1. Nak cermin lebih tahan lama? Selalu lah tempatkan kenderaan anda di kawasan yang teduh. Elakkan meninggalkan kenderaan di bawah sinaran matahari lebih2 lagi untuk tempoh masa yang lama. Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti cermin kereta anda sekaligus mengurangkan daya ketahanan serta jangka hayatnya. Lapisan pelindung cermin akan lebih mudah rosak dan sekiranya cermin ada keretakan, ia akan merebak dan mungkin pecah.
2. Rajinkan diri untuk membersihkan cermin serta pengilap cermin (wiper) dari pasir-pasir halus. Udara sekeliling kita membawa bersama partikel-partikel halus seperti habuk, pasir dan lain2. Partikel-partikel halus inilah kemudiannya akan mengakibatakan cermin anda menjadi calar-balar. Apabila anda hidupkan pengilap cermin yang tidak dibersihkan, ia akan menyeret bersama pasir-pasir halus tersebut. Jadi untuk mengelakkan keadaan ini, pastikan anda bersihkan ia.
3. Pernah tak batu-batu kecil dari lori terkena pada cermin kereta anda? Lepas tu cermin pun retak. Nak biar berapa lama pula cermin tu? Haa inilah sikap rakyat Malaysia, punya nak berjimat kadang2 dekat 10 tahun guna kereta tu, keadaan cermin masih sama. Sebenarnya, cermin yang retak mestilah diperbaiki dengan segera. Jangan biarkan sahaja kerana ia boleh membawa kesan bahaya sekiranya tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin boleh pecah pada waktu yang tidak dijangka. Boleh bayangkan tak?
4. Tips mudah nak jaga cermin supaya tidak kotor dan berminyak, elakkan meletak kenderaan anda berdekatan dengan kedai makan terutamanya di bahagian dapur kedai makan tersebut. Kerana apa? Orang masak menggunakan minyak, minyak-minyak itu nanti akan mudah melekat pada cermin kereta anda. Cermin akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan nanti.
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda