motorsikal yang mempunyai klac dan gear, motosikal tidak mempunyai klac tetapi memiliki gear serta motorsikal yang tidak mempunyai gear dank klac yang dikenali sebagai Scooter. Walau jenis apa pun yang anda ingin belajar untuk menunggangnya, anda mesti menguasai pergerakan-pergerakan gear kaki, klac, pedal brek kaki, brek tangan dan handle minyak. Jika anda belajar menunggang motosikal jenis scooter, anda harus menguasai handle minyak, brek handle kiri dan brek handle kanan. Untuk menguasai kemahiran ini, hanya latihan yang berterusan dan teknik imiganisi kawalan pergerakan harus dilakukan.

3. Keyakinan, Keberanian Untuk Belajar

Jika anda tidak memiliki keyakinan dan keberanian untuk belajar, ketakutan untuk menunggang motosikal sentiasa mengatasi diri anda menyebabkan anda gagal mengawal motosikal sepenuhnya semasa menunggang motosikal. Hal ini amat merbahaya kerana anda berisiko untuk mengalami kemalangan di jalan raya kerana kurangnya keyakinan anda untuk mengandalikan motosikal.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Panduan Dan Tips Isi Minyak Yang Ramai Tak Tahu

Ramai di antara kita yang hanya tahu bayar duit minyak di kaunter dan terus pam minyak. Tekan high and lock dan seterusnya tengok keadaan sekeliling. Bila siap isi terus start engine. Bila minyak cepat habis mula la pening kepala salahkan stesen minyak tu tak bagus, kereta ada masalah, beli fuel saver macam-macam brand

Terdapat bermacam cara menjimatkan minyak dan sebenarnya CARA ANDA MENGISI minyak juga memainkan peranan dalam menjimatkan minyak kereta anda

10 Cara Terbaik Menjaga Gear Automatik

Sistem transmisi atau kotak gear atau “gearbox” ialah komponen kedua paling mahal dan paling sibuk selepas enjin. Ia juga sangat kompleks dan mempunyai banyak komponen yang sentiasa berpusing.

Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang dijual ialah yang menggunakan transmisi automatik. Mungkin kerana harga minyak kita yang masih murah kerana di Eropah di mana harga minyak boleh mencecah sehingga RM7.00 seliter, transmisi manual menjadi pilihan kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar. Apapun, pilihan di tangan pengguna dan lebih 80 peratus kenderaan persendirian yang dijual di Malaysia ialah kenderaan dengan transmisi automatik.


1.Pastikan kenderaan dalam keadaan berhenti sepenuhnya sebelum anda mengubah gear dari D ke R (gear undur). Ramai pemandu yang kurang sabar dalam bab ini sebenarnya.

2.Bila meletakkan kenderaan di jalanraya curam, gunakan handbrake dahulu sebelum masukkan gear ke P. Ini mengurangkan beban pada komponen seperti pin pada posisi P dan penyambungnya.

3.Letakkan transmisi ke N (neutral) bila berhenti lama di lampu merah. Ia mengurangkan beban kepada komponen-komponen berpusing seperti torque converter dan lain-lain.

4.Jangan selalu melanggar tebing jalan (road kerb) bila meletakkan kenderaan anda. Ia juga sedikit sebanyak memberikan beban yang tidak perlu pada sistem transmisi dan juga tayar anda.

5.Untuk transmisi automatik dengan tukaran gear manual (plus/minus), jangan selalu memaksa gear untuk turun ke nisbah lebih rendah ketika turun bukit atau ketika mahu memperlahankan kenderaan. Ia bukan sahja teknik yang salah, ia bakal merosakan kotak gear automatik anda. Gunakan brek untuk memperlahankan kereta dan selepas itu, turun pada gear yang sesuai.

6.Selalu periksa tahap pelincir transmisi (ATF atau automatic transmission fluid). Lakukan setiap 5,000 km atau tiga bulan sekali. Tanpa pelincir yang cukup, kotak gear akan rosak dengan sangat mudah. Jika pelincir kurang atau disyakki bocor, jangan pandu kenderaan anda. Panggil penunda (tow truck) dan tunda ke bengkel atau pusat servis kereta. Biar rugi RM150 (upah menunda) dari rugi berbelas-belas ribu RM (harga transmisi automatik boleh mencecah puluhan ribu Ringgit sebenarnya).

7.Haba ialah musuh utama transmisi automatik. Selain dari pelincir ATF yang mencukupi, pastikan sistem itu sesuai dengan cuaca di neagra kita yang panas dan lembab ini. Sekiranya kereta anda jenis reconditioned (recond), periksa samada ia boleh dipasang dengan ATF cooler. Jika boleh dan jika mampu, pasang kerana ia akan membantu anda memanjangkan hayat kotak gear tersebut.

8.Selalu ganti penapis sistem transmisi anda. Periksa dengan buku manual atau dengan pusat servis. Tidak salah jika anda menukarnya lebih awal.

9.Gunakan pelincir terbaik seperti sintetik untuk sistem transmisi automatik anda. Ia ialah satu pelaburan yang berbaloi.

10.Sekiranya anda terlekat di dalam lumpur, jangan cuba untuk maju dan undurkan kenderaan dengan ganas. Tunggu sebelum anda tukar ke gear undur, dan rehat sebentar sebelum masuk ke D semula. Ini ialah satu petua yang selalu dilupakan, terutama kepada kenderaan 4X4 automatik yang mempunyai tork yang sangat tinggi. Hasilnya, terpaksa menggantikan transmisi automatik yang rosak akibat keganasan sendiri.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

5 Tabiat Yang Perlu Anda Jauhi Ketika Memandu Kereta Manual

Jika anda seorang pemandu kereta manual, anda akan tahu di kereta manual, semuanya tentang 'clutch' dan gear. Jadi ini 5 tabiat yang perlu anda elakkan untuk memastikan dua bahagian ini lebih terjaga.

1 - Jangan gunakan batang gear sebagai tempat 'merehatkan tangan'
Menggunakan batang gear sebagai tempat 'menyantaikan' tangan boleh menyebabkan satu komponen gear haus (lebih spesifik, trans-axle shift forks). Gambaran ringkasnya, jika anda meletakkan tangan di atas batang gear, anda sedang menekan satu komponen statik (gear forks) kearah satu komponen yang sedang berputar.


2 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'bergear' ketika menunggu di lampu isyarat
Tabiat ini sangat-sangat perlu dielakkan. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan komponen clutch anda cepat haus (sebab selalu tekan) malah ia juga boleh membahayakan jika anda secara tidak sengaja terlepas kaki dari 'clutch'.


3 - Jangan gunakan 'clutch' dan pedal minyak untuk mengimbangi kereta anda ketika menaiki bukit
Sesetengah kita suka melakukan tabiat ini. Mengimbangi kereta menggunakan clutch dan juga minyak. Rasionalnya? Perbuatan itu akan merosakkan bahan geseran (ferodo) yang ada di 'clutch disk'. Dan ianya mahal untuk ditukar. Jadi lebih baik brek pad yang haus.


4 - Jangan 'heret' enjin ketika gear tinggi
Kadang-kadang, kita tersilap masuk gear tinggi ketika RPM masih lagi belum optimun. Disebabkan rasa malas, kita tidak menukar kembali ke gear yang lebih rendah. Namun , perbuatan 'remeh' ini akan memendekkan jangka masa 'clutch' dan juga meningkatkan pengumpulan habuk di dalam enjin.

5 - Jangan letakkan kaki anda di atas 'clutch' ketika memandu
Apabila anda meletakkan kaki anda pada pedal 'clutch', berkemungkinan clutch anda itu tidak benar-benar terangkat dari sistem transmisi. Ini boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi selain 'clutch' anda juga turut akan haus.

 

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Panduan Dan Tips Apabila Kemalangan Berlaku

Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.


2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).


3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.


4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.


5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.


6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)


7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.


8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.


9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan kemalangan.


10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.


11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.


12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan
daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. 


Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi, bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran!
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkantempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.


Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
Posted in  on 18:53:00 |