Tips Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang


Boleh share untuk manfaat bersama.

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
4. Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
5. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
6. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
7. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
8. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
9. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
10. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
11. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
on 17:00:00 |  

Beza Bateri Kereta Basah dan Bateri Kereta Kering


Kebanyakan orang akan selalu melihat luaran kereta sahaja apabila mahu membeli, menyewa atau memandu kereta itu kan? Tidak dinafikan memang sifat manusia suka tengok perkara-perkara yang cantik mata memandang. Tetapi kalau tiba-tiba kereta tersebut mati di tepi jalan disebabkan bateri kong, apa yang anda perlu lakukan? Nak isi air bateri, tapi tidak jumpa ruang untuk isi air? Baru anda sedar rupa-rupanya ada dua jenis bateri kereta di dalam dunia ini: bateri kereta basah dan bateri kereta kering. Apakah perbezaan antara dua jenis bateri kereta ini?

 

Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.

Bateri Kereta Kering 

Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.

Bateri Kereta Jenis Apa Yang Lebih Baik?

Jadi, adakah bateri kereta kering lebih baik dari bateri kereta basah kerana tidak memerlukan penjagaan? Atau, bateri kereta basah adalah lebih baik dari bateri kereta kering kerana boleh tahan lebih lama dan harganya lebih murah? Sebenarnya, semuanya bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan dan ia juga bergantung kepada keperihatinan pemandu. Ada sesetengah pemandu boleh menjaga bateri kereta basah sehingga 3 tahun ke atas kerana sentiasa memeriksa paras air bateri. Tetapi ada juga pemandu yang kerap menukar bateri keretanya yang kong kepada bateri kereta yang baharu kerana sikap ketidakperihatinan pemandu tersebut. 

Faktor-faktor lain seperti altenator rosak, pendawaian rosak, kecuaian tidak menutup lampu kereta juga memainkan peranan dalam jangka hayat bateri kereta anda. Perbezaan bateri kereta basah dan kering adalah seperti di bawah:-

Bateri Kereta Basah
Lebih Murah
Perlukan penjagaan rapi

Bateri Kereta Kering
Harga biasa
Tidak memerlukan penjagaan yang kerap
 

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Semestinya penjagaan bateri juga mempunya caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. Antaranya adalah:-

Periksa voltan bateri kereta
- Semak terminal bateri secara berkala
- Panaskan kereta sebelum berjalan
- Amati sistem pengisian bateri kereta

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
on 07:55:00 |  

Tips Mengelak Kecurian Kereta & Motor


Tempat di mana kecurian kerap berlaku

• Tempat letak kereta awam
• Kompleks membeli-belah
• Di hadapan rumah, tepi jalan raya
• Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian

• Tidak dikunci
• Tiada kunci tambahan
• Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
• Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta

• Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
• Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
• Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada
waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
• Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
• Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta
• Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta (‘sandblasting’)
• Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
• Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri. (terlindung dari pandangan orang)

Bagaimana mencegah kecurian motosikal

• Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
• Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
• Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
• Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
• Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Semoga tip-tip ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengurangkan jenayah rompak dan yang sewaktu dengannya

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
on 07:49:00 |  

Tips Mengekalkan Kilauan Kereta

Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Tips Penjagaan Brek Kereta

  • Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
  • Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
  • Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
  • Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
  • Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
  • Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
  • Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
  • Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
  • Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
  • Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
  • Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
  • Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda