Air Mineral Elak Tangki Radiator Berkarat

SALAH satu komponen yang mudah dilihat di bahagian enjin kereta ialah sistem penyejuk enjin atau dikenali sebagai radiator.

Tugas utama sistem berkenaan untuk meminimumkan suhu panas enjin ketika berfungsi kerana tanpa sistem itu, kemungkinan enjin mudah terbakar.

Kegagalan radiator berfungsi dengan sempurna menyebabkan enjin menjadi terlalu panas sehingga menyebabkan beberapa komponen gagal melakukan tugas dengan baik.

Sebagai pemilik kenderaan, mereka perlu memastikan paras air dalam tangki radiator mencukupi sebelum memulakan perjalanan, sama seperti memeriksa tahap minyak pelincir.

Kebanyakan radiator dipasang di bahagian depan enjin atau lebih tepat di belakang gril kerana kedudukan itu terbukti sesuai untuk menyejukkan enjin dengan tolakan angin ketika kenderaan bergerak.

Bagaimanapun, ada sesetengah model kereta menempatkan radiatornya di sebelah enjin sama ada kiri atau kanan.

Sistem itu dianggap kurang berkesan tetapi angin masih mampu mengalir di sebelah jaring radiator berbanding jenis yang dipasang di bahagian depan enjin.

Radiator mengandungi tiga bahagian penting iaitu atas, jejaring radiator dan tangki bawah.

Jejaring radiator pula mempunyai ratusan lubang kecil yang berfungsi sebagai penyerap air yang mengalir dari atas ke bawah tangki, mengikut pusingan bahagian penyejuk pada bahagian enjin.

Setiap kali air mengalir ke ratusan lubang kecil itu akan menghasilkan air sejuk dengan bantuan angin ketika kereta bergerak.

Sesetengah kereta pula menggunakan radiator jenis pengaliran melintang (crossflow), sistem yang dianggap memberi manfaat kepada enjin kenderaan berat.

Cara radiator berfungsi ialah menerusi pusingan air dari tangki ke dua saluran tiub yang dipasang ke bahagian atas dan bawah tangki ke enjin.

Kegagalan pusingan itu berfungsi dengan normal akan menyebabkan enjin menjadi panas.

Lazimnya, ada beberapa sebab masalah itu berlaku, antaranya tangki tersumbat oleh kepingan logam atau tangki berkarat kerana jarang dicuci.

Oleh itu, pemilik kereta dinasihatkan mencuci tangki dari semasa ke semasa bagi mengelakkan saluran air radiator menjadi karat.

Karat bukan saja menyebabkan pengaliran air dari bahagian tangki ke bahagian enjin tersumbat, malah boleh berlaku kebocoran sama ada pada tangki itu sendiri atau pada dua tiub getah yang disambungkan ke tangki berkenaan.

Untuk mengelak perkara itu berlaku, salah satu cara mengelak tangki dimamah karat ialah dengan mencampurkan air dengan kimia yang disyorkan di kedai aksesori.

Sesetengah pemilik kereta mencampurkan bahan penyejuk (coolant) ke tangki untuk mengurangkan suhu panas ketika enjin bergerak.

Kebanyakan kenderaan model terbaru kini menyediakan tangki air simpanan yang diletakkan bersebelahan dan pemilik tidak perlu lagi membuka penutup radiator.

Ia berfungsi sebagai air simpanan untuk menampung bekalan air ketika tangki utama kekurangan air.

Kebanyakan radiator diperbuat daripada logam, tetapi ada sesetengahnya diperbuat daripada plastik.

Untuk mengelakkan karat, pemilik dinasihatkan supaya menggunakan air mineral untuk menambah kandungan air dalam tangki air simpanan radiator.

Ini kerana air paip dipercayai boleh menyebabkan karat dalam tempoh beberapa tahun manakala air mineral yang dijual di kebanyakan kedai adalah air semula jadi yang lebih bersih dan bebas daripada pencemaran.

air radiator adalah recommend servis 5 bulan sekali. flush and coolant. coolant kena pakai branded seperti castrol dan sebagainya. kalau bali brand ayam, nanti kena tipu, kerana ada kes coolant pakai pewarna sahaja.

coolant 50% air mineral 50%. tangki spare isi coolant sahaja, jangan isi penuh, isi ikut kapasiti yang telah digariskan di tangki spare.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
Posted in  on 18:23:00 |  

Punca Ekzos Keluarkan Bunyi Letupan

KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di lebuh raya.

Sebenarnya masalah ini berlaku kerana pembakaran yang berlaku di luar enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna, maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.

Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.

Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.

Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar sebelum sempat terbakar.

Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah injap itu.

Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.

Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?

Biasanya bunyi pelik enjin boleh terjadi disebabkan tali kipas rosak, kebocoran arus elektrik pada kabel rentangan tinggi, berus suis pada generator rosak, kekurangan pelincir pada sesondol pengagih, gear atau tali penggerak gandar sesondol rosak, kekurangan pelincir pada alas pam, ketukan pembakaran dan enjin rosak.

Secara asasnya boleh dikatakan bahawa enjin akan mengeluarkan bunyi halus apabila semua bahagiannya berada dalam keada-an baik.

Tidak semua bunyi yang kedengaran menunjukkan tanda kerosakan enjin yang cukup berat, tetapi ada kalanya tanda itu menunjukkan kerosakan yang jika tidak diatasi segera akan membawa padah yang lebih teruk.

Oleh itu, sebaiknya periksalah kende-raan anda di bengkel apabila mendapati adanya kelainan bunyi daripada biasa.

Biasanya apabila enjin mengeluarkan bunyi pelik, ia adalah tanda awal terjadinya kerosakan.

Apabila bunyi enjin begitu mengerikan segera mati-kan enjin dan tarik ke bengkel.

Untuk mencari bunyi kerosakan berkenaan, bagi mekanik profesional mereka menggunakan stetoskop dan bunyi pelik berkenaan dapat dicari dan dibezakan dengan mudah.

Akan tetapi bagi pengguna biasa macam kita yang tidak ada stetoskop, sebaliknya gunalah tongkat kayu dan letaklah hujungnya pada bahagian enjin yang dijangka mengeluarkan bunyi pelik itu. Sementara pangkalnya diletakkan di telinga anda.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TIPS Lulus Ujian JPJ – Kelas B2 (Motorsikal)

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.

Kereta Tenggelam Banjir, Apa Nak Buat?

Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir .

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer

Panduan Memandu Ketika Kecemasan

A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya :

- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.
- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.
- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.