Tips Tersalah Isi Minyak Motor


Takpe, kalau korang berada dalam situasi ni, jangan gelabah dan jangan jem dulu. Yang paling penting, jangan terlampau ralit memikirkan kerosakkan apa yang bakal jadi la atau menyesal lah.. Perkara yang korang perlu buat adalah;

  • Lepas tersalah isi, jangan sambung isi dengan petrol! Kalau dah salah tu, pergi kaunter dan mintak duit korang balik.
  • Jangan sesekali hidupkan enjin motor korang! Selagi tak start, selagi tu lah ia masih boleh diselamatkan dgn kos yg rendah. Kalau guna carburater, ia perlu diservis, kalau injection, injecter perlu dibuka dan dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Haa banyak nak kena buat!
  • Tolak motor korang ketepi. Kang orang bising pulak kalau duduk lama2 kat pam minyak tu..Orang lain pun nak isi minyak juga!
  • Telefon mekanik atau tunda motor untuk ke bengkel yang berdekatan. Jangan cuba nak start motor!
  • Jangan terbalikkan motor dan buang minyak ke lantai/jalan..  Malu kat orang!
  • Bagi mengelakkan kejadian ni berlaku, tengok warna pam nozel tu ataupun label yang diletakkan. Ada jugak sesetengah stesen petrol yang bubuh penutup besi untuk mengelak perkara mcm ni berlaku.

Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Tips Selamatkan Motor Terkena Banjir


Jangan hidupkan enjin motosikal
Pertama sekali, tolong jangan sesekali hidupkan enjin motosikal dengan menekan penghidup elektrik. Ini bagi mengelakkan daripada terjadinya lintar pintas terhadap kuasa elektrik yang mungkin masih mengalir.

Sebaiknya, tolak dulu motosikal anda ke tempat yang lebih selamat untuk mengeringkannya sebelum meneruskan dengan sebarang pembaikan.

Keluarkan air daripada ekzos
Sebaik sahaja anda sudah berjaya mengalihkan motosikal ke tempat yang lebih selamat, anda boleh keluarkan air yang ada di dalam ekzos motosikal anda dengan menonggengkan motosikal anda itu.

Dalam masa yang sama, buka set penutup bahagian kanan motosikal anda dan buka bahagian kotak angin bagi membuang air yang ada di dalamnya dan biarkan ia terbuka sehingga kering.

Cabut spark plug
Spark plug atau palam pencucuh pada motosikal berfungsi sebagai pembakar campuran udara dan bahan api yang menghasilkan percikan elektrik.

Spark plug perlu dicabut kerana komponen ini agak sensitif dan kebersihannya perlu dijaga. Namun, jika ia sudah terkena banjir seeloknya anda tukarkan sahaja dengan spark plug yang baharu nanti.

Periksa tangki minyak
Kemudian, teruskan dengan memeriksa pula tangki minyak motosikal anda untuk melihat sama ada minyak telah bercampur dengan air banjir ataupun tidak.

Jika sudah bercampur, sila pastikan anda membuang semua isi yang ada di dalam tangki tersebut dan isikan semula dengan minyak yang baharu. Ini kerana jika minyak lama telah bercampur dengan air banjir, motosikal anda boleh mengalami kerosakan yang lebih teruk.

Tukar minyak pelincir
Minyak pelincir wajib diisi pada enjin bagi menghidupkan motosikal. Ia juga diketahui berfungsi untuk melicinkan pergerakan dan geseran pada komponen dalam enjin motosikal. 

Sekiranya motosikal anda sudah terlibat dengan banjir, pastikan minyak pelincir ditukar kerana lumpur daripada banjir yang berkemungkinan sudah masuk ke dalam enjin boleh menyebabkan geseran, tersangkut dan seterusnya menyebabkan komponen lain dalam motosikal rosak.

Tukar oil filter
Selain minyak pelincir, oil filter atau penapis minyak juga perlu ditukar kepada yang baharu.

Tukar minyak gear
Sekiranya minyak gear sudah bercampur dengan air banjir, maka anda juga perlu menukarnya. Ini kerana, minyak gear yang sudah kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear. Pada kebiasaannya, minyak gear berwarna merah. Namun jika sudah bercampur dengan air, warnanya akan bertukar coklat (seakan warna teh susu).

Buang semua minyak gear dan gantikan dengan yang baharu (gunakan minyak murah dulu). Kemudian, hidupkan enjin motosikal kira-kira lima minit dan buang semula minyak yang baru diisi tadi sebelum mengisikannya semula dengan minyak gear yang baharu.

Selepas itu, periksa sekali lagi minyak gear tersebut dan ulang proses berkenan sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air.

Bersihkan motosikal 
Pastikan anda turut membersihkan setiap bahagian motosikal yang terkena kotoran air banjir dan motosikal anda berada dalam keadaan kering.

Ini bagi mengelakkan terdapatnya sisa kotoran yang mungkin masih melekat pada komponen-komponen kecil yang dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan lain. 

Kemudian, jika anda rasa sudah selesai, hidupkan semula enjin motosikal anda. Namun, jika anda kurang arif untuk melakukan proses-proses pembaikan seperti di atas dengan sendiri, silalah hantar sahaja motosikal anda ke bengkel atau dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar. 


Kawasan anda berisiko banjir? Lakukan langkah pencegahan ini
1. Parkirkan motosikal anda di tempat yang lebih tinggi jika anda sudah perasan cuaca agak tidak baik pada hari itu. Ia bagi mengelakkan motosikal anda tenggelam akibat banjir.

2. Balut kaburator motosikal dengan plastik.

3. Jangan tinggalkan barang penting dan mudah rosak di motosikal

4. Jika air banjir masih cetek, anda boleh redah banjir namun pastikan anda gunakan gear yang rendah sahaja. Namun jika air sudah tinggi, jangan hidupkan motosikal anda dan tunggu sehingga air surut untuk ia diselamatkan.


Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda