Cara Belajar Mengimbangi Motosikal


Ramai orang perlu tahu bagaimana untuk belajar mengimbangi motosikal kerana keseimbangan adalah faktor penting dalam menunggang motosikal dengan selamat dan selesa.

Contohnya, keseimbangan yang lemah semasa menunggang motosikal boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Keseimbangan yang baik boleh membantu penunggang motosikal mengekalkan kawalan motosikal. Menunggang motosikal dengan keseimbangan yang baik boleh menjadikan perjalanan lebih selesa dan menyeronokkan, dan penunggang motosikal tidak mudah letih.

Belajar mengimbangi motosikal boleh meningkatkan keyakinan penunggang motosikal dalam menghadapi situasi yang mungkin mencabar. Ini boleh membuatkan penunggang motosikal lebih yakin ketika menunggang motosikal di jalan raya.

Manakala dari sisi kenderaan, keseimbangan yang baik ketika menunggang motosikal dapat membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan menjimatkan kos operasi motosikal. Dengan menguasai keseimbangan menunggang motosikal, penunggang juga dapat mengelakkan kerosakan pada motosikal yang boleh mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi. Contohnya, kerosakan yang boleh berlaku jika penunggang terjatuh.

Mengetahui bagaimana untuk belajar mengimbangi motosikal adalah sangat penting untuk penunggang motosikal supaya mereka boleh menunggang motosikal dengan selamat, selesa dan cekap.

Cara Belajar Mengimbangi Motosikal
Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda belajar mengimbangi motosikal.

1. Pilih motosikal yang betul
Memilih motosikal yang sesuai dengan postur dan ketinggian anda boleh membantu anda mengawal motosikal dengan lebih mudah dan mengekalkan keseimbangan.

2. Berlatih di tempat yang selamat
Mula berlatih di tempat yang selamat dan luas, seperti padang atau tempat letak kereta yang sunyi dari kenderaan lain. Elakkan berlatih di jalan raya yang sibuk.

3. Mulakan pada kelajuan rendah
Apabila mula-mula belajar, mulakan pada kelajuan rendah dan perlahan-lahan meningkatkan kelajuan. Jangan tergesa-gesa untuk mencuba kelajuan tinggi sebelum anda benar-benar berasa selesa dengan keseimbangan motorsikal.

4. Gunakan kedua-dua belah kaki
Pastikan kedua-dua kaki anda sentiasa berpijak dengan kuat di atas tanah apabila motosikal berhenti atau mula bergerak perlahan. Ini boleh membantu anda mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan jatuh.

5. Berlatih menggunakan teknik zig zag
Berlatih dengan melakukan teknik zig zag antara kon atau halangan lain. Ini boleh membantu meningkatkan kemahiran dan keseimbangan semasa menunggang motosikal.

6. Berlatih menunggang motosikal dengan sebelah kaki
Setelah anda berasa selesa dengan kedua-dua kaki di atas tanah, cuba berlatih menunggang motosikal dengan sebelah kaki. Latihan ini boleh membantu anda meningkatkan keseimbangan anda dan mengatasi ketidakselesaan apabila kaki anda tidak berada di atas tanah.

7. Sentiasa berlatih
Kunci untuk mempelajari cara mengimbangi motosikal adalah latihan biasa. Amalkan kemahiran memandu motosikal anda setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu untuk mengekalkan kemahiran anda.

Perlu diingat, amalan dan konsistensi adalah kunci utama dalam mempelajari cara mengimbangi motosikal. Sentiasa gunakan peralatan keselamatan seperti topi keledar dan jaket pelindung semasa menunggang motosikal. Semoga berjaya!


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

WAJIB TAHU! CARA TUNGGANGAN MOTORSIKAL DALAM BANDAR


Terpaksa menunggang motorsikal berulang-alik ke pejabat setiap hari?

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, beralih daripada kereta kepada motorsikal merupakan antara langkah yang popular. Tetapi dalam masa yang sama, bakal meningkatkan risiko terdedah kepada kemalangan terutamanya jika tidak mempunyai pengalaman menunggang dalam situasi bandar yang sibuk dan sesak.

Berikut merupakan himpunan tips tunggangan yang diharapnya dapat memberi manfaat kepada penunggang-penunggang yang menempuh perjalanan di bandar setiap hari.


1. Gunakan gear rendah semasa jalan sesak
Mencelah melalui kenderaan besar seperti kereta atau lori memerlukan motorsikal anda mempunyai pikap yang kuat. Dengan mengekalkan pada gear rendah memastikan anda setiasa bersedia untuk bertindak mengubah haluan atau mengelak kenderaan lain. Gear apa yang sesuai, bergantung kepada kuasa motorsikal anda. Biasanya untuk kapcai sesuai dibawa gear 3 manakala bagi motorsikal berkuasa tinggi 1 atau 2 gear sebelum gear akhir.

Bagaimana jika motorsikal tidak menggunakan gear seperti skuter?
Pastikan anda mengawal pendikit dengan cara tidak menyentap semasa menurun dan menambah kelajuan.



2. Elakkan berada dalam blind spot pemandu/penunggang lain
Jika menunggang di belakang kenderaan lain, pastikan pemandunya boleh mengesan kehadiran anda. Antara caranya ialah dengan menunggang sehingga anda boleh lihat muka pemandu itu melalui cermin sisi kenderaan mereka.

Jika anda perlu mencelah dan menukar lorong, pastikan anda melakukannya di hadapan kenderaan besar yang rendah seperti kereta. Elakkan daripada menukar lorong sekiranya anda betul-betul di hadapan lori atau kenderaan tinggi dikhuatiri bertembung penunggang motorsikal lain yang sedang melalui lorong tersebut.



3. Elakkan menunggang terlalu rapat dengan bahu jalan
Walaupun digalakkan untuk menunggang di lorong kiri atau lorong kecemasan sekiranya anda menunggang perlahan, anda juga terdedah kepada bahaya lain seperti serpihan kaca, paku, batu besar atau serpihan tayar lori yang pecah.

Sekiranya tidak dapat mengelak atau terpaksa melanggar objek tersebut akibat kekurangan ruang mengelak, anda berisiko kehilangan kawalan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian.

p/s: Terlanggar serpihan tayar celup daripada lori merupakan antara punca kematian penunggang motorsikal. Jika terjumpa, sila buat laporan kepada pihak berwajib atau jika boleh, anda alihkan dahulu serpihan tersebut sementara menunggu mereka.



4. Latih 6th Sense / Sentiasa 'baca' keadaan
Jangan hanya menumpu kepada arah yang dituju sahaja. Sentiasa perhatikan beberapa perkara yang bakal menjadi halangan.

Contohnya semasa menunggang dalam situasi trafik sesak dan perlahan, berjaga-jaga sekiranya terdapat ruang kosong dihadapan. Ini kerana peluang ini akan diambil oleh pemandu kenderaan lain untuk menukar lorong; dan paling teruk dan berkemungkinan sekali mereka melakukannya saat anda betul-betul rapat dan tanpa menyalakan turn signal.

Begitu juga jika anda menyedari kehadiran pemandu yang memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya. Jauhkan jarak anda, dikhuatiri tindakan liar mereka bakal mengakibat kemalangan dengan pemandu lain dan anda pula tidak sempat mengelak.



5. Elakkan daripada menggunakan gajet semasa menunggang
Perjalanan dalam bandar walupun mengambil jarak dan masa yang singkat, tetap mendedahkan anda kepada bahaya sekiranya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya.

Oleh itu anda perlu sentiasa fokus dan penting untuk mengelak daripada sebarang gangguan yang boleh mengalih tumpuan anda, terutamanya menggunakan gadget atau smartphone semasa motorsikal sedang bergerak. Tidak dinafikan anda mungkin perlu gunakan smartphone untuk navigasi Waze, tapi jangan pula sambil menunggang dengan sebelah tangan.


Jika perlu gunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps semasa dalam perjalanan, anda boleh dapatkan pemegang khas yang membenarkan anda untuk mengguna smartphone dengan lebih selamat dan juga terhindar daripada bahaya lain seperti debu atau hujan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Jump Start @ Jumper Kereta Yang Betul Dan Selamat


Perkara Perlu Diberi Perhatian Sebelum Jumper Bateri Kereta
Sebelum jumper bateri kereta anda, berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya jika anda baru pertama kali melakukan proses ini:

  • Baca buku manual pemilik yang dibekalkan. Sesetengah model kereta tidak disarankan untuk melakukan jump start disebabkan oleh sistem litar yang sensitif;
  • Jangan jump start bateri kereta yang berkarat, retak, bocor atau rosak;
  • Jangan jump start bateri kering;
  • Jika anda meminta bantuan kereta lain, pastikan saiz bateri kereta ‘penderma’ tersebut adalah sama atau lebih besar daripada saiz bateri anda;
  • Sambungkan klip buaya di tempat yang betul mengikut sususan yang betul;
  • Pastikan bateri kereta ‘penderma’ berada dalam keadaan baik, tidak lemah;
  • Pastikan anda tidak menyentuh bahagian badan kereta atau klip buaya semasa jumper bateri kereta.
Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Jumper Bateri Kereta
Selain itu, anda juga perlu mengetahui perkara asas mengenai bateri kereta berikut sebelum memulakan proses jumper bateri kereta anda. Secara amnya, bateri kereta dilengkapi dengan dua terminal iaitu terminal positif dan terminal negatif:

Terminal Positif – terminal positif biasanya lebih besar berbanding terminal negatif. Ia ditandakan dengan ‘POS’ atau ‘+’, terminal ini akan disambungkan dengan klip positif kabel jumper kereta yang berwarna merah;
Terminal Negatif – terminal negatif pada bateri biasanya ditandakan dengan ‘NEG’ atau ‘-‘, terminal ini akan disambungkan dengan klip negatif kabel jumper kereta yang berwarna hitam.


Peralatan Diperlukan untuk Jumper Bateri Kereta
Anda hanya memerlukan dua peralatan berikut sebelum anda memulakan proses jump start bateri kereta anda:

Kabel jumper kereta – kabel jumper kereta biasanya panjang, tertebat dengan klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujung. Kabel ini juga turut dikenali sebagai ‘klip buaya’ kerana bentuknya yang kelihatan seperti kepala buaya. Klip buaya dibezakan melalui warna – hitam atau merah yang menunjukkan kutub positif (merah) atau negatif (hitam). 

Sumber kuasa – anda boleh menggunakan sama ada bateri mudah alih atau bantuan kereta lain sebagai sumber kuasa untuk menghidupkan enjin kereta anda. Bateri mudah alih digunakan untuk jumper bateri kereta tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Bateri jenis ini biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas. Ia akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang rosak.

Cara Jumper Kereta yang Betul
Bateri kereta anda tiba-tiba kong? Enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan? Tidak tahu cara jumper kereta dengan betul? Jangan risau – CARSOME menyenaraikan cara jumper kereta yang mudah dan selamat untuk membantu anda sekiranya situasi sebegini berlaku kepada anda:

1. Matikan Enjin
Dalam situasi yang memerlukan anda untuk jumper bateri kereta dengan bantuan kereta ‘penderma’, anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan.

2. Parking Dekat
Kemudian, parking kereta ‘penderma’ berdekatan dengan kereta anda. Letakkan kenderaan sedekat yang mungkin supaya kabel jumper kereta boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Namun begitu, pastikan kedua-dua kereta ini tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ia mungkin boleh menyebabkan insiden berbahaya lain yang tidak diingini.

3. Cabut Kunci
Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan, cabut kunci dan buka bonet hadapan kenderaan anda.

4. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif
Sambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati. Mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘penderma’. Terminal positif biasanya mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang rosak.

5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif
Kemudian, sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘penderma’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan benda logam yang tidak bercat pada kereta yang rosak seperti batang besi bonet hadapan.

6. Hidupkan Enjin
Hidupkan enjin kereta ‘penderma’.

7. Tunggu Sebentar
Tunggu beberapa minit. Kemudian, cuba hidupkan enjin kereta yang rosak. Jika ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, kereta anda mungkin menghadapi masalah lain selain daripada masalah bateri.

8. Biarkan Enjin
Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.

9. Cabut Kabel Jumper Kereta
Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda hanya perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang rosak, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘penderma’, kabel merah pada kereta yang rosak dan kabel merah pada kereta ‘penderma’.

10. Pandu Uji
Selepas kabel jumper kereta ditanggalkan, pandu kereta dalam keadaan trafik yang normal selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.]


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Kenapa Perlu Top Overhaul Dan Full Overhaul Motorsikal


Overhaul adalah proses pembaraian enjin secara total..
Ada yang cakap overhaul sama semaksud barai enjin atau turun enjin..

Kenapa perlu Overhaul
1-Bila kuasa enjin dah mula berkurangan tahap perfomancenye dan kuat makan minyak. mungkin salah satunya berpunca dari pemendapan karbon

2-Bila komponen enjin iaitu sampai satu masa, komponen dalam enjin akan menjadi haus...
contohnya.. bearing, oil seal dan lain-lain...maka proses overhaul perlu dilakukan untuk menggantikan kannya.

3-Bila motorsikal kita dilanda masaalah dalaman.. contohnya apabila motor kita keluar bunyi piston ring,conection rod.maka barang-barang yang perlu di tukar contoh nye chain , piston , rod, ring, bearing dan gasket....tapi bergantung pada keadaan.

4-Bila ada kebocoran di bahagian dalam enjin. kebocoran itu menyebabkan enjin akan membakar minyak enjin secara berlebihan. bahasa pasar dipanggil makan minyak enjin / hitam.Biasenye kalau makan minyak hitam ring piston dah longgar tukar saje bahagian piston ring.....

5-Bila motor tersebut enjin jammed.. Banyak melibatkan penukaran barang yang terlibat. Sebab tu dinasihatkan supaya overhaul sebelum enjin jem..sebab selepas enjin jem lagi banyak barang dalaman yang perlu ditukar kemungkinan piston lekat, ring lekat, piston pecah, piston pin patah atau rod bengkok

6-Bila enjin overheating, minyak hitam kering dan ini banyak, piston ring/valve seal dah tak tiptop atau oil pump dah tak mantap

Ada 2 jenis overhaul.
1) Top Overhaul
Top Overhaul ni adalah bukak semua area topset atau head block melibatkan head, piston, cam, valve.. Terutama bagi motorsikal 4 lejang .. top overhaul perlu dibuat untuk menggantikan valve seal, buat setting clearance dan kemudian dibuat grind valve (orang kampung sebut grembal). segala karbon akan dicuci secara manual..

2) Full Overhaul
Full Overhaul melibatkan komponen-kompenan yang kat bahagian bawah seperti block, bearing gearbox, cluth, crank shaft, connecting rod, piston dan ring. Kena turun enjin selain tu kena cuci block.. Selalunya kalau enjin dah jem kena buat full overhaul kerana komponen enjin dirawat satu persatu..



1) Korek = porting blok ni fungsi dia nak melawaskan enjin dan jugak secara amnye nak naikkan power motor kena besar lubang ekos dan 4 lubang udara (besarkan inlet dan outlet) porting ni kita buat kat bahagian head



2) Potong head = tinggikan compression motor. Muka piston akan lebih rapat pada head, dan jumlah tekanan akan bertambah.



3) Rebore = besar kan lubang diameter silinder dan saiz piston (besarkan bore) secare amnye pickup bertambah tapi tak banyak,depends kat saiz piston, dan juga mengubah nisbah mampatan enjin. Rebore ni hanya digunakan untuk block jer



4) Polish = bersihkan lubang-lubang intake kat blok supaye lebih licin dan smmoth.. polish balik intake dan outlet. supaya kelancaran "pernafasan" enjin dapat dipertingkatkan.

Masalah yang perlu dihadapi
Kalau korang nak korek block atau besarkan inlet dengan outlet( kalau besarkan lubang exzos ha tu memang buat problem le)...Yang senang dan nak mudah masuk aje barang racing .. jadi takyah nak susah-susah korek block ke hape ke.. lepas dah tak nak pakai barang racing tukar boleh masuk balik yang original..


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

10 Masalah Ignition Motorsikal Tidak Boleh Hidup

Proses pembakaran petrol di dalam enjin motosikal (ignition) dilakukan oleh palam pencucuh (spark plug) yang menerima arus voltan yang tinggi dari Koil Magnet (Magnetic Coil) melalui Kabel Berpenebat. mungkin ada masalah pada beberapa part ignition motorsikal tersebut .. ni kena buat pemeriksaan terperinci


1- Pemeriksaan Pada Bateri

Periksa bateri mana tau dah kong atau air bateri kurang kena tambah dan cas balik..Tapi klu moto start tak guna batari boleh tapi semput lah. Kadang tu start langsung tak boleh hidup gak. Bateri dah kondem


2. Periksa Fius

Periksa fius pastikan tak terbakar.Kadang tu memang tak perasan dah fius terbakar.. kalau fuse ni terbakar, connection untuk ignition switch dah terputus. kalau fuse putus pun tak boleh start jugak.


3. Periksa Starter Relay

Starter relay berada kat bahagian kanan motor.kat dalam set motor tu.ko tekan starter tak ade bunyi la..relay ko da kong kot.. Kalau bunyi ktik ktik tu starter relay ada problem.. short kan pakai wayer pada bateri...sebelum tu kunci kasi on..tengok dia ada crank ke tidak..


4- Periksa Starter Motor

Starter motor ni memang penting untuk hidupkan motorsikal korang. Mungkin Starter motor dah rosak. Nak kena buka checking apa masalah dia.Keluar starter motor dan test dengan bateri. mungkin carbon starter ajer kotor kena bersihkan dulu ..


5- Periksa Spark Plug

Kadang tu Spark plug pun ye jugak motor tak boleh hidup .. Cuba buka plug motor tu dan check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna.. Kebarang kalian plug terlalu lama dan perlu tukar.
Coil Api
Coil ada dua jnis satu coil letrik dalam enjin sebelah magnet moto dan satu lagi coil spark plug.. Api datang dari "coil magneto".....lepas tu baru dia gi "coil plug"....dan last gi ke "plug".....
-klu single phase ,
dari coil magnet > cdi > coil plug. (ac operation)
dari coil magnet > rectifier> cdi > coil plug. (dc operation)
-klu 3 phase, coil magnet > rectifier /batery > cdi> coil plug


6- Periksa Ignition Coil

Cabut plug dari head start enjin sambil sentuhkan body plug tu kat head, ada tak nampak api karen warna biru keluar. pegang dengan tangan pun ada tak rasa karan. kadang mungkin percikan ada tapi tak kuat sangat.


7- Periksa Coil Magneto

Buka cover belah magneto tengok celah lubang magneto pada "coil api mangeto"..klu "coil" tu ada tanda hitam semacam aje confirm dah kong.. Cuba ganti "coil api" kat magneto....


8- Periksa Katab / rectifier

Katab ader dua jenis litar iaitu rectifier dan regulator... litar pengubah arus ulang alik ke arus terus(arus yang digunakan oleh bateri motor, kereta dan sebagainya) namanye rectifier... kalau litar nie tak rosak, lampu masih dapat dinyalakan... kalau lampu boleh dinyalakan tapi terlalu terang dan menyebabkan lampu bakar bermakna litar regulator rosak.... fungsi regulator nie untuk mengawal voltan supaya tidak terlalu tinggi... kalau regulator rosak bateri cepat rosak dan menyebabkan bateri tak dapat menyimpan cas.. kalau rectifier rosak, bateri langsung tak dapat cas .katab ni kalau kong dia tak boleh cas bateri..dan bateri jadik weak. klu biarkan pakai katab/ rectifier rosak pun boleh jahanamkan bateri Sebab ade kebocoran arus.


9- Pemeriksaan CDI

CDI (Capasitor Discharge Ignition) inilah yang menentukan timing spark untuk spark plug. Ada setting advance , ada setting retard. kalau CDI dah tukar tapi masih takleh start bermakna kemungkinan besar voltage bateri tak masuk atau keluar dari CDI. mungkin ada wayar putus.... Kalau dah buat penukaran CDI standart kepada CDI Racing. memang selalu dengar CDI tu cepat rosak berbanding kalau pakai CDI Standart. Ini kerana Chip IC didalamnya dipasang dengan unit yg lebih berkuasa (menguatkan dan menetapkan arus sentiasa tinggi). pro nya ialah 'api' akan jadi lebih kuat. kontra nya, apabila 'api' jadi lebih kuat, haba pun meningkat. jadi, ia akan mencairkan perumah CDI unit dan merosakan Chip IC didalamnya. sebab tu CDI racing jarang tahan lama.

10- Pemeriksaan Wiring motorsikal

Kena cari wireman dan detect tang mana karan takde. paling penting adakah karan dari bateri sampai ke suis, sampai ke CDI atau komponen penting untuk hidupkan enjin. Mungkin juga wiring motorsikal ada problem.. Mungkin short ni kena hantar pomen buat pemeriksaan check satu-satu


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda