Cara Jimat Wangikan Bau Kereta Macam Baru!


Nak wangikan bau kereta tak semestinya anda perlu menggunakan gel pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran. Sebenarnya ada bahan dari dapur yang lebih menjimatkan boleh anda guna untuk wangikan bau kereta.

Tidak dinafikan bau kereta yang hapak dan busuk boleh mengganggu mood pemanduan, apatah lagi jika anda memandu dalam tempoh yang lama. Oleh itu adalah penting untuk anda wangikan bau kereta agar anda lebih selesa.

Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.

1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.

2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.

3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.

4. Satu sudu besar kopi Nescafe.


Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Punca Kenapa Motorsikal Tidak Boleh Hidup Selepas Cuci

BUKAN kereta saja, kebersihan motosikal pun perlu diambil berat. Rutin mencuci motosikal perlu kerap dilakukan, lebih-lebih lagi jika dijadikan pengangkutan harian. Ini kerana motosikal mempunyai banyak bahagian komponen yang terdedah kepada persekitaran.

Tetapi, jangan pula ambil mudah pasal hal mencuci motosikal. Asalkan siram saja.  Bimbang kalau selepas selesai cuci, motosikal boleh tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Naya...

Apakah perlu dibuat jika situasi tersebut benar-benar berlaku? Cuba periksa 3 komponen di bawah ini:

KARBURETOR


Ketika mencuci, air mungkin termasuk ke dalam mangkuk karburetor. Komponen ini berfungsi menakung petrol yang akan disalurkan kepada venturi. Ia juga dijadikan penutup untuk melindungi komponen seperti pelampung dan main jet.

Kehadiran air semestinya akan menjejaskan operasi menghidupkan motor. Penyelesaian, cuba buka mangkuk karburetor, pastikan tiada air. Ttapi sebelum itu tutup dulu choke minyak untuk menyekat bekalan petrol.

SISTEM PENCUCUHAN


Bukan hanya palam pencucuh, bahagian elektrod palam pencucuh juga mungkin mengalami kelembapan akibat terkena air ketika dicuci. Selain pastikan ia kering, periksa juga status elektrik. Caranya, pasangkan palam pencucuh pada tempatnya dan sambungkan palam pencucuh pada blok atau kepala silinder.

Hidupkan motor guna penghidup penendang. Kalau ada percikan api keluar, maka elektrik daripada motor tidak bermasalah.

SOKET PALAM PENCUCUH


Soket palam pencucuh juga boleh bermasalah kerana air boleh masuk dengan mudah ke bahagian tersebut. Soket  ialah bahagian yang menghubungkan kabel palam pencucuh dengan palam pencucuh. Bagi membersihkannya, hanya perlu tanggalkan soket dan bersihkan dengan kain kering.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Tersalah Isi Minyak Motor


Takpe, kalau korang berada dalam situasi ni, jangan gelabah dan jangan jem dulu. Yang paling penting, jangan terlampau ralit memikirkan kerosakkan apa yang bakal jadi la atau menyesal lah.. Perkara yang korang perlu buat adalah;

  • Lepas tersalah isi, jangan sambung isi dengan petrol! Kalau dah salah tu, pergi kaunter dan mintak duit korang balik.
  • Jangan sesekali hidupkan enjin motor korang! Selagi tak start, selagi tu lah ia masih boleh diselamatkan dgn kos yg rendah. Kalau guna carburater, ia perlu diservis, kalau injection, injecter perlu dibuka dan dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Haa banyak nak kena buat!
  • Tolak motor korang ketepi. Kang orang bising pulak kalau duduk lama2 kat pam minyak tu..Orang lain pun nak isi minyak juga!
  • Telefon mekanik atau tunda motor untuk ke bengkel yang berdekatan. Jangan cuba nak start motor!
  • Jangan terbalikkan motor dan buang minyak ke lantai/jalan..  Malu kat orang!
  • Bagi mengelakkan kejadian ni berlaku, tengok warna pam nozel tu ataupun label yang diletakkan. Ada jugak sesetengah stesen petrol yang bubuh penutup besi untuk mengelak perkara mcm ni berlaku.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Selamatkan Motor Terkena Banjir


Jangan hidupkan enjin motosikal
Pertama sekali, tolong jangan sesekali hidupkan enjin motosikal dengan menekan penghidup elektrik. Ini bagi mengelakkan daripada terjadinya lintar pintas terhadap kuasa elektrik yang mungkin masih mengalir.

Sebaiknya, tolak dulu motosikal anda ke tempat yang lebih selamat untuk mengeringkannya sebelum meneruskan dengan sebarang pembaikan.

Keluarkan air daripada ekzos
Sebaik sahaja anda sudah berjaya mengalihkan motosikal ke tempat yang lebih selamat, anda boleh keluarkan air yang ada di dalam ekzos motosikal anda dengan menonggengkan motosikal anda itu.

Dalam masa yang sama, buka set penutup bahagian kanan motosikal anda dan buka bahagian kotak angin bagi membuang air yang ada di dalamnya dan biarkan ia terbuka sehingga kering.

Cabut spark plug
Spark plug atau palam pencucuh pada motosikal berfungsi sebagai pembakar campuran udara dan bahan api yang menghasilkan percikan elektrik.

Spark plug perlu dicabut kerana komponen ini agak sensitif dan kebersihannya perlu dijaga. Namun, jika ia sudah terkena banjir seeloknya anda tukarkan sahaja dengan spark plug yang baharu nanti.

Periksa tangki minyak
Kemudian, teruskan dengan memeriksa pula tangki minyak motosikal anda untuk melihat sama ada minyak telah bercampur dengan air banjir ataupun tidak.

Jika sudah bercampur, sila pastikan anda membuang semua isi yang ada di dalam tangki tersebut dan isikan semula dengan minyak yang baharu. Ini kerana jika minyak lama telah bercampur dengan air banjir, motosikal anda boleh mengalami kerosakan yang lebih teruk.

Tukar minyak pelincir
Minyak pelincir wajib diisi pada enjin bagi menghidupkan motosikal. Ia juga diketahui berfungsi untuk melicinkan pergerakan dan geseran pada komponen dalam enjin motosikal. 

Sekiranya motosikal anda sudah terlibat dengan banjir, pastikan minyak pelincir ditukar kerana lumpur daripada banjir yang berkemungkinan sudah masuk ke dalam enjin boleh menyebabkan geseran, tersangkut dan seterusnya menyebabkan komponen lain dalam motosikal rosak.

Tukar oil filter
Selain minyak pelincir, oil filter atau penapis minyak juga perlu ditukar kepada yang baharu.

Tukar minyak gear
Sekiranya minyak gear sudah bercampur dengan air banjir, maka anda juga perlu menukarnya. Ini kerana, minyak gear yang sudah kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear. Pada kebiasaannya, minyak gear berwarna merah. Namun jika sudah bercampur dengan air, warnanya akan bertukar coklat (seakan warna teh susu).

Buang semua minyak gear dan gantikan dengan yang baharu (gunakan minyak murah dulu). Kemudian, hidupkan enjin motosikal kira-kira lima minit dan buang semula minyak yang baru diisi tadi sebelum mengisikannya semula dengan minyak gear yang baharu.

Selepas itu, periksa sekali lagi minyak gear tersebut dan ulang proses berkenan sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air.

Bersihkan motosikal 
Pastikan anda turut membersihkan setiap bahagian motosikal yang terkena kotoran air banjir dan motosikal anda berada dalam keadaan kering.

Ini bagi mengelakkan terdapatnya sisa kotoran yang mungkin masih melekat pada komponen-komponen kecil yang dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan lain. 

Kemudian, jika anda rasa sudah selesai, hidupkan semula enjin motosikal anda. Namun, jika anda kurang arif untuk melakukan proses-proses pembaikan seperti di atas dengan sendiri, silalah hantar sahaja motosikal anda ke bengkel atau dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar. 


Kawasan anda berisiko banjir? Lakukan langkah pencegahan ini
1. Parkirkan motosikal anda di tempat yang lebih tinggi jika anda sudah perasan cuaca agak tidak baik pada hari itu. Ia bagi mengelakkan motosikal anda tenggelam akibat banjir.

2. Balut kaburator motosikal dengan plastik.

3. Jangan tinggalkan barang penting dan mudah rosak di motosikal

4. Jika air banjir masih cetek, anda boleh redah banjir namun pastikan anda gunakan gear yang rendah sahaja. Namun jika air sudah tinggi, jangan hidupkan motosikal anda dan tunggu sehingga air surut untuk ia diselamatkan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

5 TIPS KERETA NAMPAK BARU


“5 TIPS KERETA MAINTAIN NAMPAK BARU LUAR DALAM”
.

Bukan kita je yang nak nampak sentiasa hensem dan cantik, kereta pun sama juga,
.

[TRICK] Jika kita nak tahu tuan kereta tu jenis kemas ke pembersih ke orangnya, kita tengok kereta dia macam mana ok?😉😉
.

OK, kat bawah ni 5 TIPS untuk kereta kekal maintain nampak baru je sepanjang masa

#1 BASUH KERETA

Tak perlu la selalu sangat basuh kereta, tetapi, jangan la kita tunggu biar sampai terlalu kotor. Sebab Kereta kita perlu segera dicuci jika terkena air hujan dan air embun, tambah-tambah lagi kalau ada serangga mati atau terkena najis burung.
.

Benda-benda macam tu mungkin nampak kecil, tetapi kesan dari air hujan, serangga dan najis burung mampu mengeluarkan bahan yang boleh menghakis cat kereta kita.
.

Paling tidak pun cuma bilas kereta dengan air setiap kali terkena hujan atau terbiar di dalam embun.
.

Lepas cuci, pastikan kereta dikering dengan betul supaya tiada kesan titisan air yang melekat pada kereta.

#2 PARKIR

Parkir kereta kita di kawasan berbumbung, supaya cat akan tahan lebih lama.
.

Nak lebih baik, kita buat 2 ke 3 bulan sekali, wax kereta agar warnanya tak cepat luntur dan sentiasa nampak baru dan shining2 gitu..
.

Banyak produk dan servis yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kereta, yang penting adalah anda pastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tu mempunyai kualiti yang tinggi ya.

#3 MAKAN

Cuba elakkan makan dalam kereta, sebab antara sebab utama kereta kita cepat bau busuk dan hapak adalah hasil dari bau makanan melekat di kusyen dan lantai kereta kita, tu belum lagi cerita kalau makanan atau minuman tumpah dalam kereta kan?
.

Selalunya family baru yang ada nak kecil mungkin agak susah untuk jaga kereta, tapi sebenarnya semua terletak atas disiplin dan kerajinan kita untuk jaga kebersihan terutamanya dalam kereta

#4 STANDARD KILANG

Ingat tak masa mula-mula kita beli kereta baru yang keluar dari showroom, admin pernah 2 kali koyak plastik (masa ambil kereta kat dealer) seat kereta dan lain-lain
.

Dia punya bau kereta baru tu sangat mengasyikkan, kalau boleh nak kekalkan je bau tu sampai bila-bila 😍😍

Ok, selalunya bila kita beli je kereta baru, semuanya baru luar dalam, body berkilat-kilat sportrim cermin semua bersinar2 kan?
.

Jadi kalau nak kekalkan sentiasa nampak baru, elakkan dari mengubah suai luar dan dalam kereta kita, biar je kereta tu nampak standard je, nak trade-in ke nak apa ke akan datang nanti value still tinggi

#5 TUTUP SIMPAN

Nak lagi tahan lama dan lagi-lagi sentiasa nampak baru ialah dengan simpan kereta kita di rumah dengan cara tutup dengan kain atau selimut kereta yang ada jual di pasaran.

Atau jarang-jarangkan bawak kereta, mungkin anda boleh naik kenderaan awam, menunggang motosikal, atau tumpang rakan-rakan kalau nak ke tempat kerja
.

Mungkin juga kereta hanya guna ketika nak pergi melancong jauh-jauh, atau bawa keluarga berjalan hujung minggu sahaja.

#BONUS

JANGAN BAGI ORANG PINJAM

Kadang kereta baru ni mesti ada kawan ada saudara mara nak ‘Test Drive’ atau nak pinjam atau nak sewa, kalau boleh cuba elakkan, sebab selalunya bila bukan harta benda sendiri ni orang tak jaga sangat.
.

Kita punya la sayang jaga basuh kereta, last-last dapat di tangan orang calar sana sini, kemek, kotor dan paling teruk ter ‘eksiden’ sebab kecuaian mereka.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda