MARI BELAJAR CARA PARKING KERETA

Parking kereta satu benda yang agak melemahkan terutama bagi kaum wanita... Banyak jumpa orang perempuan ni, kalau parking, aduhai..suka hati saja... senget lah, dan makan ruang parking kereta lain... lelaki pun ada juga, tapi kaum wanita lebih lagi...

Jadi, jom belajar cara parking kereta supaya tak menyusahkan orang lain...

PARKING BERJAJAR 


Gunakan lampu signal ketika nak parking di tempat yang dituju.
Setelah keadaan lengang. pastikan tidak ada yang melintas.

Step 1: Terus ke depan, Step 2: Kemudian reverse ke belakang.

Masuk dari belakang, sebab lebih senang dan memudahkan nak keluar berbanding masuk dari depan.


PARKING SERONG / MIRING


Gunakan lampu signal ketika nak parking kat tempat yang dituju.
Pastikan tidak ada yang melintas.

Parking jenis ni pun lebih mudah... Tapi bila serong macam ni, tak kisah nak masuk dari depan atau belakang... sebab senang nak keluar nanti...


PARKING PARALEL


STEP 1
PARKING paralel adalah posisi parking yang dianggap susah untuk melakukannya oleh sebahagian orang. Perlu trik khusus dan latihan untuk dapat melakukannya dengan lancar dan baik.

Perkirakan bahawa ruang untuk parking lebih besar dari ukuran panjang kereta kita, majukan kereta hingga sejajar dengan kereta yang parking tersebut.

Pastikan ada jarak kira-kira satu meter dari kereta yang parking dengan kereta kita.

STEP 2
Masukkan dari belakang/reverse (R), kemudian putar stereng ke sisi arah tempat parking.
Mundurkan perlahan.. Perhatikan sudut bahagian belakang kereta yang parking.

STEP 3
Ketika posisi kereta sudah miring /diagonal 45 darjah, luruskan stereng sambil mundur perlahan.

STEP 4
Ketika hampir mendekati petak PARKING, putar balik  stereng ke arah luar, sambil mundur perlahan.

STEP 5
Tukar gear 1 atau D (untuk transmisi automatik), belokkan stereng ke sisi dalam untuk meluruskan posisi kereta.

STEP 6
Bila perlu.. mundurkan kembali kereta hingga antara kereta depan dan kereta belakang sama jaraknya.

Step ini diajar masa latihan nak ambil lesen memandu... tapi jarang kita praktikkan. 


PARKING DI BUKIT DALAM KEADAAN MENDONGAK


Jangan anggap remeh parking di bukit, kemungkinan brek tangan bermasalah boleh terjadi pada kenderaan kita. Agar kereta tidak meluncur ke tengah jalan, maka ikuti tips ini:
.
Pusing stereng dan belokkan, tidak perlu hingga habis, sehingga selamat untuk power steering system yang masih menggunakan hidrolik (oil power steering).


PARKING DI BUKIT DALAM KEADAAN MENURUN


Sama seperti parking dalam keadaan menaik, kemungkinan brek tangan bermasalah boleh terjadi pada kereta kita. Agar kereta tidak meluncur ke tengah jalan, maka ikuti tips ini.

Pusing stereng dan belokkan, tidak perlu hingga habis, sehingga selamat untuk power steering system yang masih menggunakan hidrolik (oil power steering).



Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Tayar Pancit Di Highway Plus Untuk Pemandu Wanita


Panik tak ? jika anda pemandu wanita , hanya memandu berseorangan dengan anak-anak , tiba-tiba tayar kereta anda pancit. Anggaran perjalanan 4-5 jam untuk 365 kilometer. Untung nya kerana saya sedar tayar kereta saya pancit semasa membelok masuk ke kawasan R&R Rawang. Tayar kereta kempis betul .. sehingga bila bergerak untuk parking , berbunyi bunyi .. tak tahu nak taip macam mana .. Perjalanan  masih jauh dari Kuala lumpur menuju ke Taiping. Dan saya baru je mulakan perjalanan beberapa minit sehingga rawang tu..

TIPS PENTING JIKA TAYAR KERETA ANDA PANCIT 
  1. Cari tempat parking kereta yang selamat , apabila menyedari tayar pancit ( raya streng kereta goyang-goyang ) perlahan kan kenderaan , pasang lampu kecemasan , parking tepi jalan , jika kawasan parking tu tak sesuai kenalah keluar dari kenderaan.
  2. Kalau sempat berhenti di R&R lebih selamat sebab ramai orang.
  3. Jangan sebarang minta pertolongan dengan orang tak kenal. Jika ada yang tanya beritahu dah hubungi peronda. Tapi ikut situasi juga kot. Ramai yang kena tipu … jadi elakkan lah.
  4. Hubungi peronda plus secepat mungkin. Beritahu lokasi , no plat kereta ( lokasi boleh tengok di waze atay gps )
  5. Talian hot peronda 1800 88 00 00. Boleh baca di belakang kad tol.
  6. Peronda plus akan tolong tukarkan tayar kereta tanpa apa-apa bayaran. Jangan risau. Tapi boleh beri duit belanja minum jugak.

TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN
  • Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) – 03-2692 0000
  • Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) – 03-732 9222
  • Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) – 03-733 7188
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
  • Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
  • Lebuhraya Kulim – Butterworh ( BKE )-04-398 6969
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
  • Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
  • Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
  • Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) – 1-800- 880999

Standby Satu Dalam Kereta 👇


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Cara Jimat Wangikan Bau Kereta Macam Baru!


Nak wangikan bau kereta tak semestinya anda perlu menggunakan gel pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran. Sebenarnya ada bahan dari dapur yang lebih menjimatkan boleh anda guna untuk wangikan bau kereta.

Tidak dinafikan bau kereta yang hapak dan busuk boleh mengganggu mood pemanduan, apatah lagi jika anda memandu dalam tempoh yang lama. Oleh itu adalah penting untuk anda wangikan bau kereta agar anda lebih selesa.

Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.

1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.

2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.

3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.

4. Satu sudu besar kopi Nescafe.


Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Punca Kenapa Motorsikal Tidak Boleh Hidup Selepas Cuci

BUKAN kereta saja, kebersihan motosikal pun perlu diambil berat. Rutin mencuci motosikal perlu kerap dilakukan, lebih-lebih lagi jika dijadikan pengangkutan harian. Ini kerana motosikal mempunyai banyak bahagian komponen yang terdedah kepada persekitaran.

Tetapi, jangan pula ambil mudah pasal hal mencuci motosikal. Asalkan siram saja.  Bimbang kalau selepas selesai cuci, motosikal boleh tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Naya...

Apakah perlu dibuat jika situasi tersebut benar-benar berlaku? Cuba periksa 3 komponen di bawah ini:

KARBURETOR


Ketika mencuci, air mungkin termasuk ke dalam mangkuk karburetor. Komponen ini berfungsi menakung petrol yang akan disalurkan kepada venturi. Ia juga dijadikan penutup untuk melindungi komponen seperti pelampung dan main jet.

Kehadiran air semestinya akan menjejaskan operasi menghidupkan motor. Penyelesaian, cuba buka mangkuk karburetor, pastikan tiada air. Ttapi sebelum itu tutup dulu choke minyak untuk menyekat bekalan petrol.

SISTEM PENCUCUHAN


Bukan hanya palam pencucuh, bahagian elektrod palam pencucuh juga mungkin mengalami kelembapan akibat terkena air ketika dicuci. Selain pastikan ia kering, periksa juga status elektrik. Caranya, pasangkan palam pencucuh pada tempatnya dan sambungkan palam pencucuh pada blok atau kepala silinder.

Hidupkan motor guna penghidup penendang. Kalau ada percikan api keluar, maka elektrik daripada motor tidak bermasalah.

SOKET PALAM PENCUCUH


Soket palam pencucuh juga boleh bermasalah kerana air boleh masuk dengan mudah ke bahagian tersebut. Soket  ialah bahagian yang menghubungkan kabel palam pencucuh dengan palam pencucuh. Bagi membersihkannya, hanya perlu tanggalkan soket dan bersihkan dengan kain kering.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Tersalah Isi Minyak Motor


Takpe, kalau korang berada dalam situasi ni, jangan gelabah dan jangan jem dulu. Yang paling penting, jangan terlampau ralit memikirkan kerosakkan apa yang bakal jadi la atau menyesal lah.. Perkara yang korang perlu buat adalah;

  • Lepas tersalah isi, jangan sambung isi dengan petrol! Kalau dah salah tu, pergi kaunter dan mintak duit korang balik.
  • Jangan sesekali hidupkan enjin motor korang! Selagi tak start, selagi tu lah ia masih boleh diselamatkan dgn kos yg rendah. Kalau guna carburater, ia perlu diservis, kalau injection, injecter perlu dibuka dan dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Haa banyak nak kena buat!
  • Tolak motor korang ketepi. Kang orang bising pulak kalau duduk lama2 kat pam minyak tu..Orang lain pun nak isi minyak juga!
  • Telefon mekanik atau tunda motor untuk ke bengkel yang berdekatan. Jangan cuba nak start motor!
  • Jangan terbalikkan motor dan buang minyak ke lantai/jalan..  Malu kat orang!
  • Bagi mengelakkan kejadian ni berlaku, tengok warna pam nozel tu ataupun label yang diletakkan. Ada jugak sesetengah stesen petrol yang bubuh penutup besi untuk mengelak perkara mcm ni berlaku.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda