Tanda Ekzos Kereta Bocor Dan Bermasalah


Pengetahuan mengenai masalah kebocoran sistem ekzos boleh membantu mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini daripada berlaku yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan. Jika anda mengesan tanda-tanda kerosakan atau kebocoran ini pada sistem ekzos kereta anda, segera dapatkan bantuan dan nasihat pakar untuk pemeriksaan dan pembaikan.

1. Bunyi Kuat Atau Pelik Pada Bahagian Sistem Ekzos

Secara amnya, jika anda mendapati terdapat bunyi yang lebih kuat daripada biasa dihasilkan pada bahagian ekzos, anda disarankan untuk memeriksa sistem ekzos untuk mengetahui sebarang kerosakan atau kebocoran. Kereta yang mengalami kebocoran ekzos biasanya akan menghasilkan bunyi yang kuat terutamanya semasa memecut. Lazimnya, ekzos kereta yang bocor akan menghasilkan bunyi berdesis (hissing – bunyi seperti gas bocor) atau ketak-ketik (tapping – bunyi seperti hujan jatuh di atas atap rumah). Biasanya, bunyi ini terhasil lebih kuat semasa enjin dalam keadaan sejuk atau semasa anda memecut kenderaan.

Namun begitu, simptom bunyi ini sukar untuk dikesan kerana selain sistem ekzos, sistem lain juga menghasilkan bunyi-bunyi tertentu semasa kenderaan beroperasi. Walau bagaimanapun, jika anda mengesan sebarang bunyi yang berbeza daripada biasa, segera dapatkan bantuan dan pemeriksaan lanjut.

2. Kecekapan Bahan Api Menurun

Sistem ekzos memerlukan nisbah kandungan bahan api dan udara yang betul untuk menghasilkan tahap kecekapan bahan api yang bersesuaian. Jika berlaku kebocoran dalam sistem ekzos, ia secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi enjin merosot sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api. Ini kerana lebih banyak bahan api diperlukan untuk mencapai tekanan yang betul untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh kenderaan.

3. Kuasa Pecutan Berkurangan

Kebocoran sistem ekzos terutamanya pada bahagian manifold atau perongga ekzos secara tidak langsung boleh merosakkan injap dan seperti dinyatakan di atas, akan meningkatkan penggunaan bahan api. Ini menyebabkan kuasa enjin menjadi lemau sekali gus mengurangkan kuasa pecutan enjin sesebuah kenderaan.

4. Gegaran Pada Pedal Minyak

Jika berlaku gegaran pada bahagian pedal minyak kereta anda – besar kemungkinan bahagian ekzos kereta anda bocor. Lazimnya, gegaran pada bahagian pedal minyak adalah disebabkan oleh kebocoran paip ekzos, dan ia berkadar langsung dengan saiz kebocoran paip ekzos. Dalam erti kata lain, semakin besar saiz kebocoran, semakin teruk gegaran yang dialami oleh pemandu. Jika simptom dibiarkan, gegaran ini boleh bertambah buruk dan menyebabkan bahagian stereng dan lantai kereta turut mengalami situasi yang sama.

5. Bau Asap Dalam Kabin

Jika sistem ekzos kereta anda mengalami masalah atau kebocoran, ia boleh dikesan melalui bau yang dihasilkan. Gas karbon dioksida (CO2) yang memasuki ruang kabin akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Namun begitu, ia berbeza jika ekzos kereta anda mengalami kebocoran gas karbon monoksida (CO) kerana gas karbon monoksida tidak berwarna dan tidak berbau!

Secara amnya, keracunan karbon monoksida adalah kes keracunan udara yang menyebabkan maut yang paling biasa berlaku. Gas karbon monoksida yang tinggi dalam udara akibat kebocoran ekzos akan menurunkan kandungan oksigen dalam kenderaan. Ia boleh menyebabkan kematian terutamanya jika pemandu dan penumpang sedang tidur dalam kereta.

Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa periksa sistem ekzos kenderaan anda di pusat pemeriksaan bertauliah secara berkala bagi memastikan sistem ekzos berada dalam keadaan baik dan selamat.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

PUNCA MOTOR TERASA BERGOYANG DI BAHAGIAN HADAPAN


Gegaran pada motosikal ini pasti kita akan perasan terutamanya apabila lalu di jalan yang berbonggol, berlubang dan kadang-kadang semasa membrek.

Ini antara sebab dan punca berlakunya gegaran pada bahagian hadapan motosikal korang:

1. Steering Fork Longgar
Ia sering berlaku apabila bahagian tersebut berbunyi semasa korang melintasi bonggol atau lubang di jalan yang menyebabkan ia terhentak. Hentakkan itu akan membuatkan handle bergoyang (bergerak ke depan dan ke belakang).

Pada bahagian sendi atau leher steering terdapat bola bearing set yang dinamakan steering kon. Faktor pemakaian motor yang sudah lama mejadi punca haus pada bahagian tersebut dan mengakibatkan terdapat ruang yang menjadi punca ia longgar.

2. Tayar gelembung

Sesetengah tayar motor akan bengkak pada bahagian tertentu. Ini menunjukkan tayar itu telah rosak. Ini adalah salah satu punca motor bergegar pada bahagian hadapan atau pada roda belakang. Tukar segera jika tayar rosak kerana ia boleh pecah pada bila-bila masa.

3. Rim Bengkok

Rim bengkok agak berlainan sedikit tandanya kerana ia bukan hanya dapat dirasakan apabila berlaku hentakkan tetapi sepanjang membawa motosikal. Korang akan rasakan gegaran dan jika terlalu parah ia terasa seakan-akan melompat-lompat seperti naik kuda. Jadi anda perlu bertukar kepada rim yang baru.

4.Masalah Minyak Fork
Penyebab motor terasa terhentak kuat terutamanya apabila melalui bonggol atau membrek adalah kerana masalah pada fork yang telah kering, terlebih isi minyak atau tube fork bengkok. Selain itu, kesan kemalangan motosikal yang menyebabkan fork rosak dan menunjukkan tanda-tanda minyak meleleh keluar pada batang fork.

5. Bearing Roda Pecah

Masalah bearing roda pecah memberi kesan yang agak berlainan kerana selain bergetar ia juga akan menyebabkan motor meliar ke kiri atau ke kanan dan akan mengeluarkan bunyi. Anda perlu menukarkan set gantian bearing tayar tersebut.

6. Ketidakseimbangan Pada Bahagian Tertentu
Ketidakseimbangan roda atau bahagian lain pemegang motosikal boleh berlaku kerana pemasangan tayar yang salah atau tidak sesuai yang membuatkan si penunggang akan merasa sebaik sahaja membawa motor tersebut. Apa yang korang boleh lalukan adalah pastikan bahagian bawah tayar berada pada kedudukan yang sepatutnya.

7. Gegalas Haba Roda
Ia juga mungkin berpunca daripada gegalas haba roda yang longgar atau tengkuk motosikal. Malah, penukaran pemegang yang terlalu lembut juga boleh menyebabkan gegaran.

8. Enjin Rosak
Enjin yang mengalami ketidak seimbangan operasinya juga adalah punca motor bergegar. Tetapi gegaran tersebut hanya boleh dirasakan semasa motosikal tidak bergerak.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Periksa Absorber Motor

ABSORBER atau penyerap hentak ialah komponen motosikal yang amat penting kerana menyumbang kepada kestabilan, terutama ketika melalui permukaan jalan beralun atau tidak rata, dan ketika mahu memotong. Jadi komponen berkualiti sangat diperlukan.


Lazimnya, usia absorber versi asli aka OEM mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun, bergantung kepada penyelenggaraan dan penggunaan motosikal. Ada komponen yang mampu bertahan hingga tujuh tahun.

Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan sendiri untuk memeriksa dan menjaga absorber motosikal anda:
1. Tekan hendal motosikal ke bawah dan perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun sangat cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.

2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal perlahan-lahan. Itu menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.

3. Secara visual, perhatikan pengedap (seal) absorber depan. Jika ada lelehan atau tompokan minyak, maka seal itu harus diganti segera.

4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata. Jika rasa lantunan melampau (seperti dalam bot laju atau menunggang kuda), maka absorber motosikal anda perlu diganti. Semakin banyak lantunan, maka semakin besar kerosakan komponen tersebut.

Menunggang dengan absorber yang sudah rosak, sebenarnya sangat bahaya. Selain prestasi jentera kurang mantap, anda juga akan rasa tidak selesa. Kerosakan absorber boleh membuatkan badan jadi sakit, terutama bahagian pinggang dan belakang.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TANDA MASALAH BREK KERETA YANG BIASA BERLAKU


1. Brek berbunyi nyaring kekadang masa sejuk / selalu berbunyi / kekadang bunyi
  1. Brek pad habis
  2. Brek pad jenis tiruan , lebih teruk lagi jenis keras

2. Tekan brek tapi kena kasar
  1. Servo bocor
  2. Brek pad habis
  3. Paip minyak tersumbat

3. Brek tak ada langsung
  1. Master pam  bocor / masuk angin
  2. Sambungan paip getah bocor
  3. Kalo brek jenis drum cek kat pam
  4. Dalam paip masuk angin

4. Brek terasa lembut , kena tekan banyak kali
  • Buat bleeding , angin dah masuk dalam paip

5. Dekat rim tayar berhabuk banyak
  1. Brek pad biasa tiruan
  2. Kalo nak kurang habuk cari jenis ceramik , kelemahannya plak dish cepat haus plak
  3. Semi metalic atau standard dah mencukupi
  4. kalo jenis performance, biasanya lebih banyak habuk.

6. Brek , streng terasa bergegar / goyang dan pedal brek terasa getaran
  • Dish brek lekuk dalam, boleh diskim kalo x melebihi hadnya, kalo ada fulus, lebih baik tukar.

7. Brek ok cuma kena tekan kuat kedalam
  1. Minyak dalam tabung kosong
  2. Master pam masuk angin / bocor
  3. Dalam paip ada angin
  4. Brek pad dah habis


8. Brek kereta menjajar kekanan atau kekiri ( Kereta nampak senget sebelah )
  • Caliper jem ( servis ) Pastikan nut caliper tu tak bengkok , taruk grease heavy duty tahan panas

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

10 Tanda Gearbox Auto Rosak


Anda pengguna kereta jenis auto?

Untuk pengetahuan anda, kos membaiki gearbox auto ini boleh mencapai ribuan ringgit.

Sebelum bertambah parah, kenali tanda awal kerosakan gearbox kereta anda dengan mudah.

Berikut merupakan tanda kerosakan gearbox kereta:

TERDAPAT SENTAKAN YANG KUAT
  • Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali penukaran gear berlaku.
  • Contoh dari N ke D atau dari P ke D .
  • Ini tanda awal kerosakan gearbox auto.
  • Flushing dan ganti minyak auto.
  • Hantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

RPM MENJADI TINGGI
  • Rpm tinggi dan tidak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.

ENJIN KERETA BERBUNYI KUAT
  • Enjin kereta berbunyi kuat setiap kali penukaran gear auto berlaku.
  • Ini menandakan clutch plate dalam gearbox auto telah habis/nipis.
  • Hantar kereta anda di bengkel untuk diperiksa/dibaiki.

BERBUNYI HENTAKAN SEPERTI  ‘DUKK’ 
  • Gearbox auto berbunyi hentakan seperti ‘Dukk’  setiap gear auto bertukar.
  • Buat flushing gearbox dan tukar minyak auto untuk melancarkan penukaran gear.
  • Servis gearbox anda dengan segera sebelum bertambah teruk.

GEAR BERTUKAR KEPADA KEADAAN N ATAU D PADA METER
  • Gear bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
  • Sangat merbahaya dalam pemanduan.
  • Terdapat kerosakan pada valve body gearbox auto.


PENUKARAN GEAR YANG LAMBAT
  • Penukaran gear yang lambat.
  • Kemungkinan filter tersumbat atau kotor menyebabkan penukaran gear lambat.
  • Periksa juga Solenoid Shift Sensor kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Ini kerana penukaran minyak gear auto tidak dilakukan mengikut jadual penukaran yang betul.
  • Jika hal ini berterusan gearbox kereta anda akan rosak.

KERETA TIDAK BERGERAK
  • Kenderaan tidak bergerak walaupun tombol gear sudah dimasukan ke D.
    Ini menunjukan gearbox auto kereta anda rosak teruk.
  • Antara kemungkinan kerosakan seperti ini adalah : pam jem, Valve body sumbat, sensor, dan valve body rosak.

PEMIILIHAN GEAR YANG SUKAR / TIDAK LANCAR
  • Kesukaran untuk memilih gear contoh Dari D ke P.
  • Kadang kala tersekat dan langsung tidak dapat pilih gear.
  • Ini kemungkinan bush/ sambungan kabel gear terlepas dari handle.

KEROSAKAN SPEED SENSOR
  • Untuk kenderaan auto, Speed Sensor berada pada 2 kedudukan yang dipanggil Input dan Output.
  • Kerosakan komponen ini menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan.
  • Overdrive (O/D) lambat masuk atau tidak naik.
  • Brek menjadi keras.
  • Meter Speedo bergoyang/tidak naik.
  • Lampu (O/D) berkelip – kelip.
  • Lampu Check Enjin menyala.

GEARBOX DELAY
  • Apabila gear D atau R dimasukan mengambil masa beberapa minit baru kenderaan bergerak.
  • Kerosakan ini selalunya berlaku pada getah atau seal yang terdapat pada clutch gearbox.
  • Kerosakan seal ini mengakibatkan kebocoran tekanan dalam gearbox dan mengakibatkan kemasukan gear delay.

Kenapakah Kerosakan Ini Berlaku ?
Antara sebab kerosakan ini berlaku adalah :

Oil filter gearbox auto tidak pernah ditukar.
Penukaran minyak auto yang tidak mengikut jadual yang betul.
Tidak pernah memeriksa paras minyak gear auto.
Tidak pernah menambah minyak auto.
Tidak pernah menukar minyak gear auto.
Anda harus peka terhadap jadual servis minyak auto kenderaan anda.

Penukaran minyak auto dilakukan apabila perjalanan kenderaan mencapai 20,000km.

Bagi mengelakan berlakunya kerosakan yang serius pada gearbox auto.

Semoga dengan adanya tanda gearbox auto rosak yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada anda bagi mengelakan kerosakan lebih – lebih lagi kepada pengguna kenderaan auto.




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda