Kebaikan Dan Keburukan Beli Kereta Baru Atau Terpakai


Setiap orang ada sebab tersendiri untuk memiliki kereta. Tetapi sebelum membeli kereta, beberapa faktor perlu diambil kira terutama sekali fakor kewangan. Ini kerana memiliki kereta akan mengikat kita dengan komitmen untuk beberapa tahun bergantung kepada berapa lama kita ingin menggunakan kereta tersebut.

Sebelum decide untuk membeli kereta, perlu ingat bahawa :
Kereta sebenarnya bukan lah 'aset' yang naik nilainya. Ia mengalami mengalami susut nilai. Memiliki kereta memerlukan belanja-belanja dan kos lain.


Susut Nilai Kereta
Setiap kereta yang dibeli sama ada kereta baru atau terpakai, akan mengalamai susut nilai. Kereta baru biasanya akan mengalami susut nilai yang amat tinggi untuk 2-3 tahun pertama. Jika anda beli kereta baru, keluar sahaja dari 'showroom' dan kereta telah didaftarkan atas nama anda, kereta tersebut telah mengalami susut nilai beberapa ribu ringgit. Ada kereta yang nilainya terus turun sehingga 20-30% - bergantung kepada jenis dan jenama. 

Berbanding kereta terpakai, susut nilainya pula agak kecil. Semakin lama kereta itu, susut nilainya setiap tahun adalah semakin kecil. 

Katakan kereta baru di showroom yang dijual pada harga RM 70,000. Jika anda ingin menjualnya terus pada hari tersebut, harga RM 60,000 pun dah susah untuk anda mencari pembeli. Itupun anda dah hilang nilai RM10,000 (14%).

Sesetengah pihak mengatakan, kereta akan mengalami susut nilai yang sangat besar pada tahun pertama. Selepas 3 tahun, penurunan susut nilainya semakin kecil dan mula 'mendatar'. Mungkin tahun pertama nilainya hilang 20%, tahun kedua 15% dan tahun ketiga 10% sahaja. Dan tahun-tahun berikutnya ia hanya akan mengalami susut nilai sebanyak 5-10% setahun. Biasanya bergantung kepada jenama kereta. 

Contoh: 
Kereta baru bernilai RM 70,000
Tahun pertama ; Susut nilai = RM 14,000 (20%) dan nilai kereta = RM56,000
Tahun kedua  ; Susut nilai = RM 7,000 (10%) dan nilai kereta = RM49,000
Tahun ketiga  ; Susut nilai = RM 7,000 (10%) dan nilai kereta = RM42,000
Tahun keempat  ; Susut nilai = RM 3,500 (5%) dan nilai kereta = RM38,500

Ikut pengiraan contoh ini, selepas 3 tahun kereta itu hanya berharga RM 42,000. Anda dah hilang RM 28,000 (40% dari harga kereta) dalam masa 3 tahun sahaja!! Sanggup?? 

Dan sebab itu ada pihak yang menyarankan, jika ingin beli kereta, belilah kereta yang berusia 2-3 tahun kerana anda akan selamat dari susut nilai BESAR di 2 tahun pertama kereta tersebut. Tetapi faktor lain kena ambil kira juga ye sebelum membuat keputusan membeli kereta tesebut.

Anda mungkin boleh cuba buat carian di mudah.my atau carlist.com.my untuk semak harga kereta baru, kereta terpakai (selepas setahun) dan kereta terpakai selepas 2 tahun. Dan kemudian anda boleh kira atau congak berapa susut nilai kereta idaman anda tersebut jika anda beli kereta baru.

Kalau anda rasa tidak sanggup atau tidak mampu menanggung impak susut nilai yang besar untuk kereta baru, jadi mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki kereta terpakai. Tepuk poket baru tanya selera!!


Kadar Interest Pinjaman Kenderaan - Kereta Baru dan Kereta Terpakai (Used)
Bagi saya, faktor ini juga perlu diambil kira. Jadi anda kena betul-betul buat pengiraan dan perbandingan sebelum memiliki sebuah kereta - sama ada baru atau terpakai.

Untuk pinjaman bagi kereta baru, kadar interest / kadar keuntungan pinjaman yang dikenakan oleh bank adalah lebih rendah berbanding pinjaman untuk kereta terpakai. Biasanya kadar interest pinjaman sekitar 2.5%-4% bagi kereta baru.  Anda mungkin boleh dapat pinjaman pada kadar serendah 2.5% jika memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak bank.

Manakala bagi kenderaan terpakai pula, kadar interest pinjamannya pula sedikit tinggi. 

Katakan Kereta Baru 
Harga RM 60,000 ; Kadar pinjaman 3.75% ; tempoh pinjaman 7 tahun.
Jumlah interest / caj keuntungan = RM 2,250 setahun (RM 15,750 = 7 tahun)
Bayaran bulanan = RM 901 sebulan

Katakan Kereta Terpakai
Harga RM 50,000 ; Kadar pinjaman 4.25% ; tempoh pinjaman 7 tahun.
Jumlah interest / caj keuntungan = RM 2,125 setahun (RM 14,875= 7 tahun)
Bayaran bulanan = RM 772 sebulan

Berdasarkan contoh pengiraan ini, membeli kereta baru anda membayar sebanyak RM901 sebulan, berbanding hanya RM 772 sebulan untuk kereta terpakai. Tetapi kereta baru anda mungkin dapat "kereta baru" dari segi teknologi serta tak perlu pening untuk kos-kos penyeleggaraan (maintenance) untuk beberapa tahun pertama. 

Jadi kalau beli kereta, tanya salesman kereta option bank yang dia ada. Ada sesetengah salesman akan terus suggest untuk bank tertentu kerana bank tersebut menawarkan komisen agak tinggi kepada dia. Kalau anda rajin, anda boleh tanya bank terus....kena buat survey sendiri la. 

Call mana-mana cawangan bank, minta bahagian kredit pinjaman kereta dan terus tanya kadar pinjaman untuk kereta yang anda nak beli. Ada bank menawarkan rate yang berbeza untuk jenama yang berbeza.


Bayaran Deposit Kenderaan - Kereta Baru dan Kereta Terpakai (Used)
Untuk membeli kereta baru, kadang-kadang anda hanya perlu membayar 'booking' fee yang rendah sahaja tanpa deposit. Dan pinjaman bank pula bergantung kepada bank yang anda pilih. Jika pinjaman sehingga 100%, jadi tak perlu lah anda membayar deposit.  Manakala jika pinjaman hanya 90%, maka deposit 10% perlu disediakan.

Untuk booking fee, sila dapatkan resit dari salesman dan pastikan resit betul dan sah dari kedai/dealer. Jangan lupa tanya betul-betul sama ada refundable atau tidak dan sebagainya. Kadang-kadang masa kita bayar booking, dijanjikan kereta 2-3 minggu, tetapi selepas 2 bulan kereta tak dapat-dapat. Masa tu mungkin anda mula bercadang untuk beli kereta lain.

Bagi kereta terpakai pula,  pinjaman dari bank jarang untuk dapat setinggi 90% dan apatah lagi 100%. Mungkin anda hanya layak pinjaman sehingga 70% sahaja, ini bergantung kepada jenama dan juga usia kereta tersebut. 

Berapa banyak bank boleh offer, juga anda kena tanya salesman atau call terus pihak bank. Makin rendah jumlah pinjaman yang anda dapat bermakna makin besar deposit atau baki pinjaman yang perlu dibayar secara cash!!

Jadi sekali lagi, tepuk poket danbaru tanya selera nak pakai kereta apa.


Kos Petrol Kereta - Kereta Baru dan Kereta Terpakai (Used)
Untuk memiliki kereta, selain bayaran bulanan anda juga perlu ambil kira kos-kos lain. Ada sesetengah orang, hanya kira budget untuk bayaran bulanan kepada bank sahaja. Bila dah dapat kereta baru terasa budget bulanan sudah lari jauh dan mula rasa tertekan apabila perlu keluarkan duit untuk kos-kos lain.

Kos petrol perlu diambil kira dimasukkan dalam budget bulanan. Jangan kira kemampuan untuk bayar pinjaman kepada bank sahaja tetapi tidak ambil kira kos petrol. Nanti memakan diri. 

Jika dah beli kereta, pasti 'langkah' anda akan bertambah panjang dan jauh. Kereta akan sentiasa menjerit minta diisi petrol. Dan tambahan pula sekarang harga petrol yang sekejap turun dan sekejap naik (banyak naik), faktor ini juga perlu diambil kira semasa membuat pilihan mebeli kereta.

Kereta baru (lebih baru) biasanya mempunya teknologi penggunaan minyak yang lebih menjimatkan berbanding kereta terpakai atau kereta lama. Tetapi perbandingan perlu dibuat Apple to Apple. 

Kereta berCC besar , bersaiz besar sudah pasti penggunaan minyaknya lebih tinggi berbanding kereta bersaiz kecil (compact) dan yang berCC kecil. Tetapi faktor penyelenggaraan juga akan menainkan peranan nanti.

Jadi, jika ingin mebeli kereta terpakai carilah yang tidak terlalu lama dimana fuel consumptionnya agak rendah dan menjimatkan....lebih-lebih lagi jika anda akan menggunakan kereta tersebut setiap hari. 



Kos Penyelenggaran Kenderaan (Maintenance) Dan Servis.
Ini juga faktor yang perlu diambil kira. Kenderaan baru kebiasaannya memerlukan kos penyelenggaraan atau kos maintenance yang lebih rendah berbanding kereta terpakai.

Ada sesetengah jenama menawarkan free service and maintenance untuk beberapa tahun atau sehingga kilometer tertentu. Jadi mungkin dengan kenderaan baru, kos penyelenggaraan sedikit kurang. Tapi jangan lupa, sesetengah kenderaan dan jenama, untuk memastikan "waranty" yang ditawarkan masih terpakai, anda perlu servis kereta di pusat servis yang berdaftar dan mengikut jadual. Jadi kos servis perlu diambil kira. Tak semua jenama kereta memberi "free service", ada yang hanya 'free' untuk spare part yang dalam warantty dan anda perlu bayar labour caj. Ini anda kena tanya salesman betul-betul akan promosi atau term and con service yang ditawarkan.

Berbanding dengan memiliki kenderaan terpakai, anda tidak terikat sangat untuk servis kenderaan di pusat servis yang ditetapkan. Anda boleh pilih pusat servis atau pilihan sendiri. Mungkin kos lebih murah berbanding jika servis di pusat yang ditetapkan.

Itu bab servis bagi kereta terpakai. Dan perlu ingat juga kereta terpakai ni dah digunakan dan pasti banyak part yang perlu diganti kerana "wear n tear". Mungkin owner lama jual sebab tak mahu pening kepala repair atau ganti part-part tertentu di kereta tu, sebab tu dia jual kereta tersebut.

Jadi untuk membeli kereta terpakai, perlu di periksa dengan teliti dan seelok-eloknya bawa mekanik untuk membantu buat pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai tersebut. Buat pemeriksaan betul-betul untuk elak kereta terpakai tersebut membuat anda pening kepala.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta Anda


1. Nak cermin lebih tahan lama? Selalu lah tempatkan kenderaan anda di kawasan yang teduh. Elakkan meninggalkan kenderaan di bawah sinaran matahari lebih2 lagi untuk tempoh masa yang lama. Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti cermin kereta anda sekaligus mengurangkan daya ketahanan serta jangka hayatnya. Lapisan pelindung cermin akan lebih mudah rosak dan sekiranya cermin ada keretakan, ia akan merebak dan mungkin pecah.


2. Rajinkan diri untuk membersihkan cermin serta pengilap cermin (wiper) dari pasir-pasir halus. Udara sekeliling kita membawa bersama partikel-partikel halus seperti habuk, pasir dan lain2. Partikel-partikel halus inilah kemudiannya akan mengakibatakan cermin anda menjadi calar-balar. Apabila anda hidupkan pengilap cermin yang tidak dibersihkan, ia akan menyeret bersama pasir-pasir halus tersebut. Jadi untuk mengelakkan keadaan ini, pastikan anda bersihkan ia.


3. Pernah tak batu-batu kecil dari lori terkena pada cermin kereta anda? Lepas tu cermin pun retak. Nak biar berapa lama pula cermin tu? Haa inilah sikap rakyat Malaysia, punya nak berjimat kadang2 dekat 10 tahun guna kereta tu, keadaan cermin masih sama. Sebenarnya, cermin yang retak mestilah diperbaiki dengan segera. Jangan biarkan sahaja kerana ia boleh membawa kesan bahaya sekiranya tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin boleh pecah pada waktu yang tidak dijangka. Boleh bayangkan tak?


4. Tips mudah nak jaga cermin supaya tidak kotor dan berminyak, elakkan meletak kenderaan anda berdekatan dengan kedai makan terutamanya di bahagian dapur kedai makan tersebut. Kerana apa? Orang masak menggunakan minyak, minyak-minyak itu nanti akan mudah melekat pada cermin kereta anda. Cermin akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan nanti.




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Motor Mati Tiba-Tiba - Apa Perlu Buat?

Tengah elok jalan motor mati secara tiba-tiba, apa punca dia dan cara menyelesaikan masalah ini jika anda berkemampuan. Namun dibawah akan diberikan tips mudah untuk buat walaupun anda bukan mekanik.

Untuk mencari punca motor tiba-tiba mati sendiri biasanya hanya ada 3 perkara perlu dilakukan

  • Cek Petrol
  • Cek Api
  • Cek Karburator

Cara Mencari Punca Motor Mati Tiba-Tiba


Buka penutup tangki minyak motosikal dan lihat aras minyak  petrol anda benar-benar ada ataupun sudah kering.

Jangan terlalu pandukan pada meter motosikal kerana kemungkinan masalah meter rosak boleh berlaku tanpa kita sedari meter rosak menunjukkan tanda aras yang salah.

Jika minyak masih ada atau kejadian ini berlaku setelah anda baru sahaja selesai isi minyak ada lebih baik anda cuba pastikan yang ia benar-benar petrol atau diesel. Anda boleh bau atau rasa guna jari.

Anda boleh bau atau rasa guna jari. bau petrol sedikit memeritkan hidung berbanding diesel dan apabila disentuh diesel dirasakan licin seperti air sabun.Petrol dirasakan sejuk pada kulit,tidak pada diesel.kesan atau tanda-tanda dari kesilapan ini ialah ekzos berasap banyak


Periksa Spark Plug


Periksa nyalaan motosikal  pada spark plug dan lihat samada kondisi plug masih baik atau sudah rosak.Tanda-tanda plug rosak yang mudah untuk dilihat ialah mengenai rupa pada bahagian tengah elektrodnya .warna hitam memungkinkan kerosakan plug.

Jika anda tidak tahu cara test spark plug ada lebih baik terus tukar plug baru dan setelah itu cuba hidupkan enjin kembali.Itu jika anda mempunyai alatganti atau boleh minta orang belikan_Plug atau palam pencucuh adalah alatganti motosikal yang paling penting dan wajib ada yang spare bagi sesebuah motosikal


Minyak Kena Buka


Bagi sesetengah motor pada bahagian karburator ada alat yang dinamakan petcock minyak iaitu bahagian yang mana berfungsi sebagai buka dan tutup kemasukan minyak ke karburator.

Pastikan ia berada pada keadaan buka.Tutup bermakna minyak tidak dibekalkan dan enjin motosikal tidak boleh hidup tanpa minyak sebagai bahan api.


Karburator Tersumbat


Yang kedua apa patut anda lakukan ialah periksa petrol pada kaburator.Kemungkinan berlaku masalah karburator masuk air,kotor atau karburator tersumbat.


Bateri Mati


Sesetengah motosikal, menggunakan sistem DC-CDI yang mana bateri adalah sumber nyalaan enjin. Bermakna kalau bateri ‘mati’ motosikal pun akan mati.

Lihat pada panel meter yang kebiasaanya lampu indikator menyala sekarang sudah hilang dan horn,signal pun tidak ada, jika begitu cari fius bateri(berdekatan bateri) gantikan dengan yang spare jika fius putus. 

Gantikan bateri baru jika bateri rosak.


Coil plug, Coil magnet, Cdi mati


3 komponen penting dalam sistem elektrik(wiring) motosikal berfungsi memberi pengapian kepada semasa proses pembakaran dalaman berlaku. Motor mati secara tiba-tiba adalah salah satu tanda di antara coil plug, coil magnet atau cdi rosak. 

Biasanya akan ada tanda-tanda awal akan dialami seperti motor semput-semput atau susah start/ susah nak hidup sepertinya.

Boleh di check pengapian samada benar-benar coil atau cdi rosak atau tidak, jika rosak tak ada api boleh diganti baru.



Pastikan Anda Sentiasa Ada Sparepart Dan Basic Tools Untuk Emergency 👇




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Apa Perlu Buat Sekiranya Enjin Kereta Overheat?


Jika anda sedang berada dalam kesesakan lalu lintas dan menyedari ada asap putih atau wap keluar daripada bonet hadapan kereta anda – kekal tenang. Ambil langkah-langkah berjaga-jaga dan praktikkan perkara-perkara berikut:

1. Jangan Panik
Sekiranya anda berdepan situasi temperature kereta naik sebegini secara tiba-tiba semasa memandu, kekal tenang dan jangan panik. Perlahankan kenderaan dan segera bergerak dengan berhati-hati menuju ke bahu jalan. Dalam situasi panik sebegini, ada sesetengah pemandu yang mula menekan brek secara mengejut setelah mendapati kereta mula berasap. Perbuatan sebegini amat berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kemalangan yang lebih serius. Oleh itu, kekal tenang.

2. Jangan Teruskan Pemanduan, Cari Lokasi Selamat untuk Berhenti
Jika lampu amaran suhu enjin menyala atau jarum tokok suhu anda berada dalam zon merah, jangan teruskan pemanduan dan segera berhenti di bahu jalan. Meneruskan pemanduan semasa enjin kereta overheat boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius (dan lebih mahal) pada enjin anda.
  • Segera matikan aircond kereta untuk mengurangkan tekanan pada enjin. Aircond kereta yang dibiarkan beroperasi semasa kereta overheat boleh meningkatkan beban pada enjin.
  • Jika selamat, buka bonet hadapan kereta bagi membolehkan pengaliran haba yang lebih baik dan membantu haba hilang dengan lebih cepat.
  • Biarkan enjin kereta sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit. Setelah enjin kembali sejuk, periksa tokok suhu kereta sama ada ia kembali ke tahap normal atau tidak.
3. Jangan Buka Bonet Serta-Merta
Setelah berhenti, tunggu sehingga enjin kereta sejuk terlebih dahulu sebelum membuka bonet untuk memeriksa enjin anda. Ini kerana, perbuatan membuka bonet hadapan dengan serta-merta semasa suhu enjin masih panas boleh meningkatkan risiko melecur atau tercedera disebabkan oleh wap atau asap. Tunggu sehingga tokok suhu menurun sebelum buka bonet hadapan.

4. Jangan Biarkan Isu Berlarutan
Secara amnya, enjin kereta yang rosak perlu dibaiki dengan segera kerana ia boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan. Setelah enjin sejuk, cuba hidupkan enjin kereta. Jika enjin kereta berbunyi tetapi kereta tak boleh start, minta bantuan trak tunda untuk menunda kereta anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Namun jika ia berjaya dihidupkan, bawa kereta anda dengan berhati-hati dan sentiasa perhatikan tokok suhu semasa memandu. Jika temperature kereta naik semula, segera berhenti dan biarkan sejuk.

Diagnosis enjin kereta yang lengkap boleh membantu mengenal pasti punca temperature kereta naik. Selain itu, ia juga boleh membantu anda mendapatkan penyelesaian terbaik terhadap isu yang berlaku. Jika kereta overheat, anda juga boleh lakukan pemeriksaan seperti berikut:

Kenal pasti sebarang tanda kebocoran, kerosakan yang berlaku jika ada. Air coolant kering boleh menyebabkan enjin kereta overheat.

Periksa dan tambah air coolant jika perlu. Kebanyakan punca kereta overheat berlaku disebabkan air coolant kereta yang tidak mencukupi.


Tips Elakkan Temperature Enjin Kereta Naik
Sebelum anda memulakan roadtrip bersama keluarga atau rakan, anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengelakkan masalah kerosakan kereta seperti enjin kereta overheat mengganggu mood percutian anda:
  1. Periksa radiator kereta sama ada terdapat risiko radiator tersumbat (daun kering, serangga, lumpur dan sebagainya) yang boleh menyekat aliran udara;
  2. Pastikan tahap air coolant berada pada tahap yang sesuai dan mencukupi;
  3. Periksa timing belt kereta anda – timing belt rosak atau haus berpotensi menjejaskan fungsi enjin;
  4. Lakukan pemeriksaan terhadap penutup radiator kereta anda – spring penutup yang sudah longgar tidak dapat mengekalkan tekanan yang diperlukan dalam radiator;
  5. Lakukan pemeriksaan yang menyeluruh ke atas kereta anda sebelum memulakan perjalanan.
  6. Minta bantuan mekanik yang dipercayai untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki sebarang kerosakan, jika ada.




Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Simpan Motor Untuk Bercuti


SUDAH lumrah untuk warga kota terutama kaum lelaki memiliki motosikal untuk kegunaan harian meskipun mempunyai kereta untuk mengelak kesesakan lalu lintas, menjimatkan belanja dan sebagainya.

Apabila pulang bercuti bagi menyambut lebaran di kampung, biasanya motosikal akan ditinggalkan di rumah dalam tempoh agak lama.

Di bawah adalah tip untuk mengatasi masalah tersebut:

1) Jika mahu meninggalkan motosikal dalam tempoh lama, luangkan sedikit masa untuk memastikan motosikal dalam keadaan bersih dan kering. Langkah ini bagi mengelak karat di mana-mana bahagian.

2) Isikan tangki motosikal dengan minyak yang penuh atau kalau tidak, pastikan ianya benar-benar kosong. Hal ini bagi mengelak berlakunya karat kerana proses penguapan petrol apabila motosikal ditinggalkan dalam tempoh lama.

3) Parkir motosikal di tempat yang terhindar daripada panas dan hujan seperti dalam garaj.

4) Sebaiknya cabut dulu bateri motosikal dan simpan di tempat yang kering dan bersih.

5) Parkir motosikal gunakan topang ganda. Alaskan dengan kayu pada permukaan tayar yang menempel ke
lantai untuk mengelak tekanan yang boleh membuat angin tayar cepat berkurang.

6) Kunci motosikal kemudian tutup menggunakan kain pelindung.

7) Bila ditinggal lama, minyak pelincir motosikal akan turun ke bahagian bawah enjin. Saat menghidupkan semula enjin nanti, jangan terus menderumkan enjin atau membuka gas terlalu besar. Sebaiknya hidupkan enjin dengan menggunakan starter kaki (kick starter) untuk mengurangkan kerja dinamo starter dan bateri.






Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda