Modifikasi Motorsikal Yang Dibenarkan Dan Tidak Dibenarkan


DIBENARKAN

1. Upgrade kabel
Antara modifikasi yang tidak menjadi kesalahan ialah apa-apa perkara yang melibatkan naik taraf tanpa mengganggu aspek teknikal lainnya. Sebagai contoh, sekiranya pemilik menukar kabel-kabel yang ada kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan lebih cekap. Ini tidak menjadi kesalahan.

2. Tukar coverset
Sekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ. Jika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

3. Pemasangan Brek Disc Belakang

Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak terlampau besar dari size disc depan pula.. 

4. Pemasangan Footrest racing

Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanya tiada masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. 

5. Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar
Pengubahsuaian saiz rim dan tayar adalah dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan seperti tidak terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sendiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub.

 

TIDAK DIBENARKAN

1. Ekzos bising

Ini antara yang paling biasa kita temukan. Paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan banyak lagi. Alasan yang diberi, ia akan membolehkan pemandu kereta dengar dan sedar keberadaan motosikal disekitar mereka. Tetapi jika ia terlalu bising, sebuah kesalahan akan tetap jadi kesalahan. Kebisingan yang melebihi 2-3 dB ketika ekzos panas – berbanding yang diluluskan untuk VTA – mungkin dimaafkan (bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas), tetapi lebih daripada itu, anda boleh dikenakan tindakan. Korang mungkin boleh didenda dari RM150 ke RM300

2. Tiada cermin sisi
Ini satu lagi kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang. Maka, tiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas. Boleh disaman RM 250.

3. No plat pendaftaran
Satu benda yang gemar ditukar oleh pemilik. Selagi ia tidak melanggar peraturan paparan nombor plat pendaftaran, tak jadi masalah. Tetapi, sekiranya ia melibatkan ubahsuai visual plat berkenaan, misalnya dengan reka abjad-abjad fancy, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain, maka itu satu kesalahan. Pemilik boleh dikenakan denda RM300.

4. Ubahsuai Lampu Hadapan Berwarna
Pemasangan lampu bewarna merupakan satu kesalahan juga tau. Ia boleh dikenakan kopmaun sehingga RM150. Secara logiknya, lampu yang terlampau fancy boleh menyakitkan mata orang dihadapan dan kami pun menyokong kalau saman jenis ini ditegakkan.

5. Ubahsuai Lampu Signal
Kadang-kadang tu sakit hati juga dengan signal jenis capang ni..Dahlah menyusahkan kalau patah atau berlanggar dengan orang. Tapi, kalau korang ubahsuai signal tanpa ikut spesifikasi, korang boleh kena saman sehingga RM250 tau!

6. Ubahsuai enjin
Macam-macam yang selalu dilakukan terhadap enjin; tukar piston, besarkan liang, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan. Melainkan, lepas buat terus hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan. Jika diluluskan, maka tak ada masalah untuk digunakan atas jalan.

7. Tayar sotong

Menggunakan tayar “sotong” atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Atas sebab apa? Mudah saja; keselamatan penunggang dan pembonceng. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya. Misalnya ketika dua orang menaiki motosikal berkenaan. Ini akan memberikan maklumbalas tunggangan yang berbeza dan merbahaya, terutama di selekoh.

8. Tayar gemuk

Apa-apa naik taraf atau “upgrade” yang dilakukan terhadap motosikal secara prinsipnya dibolehkan. Sebagai contoh, dalam kes penggunaan tayar gemuk. Tetapi, ia hadir dengan syarat; tiada ubah suai boleh dilakukan terhadap bahagian fork depan dan juga swingarm asal motosikal terbabit. Begitu juga sekiranya posisi brek telah dialihkan untuk disesuaikan dengan pemasangan tayar gemuk berkenaan – kerana sistem dan kedudukan brek sudah diuji dan diluluskan ketika VTA. Jika peralihan kedudukan kaliper brek dilakukan, maka ia menjadi satu kesalahan.

Hukuman

Perlu juga difahami bahawa semua ini boleh dikuatkuasakan sekiranya motosikal terbabit ditahan di atas jalanraya. Sekiranya motosikal yang diubah suai untuk tujuan pameran/perlumbaan dan sebagainya, dan diangkut untuk ke lokasi dengan lori, maka itu tidak menjadi kesalahan. Hanya motosikal yang digunakan di atas jalan raya akan berdepan tindakan seperti dinyatakan ini.

Jika motosikal-motosikal modifikasi secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksa on-the-spot, makan pihak berkuasa berhak untuk untuk menyita motosikal anda. Bukan itu saja, pemilik juga akan dikenakan denda minimum RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

FUNGSI STABILIZER BAR YANG RAMAI TIDAK TAHU


Stabilizer bar atau besi melintah di kawasan yang tidak sepatutnya duduk di dalam bonet, atas dan bawah kereta anda. Anda faham apa sebenarnya fungsi Stabilizer Bar yang anda pasang?

Setiap kali anda memecut, membrek, dan mengambil selekoh, setiap bahagian dalam kenderaan anda akan bergerak. Ia bukan bergerak sebab kenderaan anda dipandu, tetapi ia menghasilkan bending moment atau pembengkokkan sementara.

Seperti juga spring yang diperbuat daripada besi, ia bersifat anjal, begitu juga rangka kereta anda. Ia adalah besi dan anjal Cuma kenajalannya tidak selembut spring. Dalam anda berseronok, berkemungkinan rangka kenderaan anda membengkok dan juka anda memandu secara membuta tuli untuk jangka waktu yang lama, anda akan dikejutkan dengan rangka kenderaan anda yang teruk walaupun tidak pernah terlibat dalam kemalangan.

Tujuan utaman pemasangan Sturt Bar ini adalah untuk memperkukuhkan bahagian depan kenderaan anda ketika memasuki jalan selekoh dengan kelajuan tinggi. Anda akan merasakan satu pergerakan yang lebih baik untuk kenderaan anda setelah strut bar ini di pasang kerana ia tidak memberi ruang untuk rangka anda bergerak.

Anti Roll Bar, terletak diantara kedua-dua tayar belakang kenderaan anda. Biasanya kereta moden telah pun dilengkapi dengan anti roll bar ini. Anti roll bar ini juga boleh diubah suai kepada yang lebih besar diameternya untuk pengendalian kenderaan yang lebih baik dan mantap.

Terdapat beberapa lagi jenis stablizer bar yang boleh di pasang antaranya, Fender Bars, Front Lower Bar 4 point, Front Sway Bar dan berbagai-bagai lagi.

Menambah stabilizer bar akan menjadikan kenderaan anda menjadi lebih stabil. Tetapi jika terlalu banyak ia akan menyukarkan pergerakan rangka kenderaan kerana terlalu keras. Jadi kebiasanya penguna ramai memilih untuk memasang strut bar, anti roll bar, fender bar, dan rear upper lower bar sahaja dan ia sudah memadai.

Peringatan juga untuk anda semua. Sebelum anda memasang stabilizer bar ini anda harus memikirkan bahagian yang pernting untuk dipasang. Kalau poket anda tebal no problem

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TEKNIK PENJAGAAN TAYAR KERETA YANG BETUL


Tayar merupakan komponen yang amat penting dan ia juga bukannya murah seperti menukar pewangi kereta. Apatah lagi sebuah kereta bukannya mempunyai satu tetapi empat biji tayar. Untuk penukaran biasanya kita perlu menukar sepasang tayar sama di hadapan ataupun di belakang dan bukannya sebiji tayar sekali tukar. Oleh itu tayar kenderaan sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh pemilik.

Tayar yang mempunyai tekanan angin yang secukupnya akan bertahan lebih lama berbanding tayar kurang angin ataupun terlebih tekanan angin. Mengikut perkiraan mudah, tayar yang sentiasa mempunyai tekanan 20 peratus lebih rendah berbanding sepatutnya akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek 20 peratus berbanding dengan sepatutnya. Contohnya tayar yang sepatutnya bertahan sehingga 60,000 kilometer cuma akan bertahan sehingga 48,000 kilometer sahaja. Banyak tu tuan-tuan. Tayar yang kurang tekanan juga akan menyebabkan kenderaan menggunakan petrol yang lebih dari sepatutnya berikutan rintangan yang lebih. Ketika mengisi angin, pastikan dengan merujuk carta tekanan angin tayar yang biasanya ada di bahagian sisi pintu sebelah pemandu. Jangan main tekan atau pusing tombol tekanan angin sesuka hati (Kami pernah lihat ada pemandu yang mengisi angin kereta Proton Wira dengan tekanan yang sama untuk lori kontena 18-roda)

TEKANAN ANGIN TAYAR : APA PERLU ANDA TAHU?


  • Periksa tekanan angin tayar setiap bulan, termasuk tayar gantian. Walaupun anda tidak mengesan sebarang kecacatan pada tayar, tekanannya akan menurun sebanyak lebih kurang 1 psi (tekanan satu inci persegi dalam unit paun) setiap bulan. Bahkan ia akan turun dengan lebih cepat jika terdapat kebocoran pada badan tayar ataupun kebocoran pada bahagian injap udara.
  • Periksa juga tekanan tayar sebelum membuat perjalanan jauh.
  • Untuk hasil terbaik, tekanan tayar mesti diperiksa sewaktu tayar dalam keadaan sejuk.
  • Jika tayar dalam keadaan panas, tambahkan 4-5 psi kepada ukuran yang diberikan oleh pengeluar ataupun tunggu sehingga tayar anda benar-benar sejuk (Kalau sanggup, sebab biasanya tayar akan menyejuk dalam masa 3 jam selepas anda berhenti).

CARA BETUL MEMERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR
  • Cucukkan alat pemeriksa tekanan angin pada injap tayar.
  • Bergantung pada jenis alat yang anda gunakan, ia akan segera memberikan bacaan tekanan tayar anda (biasanya dalam bacaan psi)
  • Bunyi berdesir merupakan angin yang terkeluar sewaktu menggunakan alat tersebut. Ia tidak akan mengubah tekanan angin tayar kecuali jika anda menggunakan alat tersebut terlalu lama.
  • Bandingkan tekanan semasa dengan tekanan sepatutnya untuk kereta anda.
  • Jika terlebih tekanan, keluarkan lebihan angin sehingga takat yang sesuai. Jika kurang, tambah secukupnya.
  • Jangan bergantung 100 peratus kepada meter tekanan angin di stesen minyak, ia biasanya tidak begitu tepat. Jarang sangat meter di stesen minyak ini dikalibrasi. Jalan selamat ialah dapatkan alat pengukur tekanan sendiri dan pastikan ianya jenis berkualiti.

ROTATING (TUKAR POSISI)

Proses rotating ini biasanya dilakukan 10,000 kilometer sekali ataupun bergantung kepada keadaan tayar. Posisi tayar (rotating) juga sebaiknya ditukar bergantung kepada kesesuaian untuk memastikan ianya haus pada kadar yang sama. Jika tidak, ada tayar yang akan haus lebih cepat daripada yang lain. Ini kerana keadaan gandar kereta anda yang menerima tekanan yang berbeza sewaktu pemanduan akan mengakibatkan kehausan pada tayar secara tidak sekata. Penukaran posisi tayar adalah salah satu cara untuk memanjangkan hayat tayar-tayar tersebut. 

JAJARAN TAYAR (ALLIGNMENT)
Penjajaran tayar merupakan satu proses mudah di mana sedikit pembetulan akan dilakukan pada komponen suspensi hadapan dan belakang. Jika tayar anda tidak dijajar dengan betul, kenderaan anda mungkin tidak selamat untuk dipandu. Anda perlu membuat penjajaran bila:
  • Terlanggar sesuatu objek atau lubang di atas jalan raya. (dan merasa terus perbezaan kualiti pemanduan)
  • Melihat keadaan bunga tayar yang tidak sekata di bahagian luar tayar.
  • Merasakan satu perbezaan dalam kawalan kenderaan sewaktu anda memandu.
  • Selepas anda menukar komponen stereng ataupun suspensi.
  • Kereta anda sentiasa bergerak ke tepi walaupun sewaktu pemanduan lurus.
  • Stereng kereta anda tidak kembali ke posisi asal selepas membelok.
  • Kedudukan roda stereng senget ketika memandu di jalan lurus.

Penjajaran tayar juga cukup penting kerana:
  • Untuk mengurangkan kehausan tayar dan komponen susupensi selain untuk keselesaan pemandu dan penumpang.
  • Meningkatkan prestasi kenderaan dan tahap ekonomi bahan api.
  • Meningkatkan kawalan dan keselamatan pemanduan.

IMBANGAN TAYAR (WHEEL BALANCING)
Kadang-kadang sewaktu pemasangan, imbangan di seluruh bahagian rim dan tayar adalah tidak sekata. Sebahagian tayar dan rim akan menjadi lebih berat berbanding sebahagian yang lain. Kesannya ialah pemanduan yang tidak stabil, melantun ataupun membuatkan kenderaan anda bergegar. Imbangan yang baik akan menjadikan kenderaan lebih stabil dan selamat untuk dipandu. Anda sepatutnya membuat imbangan tayar bila:
  • Tayar diganti baru
  • Sewaktu pemberat imbangan dibuang ataupun terjatuh dengan sendiri.
  • Kenderaan anda melantun ataupun bergegar bila dipandu dengan kelajuan tertentu.
Untuk membuat imbangan yang baik, mekanik anda akan menggunakan mesin imbangan khusus yang akan menentukan di mana pemberat perlu diletakkan bagi menghasilkan tayar yang seimbang. Kadangkala pemberat akan diletakkan lebih daripada satu tempat bergantung kepada keperluan. Jika anda terasa kenderaan anda melantun ataupun bergegar tanpa sebab, segeralah merujuk kenderaan ke kedai tayar professional (Imbangan roda perlukan peralatan yang khusus bukannya seperti memeriksa tekanan angin tayar).

PERIKSA KETEBALAN BUNGA TAYAR

Setiap tayar yang dipasarkan mempunyai penunjuk kegunaan bunga tayar untuk keselamatan. Tayar yang sudah kekurangan bunga cukup merbahaya untuk digunakan kerana ia tidak akan memberikan cengkaman yang cukup sewaktu pemanduan apatah lagi untuk memberhentikan kenderaan. Jika kurang pasti, dapatkan nasihat profesional. Bagi yang biasa menggunakan tayar terpakai, teliti betul-betul penunjuk kegunaan bunga tayar kerana ada penjual yang tidak bertanggungjawab akan mengikis penunjuk ini untuk menunjukkan yang tayar tersebut masih mempunyai baki bunga yang selamat. Itulah antara langkah-langkah mudah yang diharapkan dapat membantu anda menyelenggara tayar kenderaan anda dengan lebih baik. Ingat senang ke nak pakai kereta ni? Kalau nak poket selamat, kena la rajin-rajin tambah ilmu tentang penyelenggaraan kereta. harap info ini cukup berguna untuk anda semua (Satu lagi kalau pakai Bezza tak payah taruk rim kankang 18-inci, lepas tu mula komplen kereta EEV tapi kuat makan minyak). 

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Hujan


Sebagai pemandu, anda pasti sudah terbiasa berdepan dengan keadaan di mana cermin kereta berkabus terutamanya pada cuaca sejuk atau waktu hujan. Apabila perkara ini berlaku, ia semestinya akan mengganggu penglihatan pemandu dan membahayakan nyawa serta pengguna jalan raya yang lain.

Untuk makluman anda, antara faktor utama yang menyebabkan cermin kereta anda boleh berkabus adalah kerana penyaman udara. Kabin secara tidak langsung menjadi lembab kerana terdapat banyak partikel air yang disebabkan oleh kesan suhu sejuk daripada penyaman udara ini. Ia menyebabkan cermin kereta anda berkabus tanpa anda sedari.

Selain itu, pada ketika atau selepas hujan, kelembapan udara di luar kabin pada kebiasaannya adalah tinggi. Ia secara tidak langsung menyebabkan udara lebih mudah berubah jadi kabus dan melekat pada cermin kereta.

Ubat Gigi
Tahukah anda? Kandungan florida yang ada pada ubat gigi sebenarnya boleh membantu untuk menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta. Untuk menggunakannya mudah sahaja, anda hanya perlu ratakan ubat gigi tersebut pada bahagian dalam cermin kereta dan lapkan semula dengan kain mikrofiber.

Syampu
Selain kegunaannya untuk rambut, syampu juga sebenarnya berupaya untuk menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta anda. Caranya mudah sahaja, sapukan sedikit syampu pada cermin tanpa air dan gosok dengan rata. Kemudian, lap semula dengan perlahan menggunakan kain mikrofiber, surat khabar atau tisu sehingga hilang kesannya. 

Minyak Rambut
Pastikan anda hanya menggunakan minyak rambut jenis cecair (lutsinar) dan bukannya jenis krim atau gel ya! Untuk menggunakannya juga mudah, sama seperti cara menggunakan ubat gigi seperti yang dikongsikan di atas.

Ubi Kentang
Jangan pelik! Ubi kentang juga sebenarnya berupaya untuk mengatasi masalah cermin kereta mudah berkabus. Cara untuk gunakannya juga mudah sahaja iaitu:
  1. Ambil sebiji ubi kentang dan potongkan ia menjadi dua.
  2. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ubi kentang tadi pada bahagian dalam cermin kereta anda.
  3. Biar dulu cermin kereta anda kering
  4. Lap cermin dengan tisu kering




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

TANDA AWAL KEROSAKAN RADIATOR


Radiator ataupun tangki air memainkan peranan yang amat penting dalam operasi enjin kereta. Walaupun ia merupakan satu masalah yang biasa, radiator yang bocor akan membuatkan perjalanan anda tergendala jika enjin anda mengalami kepanasan yang melampau akibat kegagalan sistem sejukan.

Mengetahui tanda-tanda kebocoran radiator akan membantu anda melindungi pelaburan dan pada masa yang sama memastikan anda dan penumpang dalam keadaan selamat. Ambil langkah bijak dengan memastikan anda melengkapkan diri anda dengan sedikit sebanyak maklumat tentang perjagaan kereta.

1. TITISAN CECAIR PENYEJUK (COOLANT)

Cecair penyejuk ataupun coolant direka khusus untuk membantu mengawal suhu enjin kereta anda. Radiator kereta menggunakan coolant berbentuk cecair untuk menyejukkan enjin. Jadi, cara yang paling mudah untuk mengesan kebocoran ialah dengan memerhatikan jika ada titisan air berwarna di atas lantai garaj anda.

Coolant biasanya dihasilkan dalam pelbagai warna dan ini merupakan salah satu punca kenapa ia mempunyai warna. Ia akan membantu mengesan kawasan yang bocor dengan lebih mudah.

Ada juga coolant yang mempunyai baunya yang tersendiri. Ingat, coolant tidak hanya berada di satu tempat tetapi sentiasa bergerak di dalam enjin kereta.

Sebaiknya enjin kereta dibersihkan terlebih dahulu sebelum mencari punca kebocoran kerana ia mungkin berpunca daripada pam air, hos ataupun perumah thermostat. Jika enjin masih panas, kemungkinan radiator yang bocor akan mengeluarkan wap stim dari bahagian yang bocor.

Ingat, cecair coolant sangat beracun dan mempunyai toksik yang cukup untuk membahayakan manusia dan juga binatang. Jika terkena kulit segera bersihkan dengan air yang banyak.

2. PARAS AIR BERKURANGAN

Jika terdapat kekurangan yang ketara dalam tangki air simpanan radiator, anda harus bertindak segera kerana ia juga merupakan petanda radiator anda sudah bocor.

Sebenarnya, paras cecair penyejuk sentiasa berbeza mengikut suhu enjin kereta. Ia akan sentiasa naik dan turun tetapi dalam kadar yang agak tetap. Penurunan ataupun kekurangan cecair penyejuk yang drastik bermakna, kereta anda mengalami kebocoran radiator (atau lebih parah, kebocoran pada kelapa selinder)

Anda boleh mengesahkannya dengan menambah cecair penyejuk ke dalam radiator sebelum memeriksanya kembali selepas beberapa hari untuk melihat parasnya. Jika ia berkurangan pada kadar yang luar biasa, ia bermaksud ada kebocoran di mana-mana bahagian enjin – beri perhatian pada tangki air ataupun radiator.

3. PERIKSA SEMUA SAMBUNGAN DAN HOS
Karat ataupun perubahan warna pada beberapa komponen enjin mungkin juga bermaksud radiator anda sedang mengalami masalah kebocoran.

Hos-hos radiator dan bahagian lain juga berkemungkinan mengalami kehausan dalam tempoh masa yang agak lama. Ia mesti selalu dibersihkan dan diperiksa untuk mengesan lokasi kebocoran ataupun rekahan.

4. ENJIN KERETA OVERHEAT

Jika enjin kereta overheat meskipun dalam keadaan pemanduan biasa, ia merupakan petanda ada kerosakan serius berlaku pada radiator kereta anda. Radiator merupakan satu-satunya komponen dalam kenderaan yang berperanan penting dalam memastikan enjin kekal sejuk – jika enjin terlalu panas, ia boleh mendatangkan risiko kerosakan lain. Enjin kereta pada asasnya merangkumi pelbagai komponen bergerak lain yang memastikan prestasi kereta kekal berada dalam keadaan baik.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda