Tips Menunggang Motorsikal Ketika Hujan



MUSIM hujan datang kembali. Di Malaysia, pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal memang tidak dapat lari daripada hujan.

Menunggang di dalam hujan atau atas jalan basah adalah cabaran buat mana-mana penunggang tanpa mengira apa jenis motosikal dan tahap kemahiran yang anda miliki. Jadi, kami sediakan 10 tip keselamatan mengenai cara mengendalikan motosikal ketika hujan.

1. PERLAHANKAN KELAJUAN

Memperlahankan kenderaan memang sesuatu yang kita wajib tahu apabila hujan. Air yang bertakung atas jalan akan menyebabkan tayar hilang cengkaman akibat disebabkan berlaku situasi aquaplane.

2. …TETAPI JANGAN TERLALU PERLAHAN

Berapa perlahankah kita harus menunggang? Jawapan spesifik bergantung kepada jenis tayar, keadaan tayar, jenis motosikal, kuasa enjin, bantuan elektronik, tahap skil penunggang, dan sebagainya. Secara am, kita harus menunggang pada kelajuan yang membolehkan kita mengawal jentera dengan sempurna dan tidak terlalu perlahan.

Ini ialah roda motosikal menghasilkan daya giroskopik (gyroscopic force) ketika berpusing. Daya inilah yang memberikan imbangan kepada motosikal untuk bergerak secara menegak atas dua roda. Jadi, motosikal lebih stabil jika ditunggang lebih laju kerana menghasilkan lebih daya giroskopik dihasilkan.

Jika kita bergerak terlalu perlahan, motosikal berisiko tumbang jika menempuh sesuatu rintangan seperti lopak air dalam. Juga, motosikal akan rasa berat dan tidak senang dikawal apabila terlalu perlahan, terutama motosikal besar.

Selain itu, roda yang berpusing menghasilkan daya sentifugal (centrifugal force) pada permukaan tayar untuk mengaut air daripada permukaan tayar supaya dapat mencengkam jalan. Jadi, tungganglah pada halaju stabil dan mampu memberikan anda respon kawalan terbaik.

3. TUNGGANG SECARA LANCAR

Semua pergerakan harus dirancang awal. Ini membolehkan kita tidak memecut, membelok, membrek atau menukar gear melulu. Kelancaran tunggangan memberikan masa untuk tayar bertindak seperti sepatutnya.

4. PANDANG JAUH DAN LUAS

Kami berpendapat ramai pengguna jalan raya tidak menggunakan deria pandangan dengan betul ketika memandu atau menunggang. Ini bukan salah kita sebab kita tidak diajar teknik penglihatan yang betul di sekolah memandu.

Kita harus alihkan perhatian kita dan bukan hanya menumpukan  satu kawasan di depan. Sebaliknya, gerakkan pandangan ke beberapa tempat seperti pandang ke depan sejauh boleh. Selain itu, gerakkan pandangan ke sisi sebelah kanan dan kiri.

Jadi mata seperti radar untuk mengimbas jalan di depan, dan jangan lupa periksa cermin pandang belakang. Ini membolehkan anda menjangka sebarang situasi berbahaya dengan lebih awal. Ingat petua nombor tiga tadi?

5. RELAKSKAN BADAN

Menungganglah dengan relaks, terutama siku dan pinggang. Ini membolehkan casis dan suspensi motosikal berfungsi sebetulnya. Sebaliknya, motosikal sukar dikawal jika menunggang dengan gaya mengeraskan badan (mungkin sebab kesejukan). Malah, akan rasa lebih cepat penat dan stres. Ini membuatkan ramai penunggang tidak suka menunggang dalam hujan.

6. APA KENA BUAT KALAU TAYAR MENGGELINCIR?

Tayar yang menggelincir (sliding) bukan maksud tiada harapan lagi kerana tayar itu sedang mencari cengkaman dan posisi yang stabil. Apa perlu buat adalah kekal relaks dan tidak melakukan sesuatu secara mendadak dengan mengekalkan posisi terotel.

Kita boleh tegakkan motosikal sedikit ketika dalam selekoh. Jangan sesekali terus lepaskan terotel atau tekan brek! Jika anda sedang laju dan tayar mula menggelincir, tutup terotel dengan lembut.

Di sini, petua nombor 5 adalah penting. Jika mengeraskan badan, tayar motosikal akan menggelincir lebih teruk hingga menyebabkan kita hilang kawalan dan terbabas.

7. TEKNIK REDAH BANJIR

Ghairah tengok gambar motosikal advencer meredah banjir? Itu boleh dilakukan kerana mereka sudah tahu tahap kedalaman air dan sebarang rintangan dalam air sebelum  beraksi seperti itu.

Jika terpaksa menempuh air yang dalam seperti banjir, tunggang perlahan, guna gear rendah (2 atau 3) dan pulas terotel berterusan. Jangan pula main-main pulas-tutup terotel. Biarkan terotel dipulas secara konsisten, dan gunakan brek belakang jika hendak perlahankan motosikal.

8. JANGAN KHAYAL

Berkhayal adalah perbuatan paling berbahaya ketika menunggang. Anda mungkin terlalu penat selepas seharian bekerja, tetapi harus kekal fokus. Gunakanlah petua nombor 4 supaya fikiran sentiasa aktif. Lebih baik nikmati masakan isteri apabila selamat sampai rumah daripada terlantar di wad hospital akibat terleka kerana memikir isteri masak apa.

9. TAHU FUNGSI ABS

Sistem Brek Anti-Kunci  (ABS) ialah 'kawan baik' motosikal jika kita terpaksa membrek atas jalan basah atau licin. Ini kerana ABS berfungsi melepaskan tekanan brek supaya tayar tidak terkunci dan menggelincir, serta mencengkam kembali selagi kita menarik dan menginjak brek.

Tuil brek bergetar adalah tanda mudah ABS motosikal anda berfungsi. Jangan pula terkejut sampai lepaskan brek tiba-tiba.

10. PASANG LAMPU

Bagi motor yang bukan auto pasang.. kalau tak pemandu lain seperti kereta dan lori tak nampak kamu nanti.

11. PAKAI VISOR JERNIH

Untuk mengelakkan pandangan mata terganggu kerana angin, air hujan

12. PASTIKAN JARAK SELAMAT

Minimum satu meter dari kenderaan depan. Permukaan jalan basah membuatkan tahap cengkaman tayar berkurangan. Elakkan membrek mengejut kerana boleh menyebabkan anda terjatuh atau terlanggar kenderaan depan.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Asas Jimat Minyak Kereta


1. Isi minyak petrol ketika waktu suhu sejuk
Cara jimat minyak kereta yang pertama isi minyak pada waktu suhu masih sejuk, Pada cuaca seperti ini, kapasiti dalam minyak petrol adalah lebih padat.

2. Kurangkan berat kereta
Dah jadi kebiasaan kalau balik kampung mesti banyak beg kan? Lagi banyak beg lagi berat kereta lagi minyak cepat habis, jadi ini cara jimat minyak kereta Sebelum anda memulakan perjalanan, periksa bonet dan tempat duduk belakang kereta.

3. Sila matikan enjin semasa berada di tempat parking
Sewaktu menunggu orang atau amik penumpang? Matikanlah enjin kereta tuh. Sebab lagi lama enjin hidup lagi banyak minyak berjalan walaupun kereta anda tak bergerak.

4. Periksa ‘kesihatan’ kereta  
Jangan ingat manusia je sakit kereta pun boleh sakit jugak, cara jimat minyak kereta yang seterusnya  Pastikan kereta anda diservis bagi menjaga kesihatan enjin, dan gunakan minyak enjin yang betul. Selain itu, pastikan  jadual servis kereta anda diselengara dengan baik bagi mengelakkan masalah pada komponen kereta.

5. Gunakan jalan yang tidak berlubang 
Anda tau tak antara faktor utama minyak cepat je habis bila kita selalu tempoh jalan yang rosak sebab jalan yang tidak rata serta berlubang boleh menyebabkan penggunaan minyak petrol lebih  30% Setiap kali tayar melonjak ke dalam lubang.

Ini kerana anda akan terpaksa menekan pedal minyak berkali-kali untuk mara ke hadapan.

6. Pandu kereta dengan berhemah 

Memotong kiri dan kanan, pecut bila lampu hijau dan selekoh, dan banyak lagi akan meningkatkan penggunaan minyak  kereta, bukan itu sahaja brek dan tayar pun akan rosak lebih cepat. 

7. Elak trafik sesak di waktu puncak

Ada kajian mengatakan kesesakan jalan raya boleh mengakibatkan penggunaan petrol kereta yang tinggi sehingga 20% disebabkan perlu  berhenti dan bergerak dengan kerap.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang


Boleh share untuk manfaat bersama.

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
4. Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
5. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
6. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
7. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
8. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
9. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
10. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
11. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
on 17:00:00 |  

Beza Bateri Kereta Basah dan Bateri Kereta Kering


Kebanyakan orang akan selalu melihat luaran kereta sahaja apabila mahu membeli, menyewa atau memandu kereta itu kan? Tidak dinafikan memang sifat manusia suka tengok perkara-perkara yang cantik mata memandang. Tetapi kalau tiba-tiba kereta tersebut mati di tepi jalan disebabkan bateri kong, apa yang anda perlu lakukan? Nak isi air bateri, tapi tidak jumpa ruang untuk isi air? Baru anda sedar rupa-rupanya ada dua jenis bateri kereta di dalam dunia ini: bateri kereta basah dan bateri kereta kering. Apakah perbezaan antara dua jenis bateri kereta ini?

 

Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.

Bateri Kereta Kering 

Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.

Bateri Kereta Jenis Apa Yang Lebih Baik?

Jadi, adakah bateri kereta kering lebih baik dari bateri kereta basah kerana tidak memerlukan penjagaan? Atau, bateri kereta basah adalah lebih baik dari bateri kereta kering kerana boleh tahan lebih lama dan harganya lebih murah? Sebenarnya, semuanya bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan dan ia juga bergantung kepada keperihatinan pemandu. Ada sesetengah pemandu boleh menjaga bateri kereta basah sehingga 3 tahun ke atas kerana sentiasa memeriksa paras air bateri. Tetapi ada juga pemandu yang kerap menukar bateri keretanya yang kong kepada bateri kereta yang baharu kerana sikap ketidakperihatinan pemandu tersebut. 

Faktor-faktor lain seperti altenator rosak, pendawaian rosak, kecuaian tidak menutup lampu kereta juga memainkan peranan dalam jangka hayat bateri kereta anda. Perbezaan bateri kereta basah dan kering adalah seperti di bawah:-

Bateri Kereta Basah
Lebih Murah
Perlukan penjagaan rapi

Bateri Kereta Kering
Harga biasa
Tidak memerlukan penjagaan yang kerap
 

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Semestinya penjagaan bateri juga mempunya caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. Antaranya adalah:-

Periksa voltan bateri kereta
- Semak terminal bateri secara berkala
- Panaskan kereta sebelum berjalan
- Amati sistem pengisian bateri kereta

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
on 07:55:00 |  

Tips Mengelak Kecurian Kereta & Motor


Tempat di mana kecurian kerap berlaku

• Tempat letak kereta awam
• Kompleks membeli-belah
• Di hadapan rumah, tepi jalan raya
• Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian

• Tidak dikunci
• Tiada kunci tambahan
• Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
• Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta

• Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
• Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
• Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada
waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
• Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
• Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta
• Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta (‘sandblasting’)
• Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
• Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri. (terlindung dari pandangan orang)

Bagaimana mencegah kecurian motosikal

• Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
• Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
• Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
• Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
• Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Semoga tip-tip ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengurangkan jenayah rompak dan yang sewaktu dengannya

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
on 07:49:00 |